Macam mana cara jimat minyak kereta yang boleh bantu anda lakukan pada masa kini.
Pada zaman sekarang di era di mana harga barang semua makin naik maka banyak yang kita kena jimat termasuk lah minyak kereta.
Salah satu sebab utama untuk kita amalkan penjimatan penggunaan minyak kereta adalah untuk mengurangkan perbelanjaan harian anda.
Dengan menjimatkan minyak, anda dapat mengurangkan kos bahan api dan menjimatkan wang dalam jangka masa panjang.
Duit yang dijimatkan itu boleh digunakan untuk membeli keperluan keperluan lain.
Berikut adalah langkah langkah yang anda boleh lakukan untuk jimatkan penggunaan minyak kereta.
Menjaga Kelajuan
Jika anda memandu pastikan anda mengikut had laju yang ditetapkan.
Jangan selalu tekan minyak secara mengejut untuk mendapatkan kelajuan dalam masa yang singkat.
Pastikan amalkan gaya pemanduan berhemah bila bila masa sahaja,
Perubahan kelajuan yang kerap boleh meningkatkan penggunaan minyak.
Servis Ikut Jadual
Jangan abaikan servis atau penyelenggaraan kereta secara berkala.
Menukar minyak enjin, filter udara, dan servis alat ganti yang lain akan membantu enjin berfungsi dengan lebih cekap, menjimatkan minyak, dan mengurangkan risiko kerosakan.
Pastikan ikut jadual servis mengikut jumlah kilometer yang ditetapkan.
Kalau setiap kali 10,000 kilometer kena servis maka jangan lupa servis bila dah sampai masanya.
Jangan Bawa Muatan Berat
Jangan membawa barang-barang berat yang tidak perlu dalam kereta anda.
Berat berlebihan atau tambahan berat oleh barang barang yang anda bawa boleh meningkatkan penggunaan minyak dan merosakkan prestasi kenderaan lama kelamaan.
Oleh itu jika ada benda yang berat tetapi tidak berguna sila buang daripada kerata anda.
Jangan Selalu Tukar Gear Kelajuan
Selalu menukar gear kelajuan sekejap laju dan sekejap perlahan boleh menyebabkan penggunaan minyak kereta berlebihan.
Jika tiada keperluan ada untuk tukar tukar gear di jalan yang rata maka tidak perlu lakukan.
Kecuali jika keadaan jalan yang memang perlukan penukaran gear yang kerap itu memang kita tak boleh buat apa.
Tutup Tingkap Semasa Memandu
Semasa memandu di atas 60 km/j, tutup tingkap kereta anda. Kalau nak bawa kerata laju sila tutup tingkap.
Tingkap terbuka boleh menyebabkan rintangan udara dan meningkatkan penggunaan minyak.
Gunakan penghawa dingin jika perlu.
Matikan Enjin Semasa Berhenti Lama
Jika berhenti untuk jangka masa yang lama, matikan enjin.
Meninggalkan enjin berjalan dalam keadaan terhenti boleh membazirkan minyak.
Ya betul jika kereta tidak bergerak seeloknya anda matikan enjin.
Pastikan Tayar Dalam Keadaan Baik
Pastikan tayar kenderaan anda dalam keadaan yang baik.
Tayar yang seimbang dan ada bunga yang tebal betul akan membantu mengurangkan geseran dan meningkatkan kelajuan serta penggunaan minyak yang lebih baik.
Pastikan tahap angin tayar berada dalam keadaan baik tidak kurang dan tidak lebih.
Gunakan Minyak Enjin Berkualiti Tinggi
Gunakan minyak enjin berkualiti tinggi yang disyorkan oleh pengeluar kenderaan anda.
Minyak enjin yang berkualiti tinggi membuatkan enjin kereta dapat berfungsi dengan baik.
Jika enjin kereta berada dalam keadaan yang baik ia juga boleh membantu menjimatkan minyak.
Guna Kad Bonus Point
Jika ingin isi minyak kereta pastikan anda pilih stesen minyak yang sediakan point atau bonus jika pelanggan isi minyak.
Dapatkan dan daftar kad tersebut kemudian semasa isi minyak jangan lupa guna kad bonus ini untuk mengumpul mata.
Mata atau point yang dikumpulkan nanti boleh ditebus dalam bentuk wang ringgit untuk anda isi petrol.
Jadi dengan penggunaan kad bonus atau point ini dapat membantu anda jimatkan kos untuk petrol anda.
Gunakan Kenderaan Ada Teknologi Penjimatan Minyak
Jika anda ada modal lebih pertimbangkan untuk menggunakan kenderaan yang dilengkapi dengan teknologi penjimatan minyak seperti kenderaan hibrid atau elektrik.
Pada masa sekarang banyak model kereta elektrik diperkenalkan dan semakin banyak terdapat dalam pasaran.
Ini dapat membantu anda menjimatkan minyak dan mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.
Kesimpulan
Dengan mengamalkan tips-tips cara jimat kereta diatas ini, anda tidak hanya dapat menjimatkan minyak kereta, tetapi juga mengurangkan kos pengendalian kenderaan anda.
Mulakan langkah awal ini jika sebelum ini anda belum pernah amalkan tips tips diatas untuk dapatkan penjimatan penggunaan minyak petrol.
Jarak yang boleh ditempuh oleh kereta dengan satu liter minyak bergantung kepada faktor seperti jenis kereta, saiz enjin, keadaan jalan, dan corak pemanduan. Purata, kereta boleh menempuh kira-kira 10 hingga 15 kilometer dengan satu liter minyak.
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi penggunaan minyak kereta termasuk corak pemanduan, keadaan jalan, kebersihan enjin, kekerapan penyelenggaraan, tekanan tayar, dan keadaan trafik.