Jika anda ada bercadang untuk menjual rumah pada masa sekarang pastikan anda baca dulu info ini.
Anda sebagai penjual rumah sebolehnya mestilah nak jual rumah pada harga setinggi yang mungkin, sesiapa pun begitu mesti ada rasa benda ni.
Kalau nak jual mesti nak jual pada harga yang tinggi dan kalau nak beli mesti nak beli harga yang serendah mungkin.
Itu adalah lumrah bagi kebanyakan daripada kita semua sebagai manusia mesti ada rasa tu dan nak dapatkan untung.
Sebenarnya kenapa anda tidak boleh menjual rumah dengan harga yang lebih tinggi daripada nilai harga pasaran semasa.
Salah satu sebab utamanya adalah kerana apabila harga sesebuah rumah itu lebih tinggi daripada harga pasaran semasa maka bank sukar untuk bagi loan kepada bakal pembeli mengikut nilai harga semasa.
Sebagai contoh untuk mudah faham, jika harga pasaran rumah yang ingin dijual adalah RM 300,000.
Jika penjual rumah meletakkan harga jualan rumah sebanyak RM 350,000, maka harga adalah lebih tinggi daripada harga pasaran semasa sebanyak RM 50,000.
Jika bank bagi 100 peratus loan rumah kepada pembeli sebanyak RM 300,000, pembeli masih perlu menyediakan sebanyak RM 50,000 lagi untuk bayar kepada penjual rumah bagi mencukupkan jumlah keseluruhan sebanyak RM 350,000.
Itu kalau bank bagi loan rumah 100 peratus kalau bank bagi 90 peratus sahaja maka pembeli kena sediakan tunai sebanyak RM 80,000 untuk bayar kepada tuan rumah.
Ini belum termasuk dengan kos lawyers dan sebagainya lagi. Pasti membebankan bakal pembeli.
Penilai swasta yang dilantik oleh bank akan menilai rumah yang akan dijual mengikut harga semasa dalam pasaran.
Dengan contoh di atas, akibat harga jualan rumah yang lebih tinggi daripada harga pasaran semasa sebanyak RM 50,000 maka amat sukarlah tuan rumah untuk mendapatkan pembeli.
Penjual rumah perlu cari orang yang ada duit tunai sebanyak RM 50,000 jika ingin menjual pada harga yang dikehendaki oleh tuan rumah sendiri.
Isu dalam pembelian rumah di negara ini adalah isu penyediaan deposit kerana ramai orang tidak ada persediaan tunai yang cukup.
Sebab itu kerjaan membenarkan polisi pengeluaran duit KWSP akaun kedua jika penyimpan ingin membeli rumah.
Para pembeli rumah pertama dapat keluarkan duit daripada akaun kedua KWSP sebanyak 10% daripada jumlah harga belian rumah.
Jika harga pembelian rumah adalah sebanyak RM 300,000 maka anda boleh keluarkan sebanyak RM 30,000 daripada akaun kedua KWSP bagi tujuan pembayaran deposit kepada penjual rumah.
Jadi disebabkan isu cash atau tunai daripada kalangan pembeli maka jika anda mahu menjual rumah dengan pantas dan laku anda kena letakkan harga bersesuaian dengan harga pasaran semasa.
Malahan jika anda nak jual rumah dengan lebih cepat dan laju anda boleh juga meletakkan harga jualan bawah sedikit daripada harga pasaran semasa dengan itu dapat menarik lebih ramai orang yang akan berminat.
Apa pun kaedah anda ingin lakukan pastikan harga rumah yang anda letakkan untuk dijual adalah pada harga yang munasabah dan boleh diterima dalam market semasa.