Bagaimanakah cara kira dsr loan rumah bagi menentukan gaji seseorang itu layak atau tidak untuk membeli sesebuah hartanah?
Bagi anda yang baru pertama kali ingin membeli rumah tentu anda baru pertama kali mendengar istilah DSR ini.
Apakah Maksud DSR?
Maksud DSR adalah dalam perkataan Englis iaitu Debt Service Ratio atau dalam bahasa Melayu dikenali juga sebagai kadar kelayakan peratus pinjaman atau kadar nisbah pembiayaan hutang.
Benda ini sebenarnya bakal pembeli rumah tidak perlu kira pun sebab pihak bank yang akan kira kan untuk anda.
Mereka sudah ada sistem bagaimana untuk mengira DSR mengikut gaji yang anda perolehi dan juga berapa hutang yang anda sedia anda setiap bulan.
Jadi ketika anda submit loan rumah kepada bank, bank akan kirakan peratusan DSR untuk anda. Anda tak perlu pening kepala pun nak kira benda ni, anda hanya perlu tunggu keputusan daripada bank sahaja sama ada layak atau tak layak buat loan.
Kelayakan buat loan inilah ditentukan menggunakan DSR melihat kepada:
- Pendapatan bersih anda
- Jumlah hutang bulanan anda
- Harga rumah yang ingin dibeli
Secara ringkasnya untuk mudah faham lagi, DSR ini adalah jumlah komitmen (hutang) dibahagikan dengan jumlah pendapatan bersih bulanan anda.
Dengan sebab inilah pihak bank menggunakan kaedah DSR ini bagi mengenalpasti berapakah jumlah nilai pinjaman yang anda boleh layak dapat (Margin of financing) ataupun tidak layak.
Cara Pengiraan Debt Service Ratio
Kadar DSR dikira menggunakan cara dibawah:
Bayaran bulanan rumah yang bakal dibeli + komitmen bulanan sedia ada dengan bank / Gaji bersih x 100%
Dibawah ini adalah contoh cara kira dsr beli rumah dengan loan bank:
Kita andaikan pendapatan bersih Ahmad adalah RM 3,500 lepas tolak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan SOCSO.
Komitmen bulanan dan hutang lain sedia ada adalah seperti berikut:
- Hutang kereta Honda City RM 800 sebulan.
- Hutang kad kredit RM 150 sebulan.
- Hutang PTPTN RM 250 sebulan.
Jumlah hutang keseluruhan adalah RM 1200
- Maka DSR anda telah mencapai 34%. Jumlah hutang dibahagikan dengan pendapatan.
RM 1200 / RM 3500.
Biasanya bank menetapkan DSR sebanyak 60%.
Total jumlah DSR untuk gaji anda adalah RM 2100 (60% x RM 3500).
RM 3500 – RM 1200 = RM 900 (baki boleh buat hutang baru)
Maka anda cuma dapat buat hutang baru sebanyak RM 900 sahaja selepas tolak hutang yang sedia ada.
Gunakan kaedah x pemalar 200 untuk dapatkan berapa harga rumah yang masih layak dengan baki hutang Ahmad tersebut)
RM 900 x 200 = RM 180,000
Oleh itu, berdasarkan kadar pembiayaan semasa, rumah yang layak Ahmad beli adalah dalam harga RM 180,000 sahaja.
Ataupun dalam ertikata yang lain adalah harga rumah yang berharga RM 180,000 kebawah.
Sebagai contoh secara umumnya bank meletakkan tahap DSR mengikut kadar gaji seperti berikut:
- Gaji RM 5000 keatas DSR 70%
- Gaji bawah RM 5000 ke bawah DSR adalah 60%
- Jumlah DSR adalah tidak sama mengikut bank
Saranan Kepada Bakal Pembeli Rumah
Jadi pastikan anda cuba masuk banyak bank untuk buat loan berbanding hanya menggunakan satu bank sahaja.
Jadi begitulah secara asas untuk anda mudah faham bagaimana kalau nak kira dsr untuk buat loan rumah. Ianya juga boleh digunakan untuk membuat loan kereta juga.
Jadi jika anda bakal membuat apa apa loan anda boleh fikir dulu bagaimana nak jaga tahap hutang anda supaya DSR anda akan lebih cantik dan tinggi.
Apa apa pun ia bergantung kepada tahap kewangan seseorang dan juga tahap berbelanja seseorang individu.
Untuk kira anggaran loan rumah LPPSA boleh rujuk artikel di sini Kiraan Loan LPPSA
Untuk cara kira loan rumah dengan gaji anda secara anggaran boleh baca artikel di sini Bagaimana Kira Anggaran Loan Rumah Mengikut Gaji?