cara beli rumah guna ssm

Bagaimana cara beli rumah guna SSM atau kita kenali sebagai daftar niaga.

Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) adalah merupakan badan berkanun yang telah dibina hasil daripada penggabungan antara Pejabat Pendaftar Syarikat (ROC) dengan Pejabat Pendaftar Perniagaan (ROB) di Malaysia yang akan mengawal selia syarikat dan perniagaan.

Aktiviti utama SSM adalah sebagai sebuah agensi pemerbadanan syarikat dan pendaftaran perniagaan di samping membekalkan maklumat syarikat dan perniagaan kepada orang awam.

Dalam erti kata yang mudah SSM ini adalah tempat peniaga memohon lesen untuk memulakan perniagaan.

Kali ini kita nak kongsi bagaimana cara nak beli rumah dengan menggunakan sijil daftar niaga daripada ssm.

Biasanya orang yang berniaga sendiri yang ada daftar niaga ssm tidak ada slip gaji dan juga tidak bayar cukai.

Jadi adakah boleh mereka nak beli rumah dengan guna loan bank jika tidak ada dokumen dokumen yang diperlukan tadi.

Pohon Loan Rumah Melalui Skim SJKP

Skim SJKP adalah singkatan kepada Syarikat Jaminan Kredit Perumahan Berhad (SJKP).

Ia ditubuhkan adalah khusus untuk membantu yang golongan yang tidak ada berpendapatan tetap, seperti petani dan peniaga kecil, dalam mendapatkan kemudahan loan dan pinjaman kewangan bagi membeli rumah kediaman mereka.

Skim ini boleh dapati dibank bank yang berdaftar dengan SJKP.

Maklumat skim SJKP adalah seperti berikut:

Tujuan Pembiayaan: Pembiayaan gadai janji
Had Pembiayaan: Sehingga RM500,000.00 (termasuk jumlah pembiayaan pokok, MRTA*/MRTT*, LTHO*, yuran guaman dan yuran penilaian)
Jenis Pembiayaan: Pinjaman/ pembiayan bertempoh-i
Tempoh Pembiayaan: Sehingga 35 tahun atau sehingga tempoh pembiayaan, mana-mana yang terdahulu (pinjaman dua generasi dibenarkan)
Jaminan Pembiayaan: *Jaminan pembiayaan melebihi 100% diatas jumlah pembiayaan (termasuk jumlah pembiayaan pokok, **MRTA/MRTT, LTHO, yuran guaman dan yuran penilaian)
Kadar Faedah/ Keuntungan: Seperti yang ditetapkan oleh Institusi Kewangan yang terlibat
*Tertakluk kepada pembiayaan tidak melebihi RM500,000
**MRTA: Mortgage Reducing Term Assurance
**MRTT: Mortgage Reducing Term Takaful
**LTHO: Long Term House owner’s Takaful

Kelayakan Pemohon

  • Warganegara Malaysia berumur 18 tahun keatas. Pinjaman dua generasi juga adalah dibenarkan
  • Kategori berpendapatan tidak tetap atau bekerja sendiri
  • Kategori berpendapatan tetap
  • Pembelian kali pertama rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan untuk didiami
  • Terbuka untuk rumah kediaman baru atau rumah sedia ada atau rumah lelongan
  • Jumlah bayaran balik kesemua pinjaman pemohon tidak melebihi 65% pendapatan kasar bulanan
  • Tiada rekod tertunggak CCRIS* melebihi 2 bulan bagi tempoh 12 bulan terkini
  • Tiada lain-lain rekod kredit yang negatif dalam tempoh 24 bulan

Dokumen Yang Diperlukan

Antara dokumen dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

Kediaman/ Rumah

  • Perjanjian asal Jual Beli/ borang tempahan/ resit bayaran muka

Pendapatan

Penyata akaun Bank atau deposit 6 bulan terkini (jika ada)

  • Cukai Pendapatan/ Penyata KWSP Terkini
  • Surat pengesahan pekerjaan

Dokumen Sokongan Lain

  • Salinan Kad Pengenalan pemohon
  • Surat pengesahan majikan (jika ada)
  • Lesen perniagaan SSM; atau kad pendaftaran Nelayan; atau permit teksi (yang mana berkenaan)
  • Surat akuan bekerja sendiri atau penyata pendapatan yang disahkan oleh JKKK atau penjawat kerajaan Kategori A, Penghulu/Ketua Kampung atau Pengurus Cawangan Bank

Senarai Bank Yang Terlibat

Antara bank yang terlibat yang anda boleh buat loan rumah dengan skim ini adalah seperti berikut:

  1. Agrobank
  2. Bank Islam
  3. Bank Muamalat
  4. Bank Rakyat
  5. Bank Simpanan Nasional
  6. Maybank Islamic
  7. Rhb Islamic

Kesimpulan

Skim Jaminan Kredit Perumahan ini adalah untuk menjamin dan membantu mendapatkan loan perumahan dari bank bagi golongan yang tidak mempunyai bukti pendapatan bulanan yang tetap tanpa mengira jenis pekerjaan.

Sebab itu anda yang ada SSM dan berniaga sendiri boleh memohon membeli rumah dengan skim ini.

Jadi cepat cepat pergi ke bank yang disenaraikan diatas untuk dapatkan maklumat lanjut.

Bolehkah saya membeli rumah tanpa slip gaji?

Ya, adalah mungkin untuk membeli rumah tanpa slip gaji dengan menggunakan kaedah alternatif untuk mengesahkan pendapatan anda, seperti penyata bank, surat pengesahan pendapatan, atau penyata cukai pendapatan.

Bolehkah saya mendapatkan pinjaman perumahan tanpa slip gaji?

Ya, beberapa institusi kewangan mungkin bersedia untuk memberikan pinjaman perumahan tanpa slip gaji dengan syarat-syarat tambahan atau menggunakan alternatif penyataan kewangan lain untuk menilai kelayakan pinjaman.

Related Posts