Proses Selepas Loan Rumah Lulus Apa Perlu Buat Lagi

Proses selepas loan rumah lulus

Anda sedang dalam situasi ingin beli rumah buat pertama kali namun tak tahu bagaimana seterusnya proses selepas loan rumah lulus.

Ataupun anda dah masuk loan rumah dan bank beritahu loan perumahan anda telah lulus jadi nak tahu apa langkah seterusnya yang akan berlaku.

Sesuatu pembelian rumah melibatkan banyak pihak yang terlibat dalam membolehkan sesuatu kes pembelian rumah itu selesai.

Bermula daripada pihak penjual, pembeli, pihak bank, perunding hartanah, peguam hartanah, pejabat tanah, LHDN dan sebagainya.

Apabila melibatkan banyak pihak maka masa yang diperlukan juga adalah lebih lama sehingga berbulan bulan.

Proses proses perundangan ini perlu di selesaikan dengan cara yang tersusun dan teratur untuk mengelakkan kesilapan daripada berlaku.

Berbalik kepada tajuk artikel ini apakah proses seterusnya selepas loan rumah telah diluluskan oleh bank atau pihak LPPSA.

Disini kita terangkan secara ringkasan tentang proses selepas loan rumah lulus.

Selepas loan anda telah lulus bank akan beritahu anda bahawa permohonan pinjaman perumahan anda telah lulus.

Bank akan tanya adakah anda bersetuju terima atau tidak.

Sign Letter Offer Bank

Jika anda setuju untuk terima loan tersebut maka pihak bank akan sediakan Letter Offer untuk anda tandatangan sebagai syarat setuju terima loan yang disediakan oleh pihak bank.

Letter Offer

Anda akan diminta ke pejabat bank tersebut untuk tandatangan Letter Offer.

Lepas dah selesai, bank akan forwardkan Letter Offer tersebut kepada pihak peguam hartanah yang anda lantik untuk mereka sediakan dokumen Perjanjian Jualbeli ataupun dikenali sebagai Sale Purchase Aggrement (S&P).

Tandatangan Surat Perjanjian Jualbeli

Pihak peguam hartanah anda akan sediakan dokumen Perjanjian Jualbeli mengikut butiran butiran yang terkandung dalam Perjanjian Pinjaman dengan bank yang meluluskan loan rumah anda.

Tandatangan  Surat Perjanjian Jualbeli

Selepas dah siap lawyer siapkan dokumen Perjanjian Jualbeli maka pihak pembeli dan penjual akan di minta untuk sign S&P dalam 4 salinan.

Anda kena sign setiap muka surat yang ada didalam dokumen perjanjian jual beli tersebut.

Penting untuk diingatkan bahawa pada masa sign dokumen perjanjian jualbeli ini pembeli dikehendaki membayar 10% deposit kepada penjual melalui lawyer.

Dalam perjanjian tersebut memang terdapat klausa ini dimana pembeli kena bayar 10% deposit ketika sign S&P.

Kecualilah jika pembeli ingin menggunakan duit KWSP akaun ke2 untuk membuat bayaran deposit maka ia adalah dibenarkan untuk tidak bayar pada masa ini.

Seterusnya lawyer akan matikan setem dokumen Perjanjian Jualbeli di Lembaga Hasil Dalam Negeri LHDN.

Selepas dokumen perjanjian jualbeli dah dimatikan setem barulah pembeli boleh buat permohonan pengeluaran KWSP akaun ke2 untuk bayaran deposit.

Sebab untuk buat pengeluaran KWSP untuk membeli rumah perlu lampirkan salinan dokumen perjanjian jual beli yang dah dimatikan setem.

Permohonan Tukar Nama

Kemudian dah selesai bab diatas, langkah seterusnya adalah seterusnya isi borang 14 A untuk pindah milik nama dalam geran di pejabat tanah.

Permohonan Tukar Nama

Perkara ini akan dilakukan oleh pihak peguam hartanah anda.

Apabila selesai semua langkah di atas maka pihak peguam boleh serahkan kunci rumah kepada pembeli.

Semua proses ini perlukan masa biasanya antara 4 bulan hingga ke 6 bulan jika tiada apa apa masalah.

Itu adalah serba sedikit langkah asas yang anda boleh ambil tahu jika anda membeli rumah dan nak tahu proses daripada mula hingga akhir.

Membeli rumah ini bukanlah selalu sebab itu prosesnya terlalu rumit dan kompleks. Apa yang penting adalah anda perlu tahu perkara asas sahaja.

Majoriti pembeli rumah hanya beli sekali sahaja rumah seumur hidup jadi perkara perkara berkaitan proses membeli rumah ini memang jarang kita ambil peduli dan serahkan kepada yang tahu sahaja untuk senang kerja.

Kesimpulan

Selepas loan rumah diluluskan, proses selanjutnya termasuklah menandatangani perjanjian pinjaman, membayar yuran perkhidmatan, dan menguruskan dokumentasi yang diperlukan.

Setelah itu, pemilik rumah perlu mematuhi syarat-syarat pinjaman yang telah ditetapkan, termasuk membayar ansuran bulanan secara teratur.

Mereka juga perlu memastikan pembayaran cukai hartanah dan insurans rumah sentiasa dikendalikan.

Selain itu, mereka boleh mempertimbangkan untuk memulakan langkah-langkah untuk meningkatkan nilai rumah melalui renovasi atau penyelenggaraan.

Penting untuk menguruskan kewangan secara berhemah dan mematuhi peraturan-peraturan yang berkaitan dengan pemilikan rumah.

Ketahui juga kenapa loan rumah rumah lambat nak lulus

Bila kena start bayar loan rumah?

Untuk jawapan panjang lebar anda boleh baca di sini Bila nak kena bayar loan rumah

Bagaimana proses beli rumah baru dari pemaju?

Cara untuk beli rumah dengan pemaju perumahan anda boleh baca di sini Beli Rumah Dengan Pemaju

Related Posts