kiraan zakat pendapatan

Nak buat kiraan zakat pendapatan sendiri, tapi belum tahu bagaimana cara untuk buat pengiraannya?

Tidak mengapa kali ini pada artikel hari ini kita akan lihat bagaimanakah cara nak buat pengiraan zakat keatas pendapatan yang kita dapat pada setiap tahun.

Apabila kita bercerita tentang beli rumah dan harta kita juga tidak boleh lepas untuk lihat perkara penting ini juga iaitu zakat.

Maksud Zakat

Zakat dari segi bahasa ialah membersihkan, menyucikan, menyubur dan bertambah.

Manakala maksud zakat dari segi istilah pula ialah mengeluarkan sebahagian daripada harta harta tertentu bagi diberikan kepada orang orang yang layak dan berhak menerimanya.

Zakat perlu dikeluarkan apabila telah memenuhi kriteria dan syarat syarat yang telah ditetapkan dalam undang undang zakat.

Hukum mengeluarkan zakat.

Apabila menjadi orang Islam hukum membayar zakat adalah wajib dan ia adalah rukun dalam agama Islam.

Jenis Jenis Zakat

Zakat terdiri daripada:

  1. Zakat pendapatan
  2. Zakat wang simpanan
  3. Zakat perniagaan
  4. Zakat tanaman
  5. Zakat KWSP / LTAT
  6. Zakat saham
  7. Zakat ternakan
  8. Zakat emas
  9. Qadha zakat

Untuk artikel kali ini kita lihat dulu berkenaan zakat pendapatan terlebih dahulu.

Bagaimana cara nak kira zakat pendapatan ini.

Jumlah Pendapatan

Sebelum kita tengok cara kira zakat pendapatan, perkara pertama sekali adalah mengenalpasti berapa jumlah pendapatan tahunan terlebih dahulu.

Maksud pendapatan adalah hasil yang diperolehi daripada semua sumber dalam tempoh setahun seperti:

  • Gaji asas
  • Elaun kerja
  • Bonus tahunan
  • Kerja lebih masa (overtime)
  • Part time
  • dan lain lain sumber

Nak bayar bil online baca sini Cara Bayar Bil Air Online

Tolak Perbelanjaan Yang Dibenarkan

Undang undang zakat telah membenarkan penolakan perbelanjaan bagi pembayar zakat yang dikira dalam tempoh setahun.

Antara perkara perkara yang dibenarkan untuk buat penolakan adalah:

BilPerkaraJumlah
(Setahun)
1Caruman Kumpulan Simpanan Wang Pekerja KWSP
(mengikut peratus caruman individu masing masing)
11%
2Diri sendiriRM 10,000
3Isteri (1 orang)RM 4,000
4Anak (1 orang) bawah tanggungan sahajaRM 2,000
5Caruman Tabung Haji
Contoh perkara yang dibenarkan ditolak dalam mengira zakat pendapatan

Untuk pengiraan zakat pendapatan kita buat contoh seperti berikut:

BilPerkaraJumlah
(Setahun)
1Pendapatan gaji RM 5000 sebulanRM 60,000
2KWSP 11%RM 6,600
3Diri sendiriRM 10,000
4Isteri (1 orang)RM 4,000
5Anak 3 orangRM 6,000
6Caruman Tabung Haji RM 100 sebulanRM 1,200
JUMLAH PENOLAKAN DIBENARKAN ITEM 2 HINGGA 6RM 27,800
Jumlah pendapatan dan senarai penolakan yang dibenarkan

Jumlah Kena Bayar Zakat

Untuk kira berapa zakat kena bayar masukkan sahaja item di atas ke dalam pengiraan dibawah.

PERKARAJUMLAH
(setahun)
(A) PENDAPATANRM 60,000
(B) JUMLAH PENOLAKAN PERBELANJAAN YANG DIBENARKANRM 27,800
(C) A-B = PENDAPATAN YANG LAYAK DI ZAKATKANRM 32,200
(D) ZAKAT YANG WAJIB DIKELUARKAN (JUMLAH C x 2.5%)RM 805
Cara Pengiraan Zakat Pendapatan

Jumlah pendapatan yang wajib dizakatkan ialah RM 805 setahun atau RM 805 / 12 bulan = RM 67.08 sebulan

Dapat gaji setiap bulan terus bayar tanpa perlu bayar setahun sekali. Kedua cara ini adalah dibolehkan.

Kaedah Pengiraan Kedua

Cara kiraan kedua pula adalah pengiraan zakat tanpa mengambil kira sebarang penolakan.

Kaedah kiraan zakat pendapatan cara kedua ini lebih mudah di mana jumlah income tahunan terus didarabkan dengan 2.5%.

PENDAPATAN TAHUNAN x 2.5%
Formula kedua cara kira zakat pendapatan

Cara pengiraan adalah seperti berikut:

PENDAPATAN TAHUNAN RM 60,000
x
2.5%
=
JUMLAH WAJIB ZAKAT RM 1,500

Cara pengiraan zakat yang kedua ini anda kena bayar lebih sedikit daripada kiraan yang pertama sebab dia tak mengambil kira penolakan.

Jadi terpulang kepada anda nak guna kaedah yang mana satu, apa yang penting adalah wajib kena bayar zakat.

Semua pengiraaan dan jumlah kadar di atas adalah contoh sahaja untuk tujuan perkongsian.

Rujuk Zakat Negeri untuk maklumat lanjut.

Bayar Zakat Online Maybank2u

https://youtu.be/ldD1IyrlLvM
Adakah kadar nisab dan kadar penolakan perbelanjaan sama bagi setiap negeri?

Kedua dua kadar tersebut adalah tidak sama bagi setiap negeri, sila rujuk dengan pejabat zakat negeri masing masing.

Zakat pendapatan nak kena bayar setahun sekali atau boleh bayar tiap tiap bulan?

Boleh bayar setahun sekali dan boleh juga bayar setiap bulan

Kalau lepas kira tapi tak cukup nisab, perlu bayar juga ke zakat pendapatan?

Tak perlu bayar jika tak cukup, dikira sedekah kalau bayar juga.

Rujukan dengan Lembaga Zakat Negeri Kedah dan Zakat Pulau Pinang

Related Posts