Berapa Komisen Ejen Hartanah Dan Cara Pengiraannya

komisen ejen hartanah

Tak tahu berapa komisen ejen hartanah bakal dapat sekiranya mereka berjaya membuat jualan.

Industri hartanah di Malaysia adalah salah satu sektor yang berkembang pesat dan sentiasa menjadi fokus utama pelabur dan pemilik hartanah.

Dalam proses jual beli hartanah yang kompleks ini, ejen hartanah memainkan peranan penting sebagai perantara untuk memudahkan transaksi antara penjual dan pembeli.

Salah satu aspek yang sering menjadi tanda tanya di kalangan pemilik hartanah dan calon pembeli adalah berapa komisen ejen hartanah yang sepatutnya dibayar, dan bagaimana sebenarnya pengiraannya dilakukan.

Kadar komisen ejen hartanah, seperti yang mungkin anda ketahui, tidak tetap dan boleh berbeza-beza mengikut pelbagai faktor.

Kadar ini bukan sahaja mempengaruhi pendapatan ejen hartanah, tetapi juga mempunyai kesan terhadap harga jualan hartanah serta keputusan pelabur hartanah.

Oleh itu, adalah penting untuk memahami bagaimana komisen ini dikira dan apa yang perlu diambil kira sebelum melibatkan diri dalam urusan jual beli hartanah di Malaysia.

Dalam artikel ini, kita akan melihat secara lebih mendalam tentang berapa komisen ejen hartanah dan bagaimana proses pengiraannya berfungsi.

Kita akan akan melihat kadar komisen yang biasa digunakan, bagaimana mengira komisen, serta faktor-faktor yang mempengaruhi kadar komisen.

Dengan pengetahuan ini, anda akan dapat membuat keputusan yang lebih baik dalam urusan hartanah anda dan memahami nilai yang dibawa oleh ejen hartanah dalam proses ini.

Kadar Komisen Ejen Hartanah

Kadar komisen ejen hartanah yang telah ditetapkan oleh LPPEH Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah Dan Pengurus Harta adalah sebanyak 3% maksimum daripada harga jualan tidak termasuk cukai.

LPPEH adalah merupakan badan yang ditugaskan untuk mengawal selia Penilai, Pentaksir, Ejen serta Pengurus Harta Tanah di Malaysia.

Jadi ejen hartanah tidak boleh sesuka hati meletakkan kadar komisen kerana mereka dipantau oleh LPPEH, jika mereka buat silap ejen akan diambil tindakan terhadap ejen yang melakukan kesalahan.

Kadar komisen ejen hartanah biasanya ditetapkan oleh perjanjian antara ejen hartanah dan pemilik hartanah. Ini bermakna bahawa pemilik hartanah dan ejen hartanah akan bersetuju kepada kadar komisen yang bersesuaian sebelum ejen hartanah mula melakukan kerja-kerja menjual hartanah tersebut.

Pengiraan Komisen Ejen Hartanah

Pengiraan komisen agensi ejen hartanah adalah mudah. Ia hanya melibatkan penggunaan kadar komisen yang telah dipersetujui dalam perjanjian.

Berikut adalah formula pengiraan komisen agensi ejen hartanah:

Komisen = Harga Jualan Hartanah x Kadar Komisen

Contohnya, jika kadar komisen adalah 3% dan harga jualan hartanah adalah RM500,000, pengiraan komisen akan seperti berikut:

Komisen = RM500,000 x 0.03 Komisen = RM15,000

Jadi, dalam contoh ini, komisen agensi ejen hartanah adalah sebanyak RM15,000.

Ok itu adalah pendapatan kepada syarikat iaitu agensi ejen hartanah. Berapa pula ejen hartanah akan dapat daripada komisen RM 15,000 itu.

Sebagai contoh jika seorang ejen itu baru memulakan kerjaya sebagai eje hartanah biasanya pihak agensi akan bagi pecahan komisen seperti berikut:

Syarikat Agensi Hartanah40%
Ejen Hartanah60%

So kita cuba kira ikut komisen yang dapat tadi iaitu RM 15,000

Syarikat Agensi Hartanah40%RM 6,000
Ejen Hartanah60%RM 9,000

Oleh itu bermaksud syarikat agensi hartanah akan dapat RM 6,000 manakala ejen hartanah yang berjaya membuat jualan pula ada sebanyak RM 9,000.

Begitulah pengiraannya bagaimana seseorang ejen hartanah akan dapat komisen selepas di bahagikan dengan syarikat.

Ejen hartanah tidak akan dapat penuh 3% komisen ya.

Namun apabila dah kerja lama dan banyak buat sale, persen ejen hartanah biasanya akan dinaikkan secara bertahap daripada bermula 60% kemudian 70% dan juga ada dapat 80%.

Satu lagi jenis pendapatan ejen hartanah adalah melalui jualan sewaan.

Apabila ejen hartanah berjaya mencari penyewa untuk menyewa maka komisen yang akan dapat adalah sebanyak 1 bulan sewa.

Pengiraannya juga sama seperti pecahan diatas tadi. Ejen hartanah masih berkongsi komisen dengan syarikat agensi mengikut peratusan yang telah dipersetujui.

Dan untuk tambahan, penjual yang melantik ejen hartanah untuk melakukan jualan perlu juga membayar cukai perkhidmatan kepada syarikat ejen hartanah.

Maksudnya bukan sahaja bayar 3% komisen tetapi kena bayar juga tambahan cukai perkhidmatan.

Kesimpulan

Komisen ejen hartanah adalah beberapa peratus daripada harga jualan hartanah yang telah dipersetujui antara ejen dan pemilik hartanah.

Pengiraannya adalah mudah dan bergantung kepada kadar komisen yang ditetapkan dalam perjanjian.

Kebiasaannya di Malaysia kadar komisen yang ditetapkan untuk dikenakan kepada penjual yang melantik ejen hartanah adalah sebanyak 3%.

Ejen hartanah hanya boleh boleh ambil komisen daripada penjual sahaja bukan diambil daripada pembeli.

Takut Tertipu Ini Cara Nak Pilih Ejen Hartanah Yang Betul

Siapakah yang membayar komisen ejen hartanah, penjual atau pembeli?

Biasanya, komisen ejen hartanah dibayar oleh penjual hartanah.

Apakah perkhidmatan yang disediakan oleh ejen hartanah untuk mendapatkan komisen?

Ejen hartanah menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk penilaian hartanah, pemasaran hartanah, perundingan harga, pengaturan paparan rumah, dan bantuan dalam proses jual beli hartanah. Perkhidmatan ini membantu memastikan penjualan hartanah dilakukan dengan lancar dan berjaya.



Related Posts