
Ini adalah contoh surat perjanjian hutang simple yang boleh anda gunakan jika anda nak bagi pinjam duit kepada orang.
Hutang adalah satu kaedah yang digunakan bagi membantu seseorang yang sedang menghadapi msalah kewangan.
Perkara ini dibenarkan di dalam agama Islam untuk digunakan bagi oarang yang tengah terdesak dan menghadapi masalah kewangan.
Namun banyak berlaku ada yang dah bagi hutang tapi bila dah bagi tak nak pula bayar hutang.
Orang dah tolong masa dia susah tapi kenapa susah sangat nak bayar hutang.
Bila nak minta tolong pinjam duit buat buat muka kesian dan sedih tapi bila dah guna duit nak bayar pun malas.
Orang bagi duit pula macam pengemis kena tuntut hutang. Apa nak jadi dunia ni.
Biasanya bila kita bagi hutang kepada seseorang kita hanya bagi atas dasar percaya sebab kita kenal.
Kalau kita tak kenal memang sukar untuk kita bagi pinjam duit.
Biasanya kita bagi pinjam duit tanpa ada sebarang bukti perjanjian surat hutang.
Bila ada masalah nak tuntut balik susah lah sebab tak ada bukti sokongan.
Jadi kali ini kita lihat contoh bagaimana anda boleh buat contoh surat perjanjian hutang yang simple yang boleh buat sendiri kat rumah.
Format Surat Perjanjian Hutang
Pihak Pertama:
Nama: [Nama Pemiutang] (Pemberi Hutang)
No. Kad Pengenalan: [No. Kad Pengenalan]
Alamat: [Alamat Pemiutang]
Nombor Telefon: [Nombor Telefon]
Pihak Kedua:
Nama: [Nama Penghutang] Penerima Hutang
No. Kad Pengenalan: [No. Kad Pengenalan]
Alamat: [Alamat Penghutang]
Nombor Telefon: [Nombor Telefon]
Dalam perjanjian ini (“Perjanjian”), Pihak Pertama dan Pihak Kedua dengan ini bersetuju dengan syarat-syarat berikut:
1. Jumlah Pinjaman:
Pihak Pertama (pemberi hutang) dengan ini bersetuju untuk meminjamkan kepada Pihak Kedua (Penerima hutang) sebanyak [Jumlah Pinjaman dalam MYR] (Ringgit Malaysia) sebagai pinjaman tunai.
2. Jangka Masa Waktu Pembayaran:
Pihak Penghutang bersetuju untuk membayar hutang dalam tempoh [Jangka Waktu dalam Bulan] (bulan) daripada tarikh Perjanjian ini ditandatangani.
3. Pembayaran:
Pembayaran hutang ini akan dilakukan dengan cara berikut:
a. Pihak Kedua akan membuat pembayaran kepada Pihak Pemberi hutang pada atau sebelum tarikh jatuh tempoh yang telah ditetapkan dalam perjanjian ini.
b. Pembayaran hendaklah dibuat dalam bentuk [Bentuk Pembayaran] kepada akaun bank Pihak Pemberi hutang dengan maklumat berikut:
Nama Pemegang Akaun: [Nama Akaun Bank Pemiutang]
Nama Bank: [Nama Bank]
Nombor Akaun: [Nombor Akaun Bank]
4. Penyelesaian Perselisihan:
Kedua dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan sebarang perselisihan yang timbul berkaitan dengan perjanjian ini melalui perbicangan.
Jika perbincangan tidak berjaya, pihak pemberi hutang boleh merujuk kepada mahkamah yang berwajib di Malaysia untuk tindakan selanjutnya.
7. Perubahan Perjanjian:
Sebarang perubahan kepada perjanjian ini hendaklah dibuat secara bertulis dan ditandatangani oleh kedua-dua pihak.
DENGAN TANDATANGAN, Pihak Pertama dan Pihak Kedua mengakui bahawa mereka telah membaca, memahami, dan bersetuju dengan syarat-syarat dalam Surat Perjanjian ini.
Nama: Pemberi Pinjaman
Tandatangan: [Tandatangan Pemberi Pinjaman]
[Tarikh]:
Nama: Penghutang
Tandatangan: [Tandatangan Peminjam]
[Tarikh]:
Saksi
Nama Saksi:
Tandatangan:
[Tarikh]:
Nota:
- Sila pastikan semua maklumat peribadi dan butiran lain yang diperlukan diisi dengan betul.
- Perjanjian ini adalah untuk rujukan dan rekod peribadi. Untuk perlindungan undang-undang yang lebih baik, anda disarankan untuk mendapatkan nasihat profesional sebelum menandatanganinya.
- Salinan perjanjian ini hendaklah disimpan oleh kedua-dua pihak sebagai rujukan di masa akan datang.
- Minta satu salinan kad pengenalan orang yang berhutang untuk rekod simpaan.
Kesimpulan
Begitulah draf contoh surat perjanjian hutang simple dan ringkas yang anda boleh gunakan.
Taip dan print jika anda memang memerlukan perjanjian jika anda ingin berikan orang pinjam duit.
Jika ada surat perjanjian jika ada apa apa masalah mudah untuk kita buat tuntutan nanti jika ada masalah berlaku masa hadapan.
Surat perjanjian hutang adalah dokumen bertulis yang merakamkan perjanjian antara peminjam dan pemberi pinjaman mengenai syarat-syarat pinjaman, termasuk jumlah pinjaman, kadar faedah, jangka masa pembayaran, dan syarat-syarat lain yang relevan.
Kandungan utama termasuk butiran peminjam dan pemberi pinjaman, jumlah pinjaman, kadar faedah, jangka masa pembayaran, cara pembayaran, dan syarat-syarat lain seperti penalti lewat bayar dan keadaan yang mengakibatkan default.