cara jimat elektrik

Bagaimana cara jimat elektrik yang anda boleh jadikan panduan bagi mengurangkan bayaran bulanan anda terhadap penggunaan tenaga ini.

Setiap rumah di negara ini pasti menggunakan elektrik setiap masa untuk memudahkan kehidupan seharian kita.

Boleh bayangkan kalau tidak ada elektrik bagaimana kerja kerja seharian tidak boleh dilakukan samada di rumah atau pun di pejabat, pasti semua kerja akan tergendala.

Elektrik sudah menjadi asas keperluan kepada pengguna untuk meneruskan hidup seharian.

Namun bila dah guna elektrik setiap setiap bil akan sampai setiap bulan dan anda perlu bayar pada masanya, kalau tidak nanti bekalan elektrik akan kena potong oleh TNB.

Namun kali ini kita nak lihat secara asasnya bagaimana anda boleh jimatkan penggunaan elktrik samada di rumah ataupun di pejabat.

Ukur Penggunaan dan Bayaran Bil Setiap Bulan

Perkara utama yang anda perlu lakukan untuk jmatkan elektrik adalah dengan melakukan perbandingan setiap bulan.

Anda perlu tahu berapa bayaran bil elektrik dari masa ke semasa dan dari bulan ini dengan bulan lepas.

Perlu semak dan bandingkan samada bil elektrik semakin naik atau semakin turun.

Dengan cara ini anda dapat rancang penggunaan dan pembayaran bil elektrik anda dari masa ke semasa.

Tutup Peralatan Elektrik Yang Tidak Digunakan

Penyumbang kepada penggunaan dan bil elektrik yang tinggi adalah kerana penggunaan peralatan elektrik jangka masa panjang dan berterusan.

Untuk langkah penjimatan elektrik anda perlu tutup alatan lektrik yang tidak digunakan di dalam rumah jika tidak menggunakannya.

Sebagai contohnya jika anda sudah tidak gunakan laptop pastikan anda tutup laptop tersebut berbanding dengan biarkan berada dalam keadaan mode Sleep.

Begitu juga dengan penggunaan peralatan lain seperti lampu,kipas atau aircond, jika pada kawasan tersebut tidak ada orang maka boleh tutup dahulu daripada menggunakannya.

Ada juga barang barang elektrik yang perlu gunakan elktrik setiap masa seperti peti ais dan mesin penapis air, ini memang tidak boleh dielakkan.

Cabut semua plug dan matikan semua suis yang tidak digunakan didalam rumah.

Cuba Gunakan Lampu LED

Penggunaan mentol atau lampu LED menjadi semakin popular sama ada di rumah mahupun di pejabat.

LED ataupun light-emitting diodes menyediakan satu alternatif atau pilihan yang sangat kos efektif dan cekap tenaga berbanding lampu yang sering digunakan selama ini.

Sejauh mana keberkesanannya anda boleh cuba gunakan lampu jenis LED ini untuk melihat kesan dan hasilnya.

Gunakan Tenaga Solar

Tenaga solar adalah teknologi terkini sebagai sumber alternatif kepada penggunaan tenaga elektrik.

Teknologi tenaga solar ini adalah dengan menyimpan sumber tenaga cahaya daripada matahari dan disimpan untuk menghidupkan peralatan elektrik.

Anda perlu pasangkan solar panel pada rumah anda bagi membolehkan tenaga daripada matahari boleh disimpan.

Dengan adanya sistem solar ini anda pastinya boleh kurangkan banyak penggunaan sumber elektrik dan dapat mengurangkan bil TNB setiap bulan.

Namun pada awalnya anda perlu laburkan dulu duit untuk pasang sistem dan peralatan tenaga solar ini.

Optimumkan Penggunaan Cahaya Semulajadi

Apabila semasa waktu di siang hari sepatutnya anda boleh kurangkan penggunaan lampu elektrik di dalam rumah.

Penggunaan cahaya daripada sumber matahari yang boleh masuk kedalam rumah patut digunakan sebagai menggantikan cahaya daripada lampu.

Jika ada ruang didalam rumah yang boleh memberi laluan kepada cahaya matahari untuk masuk, anda seharusnya menggunakan setiap ruang tersebut untuk menerangi rumah anda pada siang hari.

Kempen Kesedaran Kepada Ahli Keluarga

Untuk menjayakan tujuan penjimatan penggunaan elektrik ini ia adalah bukan tindakan yang boleh dilakukan berseorang.

Jika seorang sahaja yang ada kesedaran untuk lakukan penjimatan tetapi ahli keluarga lain tidak ada kesedaran, maka tujuan tersebut pasti gagal untuk dicapai.

Pastikan semua ahli keluarga yang duduk dalam satu rumah perlu diberitahu bahawa mereka mesti menjalankan aktiviti penjimatan penggunaan elektirk bersama sama.

Apabila semua orang mempunyai kesedaran yang sama maka proses untuk melakukan penjimatan elktrik di dalam rumah akan dapat dicapai.

Begitulah antara tips atau cara jimat elektrik yang anda boleh cuba amalkan di rumah atau pun di tempat kerja anda.

Dengan mengamalkan langkah-langkah untuk menjimatkan elektrik, kita dapat mengurangkan penggunaan tenaga dan menjimatkan kos, sambil menyumbang kepada perlindungan alam sekitar.

Amalan seperti menggunakan peranti elektrik yang lebih efisyen tenaga, mematikan peranti yang tidak digunakan, mengurangkan penggunaan penghawa dingin dan pemanas, serta mengoptimumkan penggunaan cahaya semulajadi, adalah beberapa cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan penggunaan elektrik secara berkesan.

Dengan kesedaran dan amalan yang betul, setiap individu boleh memberi sumbangan yang signifikan dalam usaha menjaga sumber tenaga dan alam sekitar untuk generasi akan datang.

Bagaimana cara nak bayar bil elektrik secara online?

Untuk bayar bil elektrik secara online anda boleh baca di sini Cara Bayar Bil Elektrik Online

Berapa kali sebulan bil elektrik perlu di bayar kepada TNB?

Bil elektrik perlu dijelaskan sebulan sekali bagi mengelakkan sebarang tunggkan dan potongan bekalan boleh dilakukan oleh pihak TNB

Related Posts