check akaun bsn melalui online

Bagaimana nak check akaun BSN melalui online menggunakan perbankan internet.

Sekarang semua pengguna yang memiliki akaun bank dengan Bank Simpanan Nasional boleh semak duit mereka hanya melalui online sahaja.

Tanpa perlu pergi ke kaunter bank BSN atau ATM mesin, pengguna dah boleh buat semakan akaun

hanya daripada handphone sahaja.

Tidak perlu lagi beratur panjang berpanas dan berhujan semata mata hanya perlu beratur untuk nak semak baki duit.

Apa yang penting adalah anda sebagai pengguna akaun BSN perlu mendaftar terlebih dahulu BSN online banking bagi membolehkan anda menggunakannya secara terus.

Kalau tidak daftar online banking maka tak dapatlah anda nak buat semakan akaun secara online.

Check Online Balance BSN

Untuk check akaun bsn melalui online adalah amat mudah dan senang sekali.

Selepas anda sudah mendaftar sebagai pengguna BSN online banking anda terus boleh login ke akaun online bank anda.

1.Layari BSN Online untuk masuk ke akaun anda.

2. Masukkan Username kemudian klik login

3. Pastikan security imegae anda betul, kemudian klik yes

4. Masukkan password online banking BSN anda.

5. Selepas dah masuk ke akaun anda, pilih pada bahagian “Akaun Overview”

6. Kemudian lihat pada bahagian “Available Balance”

7. Baki duit anda dalam BSN akan dipaparkan pada skrin anda.

Semak Baki Akaun BSN Melalui SMS

Selain buat semakan melalui online pengguna BSN juga boleh buat semakan akaun pengguna melalui perkhidmatan SMS yang disediakan oleh mereka.

Cara guna SMS ini juga agak mudah kerana ianya hanya boleh dibuat daripada handphone anda tanpa anda perlu login ke internet banking.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini anda perlu daftarkan dulu nombor phone anda untuk menggunakan perkhidmatan pertanyaan baki melalui sms ini.

Bank Simpanan Nasional telah memperkenalkan perkhidmatan ini dengan mengunakan kaedah dibawah.

Anda perlu taip maklumat berikut untuk sms:

  • BAL
  • MPIN
  • hantar ke 36898

Boleh sms mengikut cara di bawah.

BAL <jarak> MPIN <jarak> 36898

Maklumat baki akaun BSN anda akan dihantar terus ke sms anda.

Cara Semak Baki Akaun BSN Di ATM Mesin

Cara biasa untuk semak akaun BSN adalah dengan menyemak di ATM mesin.

Pergi ke mana mana ATM di cawangan BSN atau bank lain yang mempunyai perkhidmatan MEPS.

1.Masukkan kad bank anda.

2. Pilih Bahasa

3. Kemudian masukkan nombor pin anda.

4. Pada bahagian skrin anda pilih “Pertanyaan”

5. Skrin akan menunjukkan berapa baki duit yang ada dalam akaun BSN anda.

Selain anda semak baki di ATM mesin anda juga boleh semak baki duit anda di kaunter di mana mana cawangan BSN berhampiran anda.

Begitulah cara atau kaedah untuk check baki duit dalam Bank Simpanan Nasional yang anda sebagai pengguna boleh lakukan.

Bank Simpanan Nasional adalah bank yang paling banyak mempunyai cawangan cawangan di seluruh Malaysia.

Jadi anda sangat mudah untuk mendapatkan perkhidmatan perbankan daripada mereka.

Nak tahu Cara Keluarkan Duit Tabung Haji baca di situ.

Bagaimana nak activate BSN online banking?

Cara nak nak activate atau daftar BSN banking online anda boleh ikuti langkah berikut disini Cara Buat Online Banking BSN

Macam mana nak semak baki akaun BSN melalui atm mesin?

Di paparan skrin mesin atm BSN pilih pada bahagian Pertanyaan dan lihat baki akaun anda.

Related Posts