Itulah masalahnya apabila ditanya soalan ini, berbaloi ke buat pinjaman peribadi untuk renovate rumah yang baru dibeli atau pun yang sudah lama dibeli.
Masing masing ada pendapat dan keperluan masing masing.
Sama ada anda baru beli rumah baru daripada pemaju ataupun anda beli rumah subsale, dalam hati dah pasang keinginan nak renovate rumah tersebut sebab teringin nak nampak cantik daripada keadaan sedia ada.
Duit Dah Banyak Keluar Semasa Beli Rumah
Namun pada masa yang sama anda dah berhabis banyak duit sebab nak beli rumah.
Yerla kan beli rumah ni memang banyak makan duit.
Antara kos yang anda nak kena bayar adalah seperti:
- Yuran guaman
- Duti setem pindah milik
- Yuran penilaian rumah
- dan bermacam macam lagi kos yang terlibat.
Untung jika anda sudah ada simpanan daripada awal untuk membeli rumah.
Sekurang kurangnya dah ada duit yang cukup untuk membayar segala kos diatas.
Jadi bila anda ada simpanan yang cukup untuk bayar segala kos tersebut anda tak perlu gunakan duit (KWSP) untuk tujuan itu.
Oleh itu anda boleh keluarkan duit KWSP akaun kedua dengan sebab membeli rumah.
Duit itu anda boleh gunakan untuk renovate rumah dan juga untuk masuk rumah baru nanti.
Itu adalah senario cerita yang lain.
Apa yang kita nak bincangkan disini adakah tentang nak buat renovation rumah tapi tak ada duit dan nak buat pinjaman peribadi untuk mengatasi masalah itu.
Ok Ke Tak Buat Pinjaman Untuk Renovate Rumah Ni
Jadi adakah berbaloi buat pinjaman peribadi semata mata nak renovate rumah ni?
Anda baru sahaja mula buat loan rumah yang anda nak kena hadap sampai 30 tahun, 35 tahun.
Tiba tiba anda nak buat pinjaman peribadi pula untuk renovate rumah.
Anda tambah lagi satu loan baru yang nak kena hadap sampai 5 tahun atau 10 tahun.
Jika anda rasa nak renovate rumah itu adalah keperluan utama dan mendesak sebelum anda nak masuk rumah dan mahu buat siap siap, maka anda terpaksalah juga buat renovation tersebut.
Nanti bila dah masuk rumah tak seronok pulak.
Sebab nanti nak kena kemas lagi kalau nak buat renovation selepas masuk rumah.
Letih masuk rumah pertama kali, kemudian letih lagi nak kena kemas masa renovation pula lepas dah masuk nanti.
Namun jika anda rasa renovation itu bukanlah keperluan mendesak dan anda tak kisah pun jika buat lambat sedikit, maka anda boleh tangguhkan terlebih dahulu.
Masuk dulu rumah dan duduk dengan apa yang ada disamping anda boleh simpan duit setiap bulan sehingga cukup untuk anda buat renovation rumah.
Ikut Keperluan Dan Kemampuan Kewangan Anda
Jadi apa yang saya nak sampaikan di sini adalah pada pendapat saya, terpulanglah kepada masing masing.
Pendapat dan masing masing citarasa individu dan juga masing masing kemampuan kewangan.
Duit masing masing dan kemampuan bayar dan buat loan pun adalah tak sama setiap orang.
Jadi jika anda rasa tak terbeban dengan hutang rumah dan hutang pinjaman peribadi secara serentak dalam masa yang sama, maka anda teruskanlah niat anda tersebut.
Jika anda mampu ssimpan duit dan sabar terlebih dahulu untuk buat renovation rumah maka itu pun baik untuk anda.
Kehendak orang adalah tak sama dan kita tak boleh nak halang sesiapa pon.
Lagipun rumah masing masing dan duit masing masing kan.
Jadi itulah sekadar pendapat saya tentang masalah ini, tepuk dada tanya selera dan tanya kemampuan anda.
Kesalahan utama ketika membuat ubahsuai rumah adalah tidak mendapatkan kebenaran kelulusan pelan ubahsuai daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terlebih dahulu.
Renovate dilakukan tanpa membuat penambahan kepada luas bangunan rumah hanya lakukan perubahan dalam kawasan bangunan sedia ada, manakala Extend pula adalah melakukan penambahan pada luas bangunan rumah seperti tambah dapur dibelakang.