Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Sijil Layak Menduduki Rumah CCC?

sijil layak menduduki rumah

Jika anda merancang membeli hartanah baharu daripada pemaju anda pasti akan bertemu dengan satu dokumen yang dikenali sebagai sijil layak menduduki rumah pada masa bangunan tersebut telah siap.

Apakah Maksud Sijil CCC

Dokumen atau sijil ini juga di kenali sebagai Sijil Perakuan Siap Dan Pematuhan atau di dalam Bahasa Melayu.

Manakala sijil layak menduduki dalam English di kenali dengan nama panggilan Certificate of Completion and Compliance (CCC).

Biasanya dalam bidang pembangunan hartanah ini orang hanya akan selalu sebut CCC sahaja sebab mereka sudah faham, kalau orang luar bidnag memang tidak akan faham.

CCC ini adalah ganti kepada Sijil Layak Menduduki (CFO) yang mana telah digunakan sebelum ini sejak dahulu lagi.

Tujuan dan Fungsi Sijil CCC

Tujuan Sijil CCC diguna pakai adalah bagi memastikan pihak yang terlibat dalam pembinaan sesuatu projek mestilah wajib mengesahkan penyiapan dan pematuhan komponen yang berkenaan.

Sebagai contoh kontraktor yang bertanggungjawab kepada pemasangan sistem elektrikal dalam sesuatu rumah.

Mereka adalah juga bertanggungjawab memperakui bahawa sistem elektrikal yang dipasang adalah telah mematuhi peruntukan perundangan, syarat-syarat dan pelan separti yang diluluskan sebelum ini.  

Pada masa sebelum ini, CFO adalah suatu kelulusan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.

Manakala CCC adalah kelulusan yang dikeluarkan oleh pihak arkitek dan disokong dan disemak oleh Pihak Berkuasa Tempatan dan juga Lembaga Arkitek Malaysia.

Cara Dapatkan CCC

Semasa sesuatu projek perumahan dijalankan dan apabila hampir tiba hendak siap dan ingin diserahkan kepada pembeli, pada masa ini arkitek akan submit CCC ini kepada Pihak Berkuasa Tempatan.

Apabila PBT terima CCC daripada pihak arkitek pemaju, pihak PBT akan melakukan lawatan tapak diprojek bagi melihat keadaan sebenar sesuatu projek itu.

Pihak PBT, arkitek, Pemaju serta semua konsultan yang dilantik akan bersama sama pada masa lawatan tersebut untuk mendengar komen daripada pihak PBT.

Jika ada mana mana sudut pembangunan yang tidak mengikut spesifikasi atau undang undang.

Pihak Berkuasa Tempatan berhak meminta pihak pemaju melalukan pembetulan terlebih dahulu.

Selepas itu barulah PBT keluarkan surat sokongan bagi menyokong sesuatu sijil CCC mana mana projek dalam kawasan mereka.

Lepas daripada hari lawatan tapak tersebut, jika ada mana mana perkara yang perlu di pinda, di tambah pada sesuatu projek maka pemaju akan diberi tempoh untuk melakukan perkara tersebut sehingga siap.

Selepas pindaan tersebut telah siap seperti yang diminta oleh Pihak Berkuasa Tempatan baru lah PBT akan keluarkan surat sokongan kepada CCC tersebut.

Jika pemaju dah dapat surat sokongan daripada PBT barulah Sijil CCC akan dikeluarkan.

Pada masa ini barulah rumah boleh diserahkan kepada semua pembeli yang telah lulus loan.

Dan juga yang telah tandatangan Perjanjian Pembelian Rumah (Sale And Purchase Agreement).

Pada ketika ini baru lah pemaju berhak keluarkan surat kepada pembeli untuk membuat serahan rumah.

Proses ini juag dikenali sebagai (Vacant Possession) ataupun Notis Pemilikan Kosong.

Pembeli akan terima kunci dan rumah anda sedia untuk diduduki selepas pemasangan meter paip air dan TNB telah siap dilakukan.

Berapa lama tempoh nak dapat CCC?

Sijil kelayakan menduduki bangunan (CCC) ini kalau mengikut undang undang sepatutnya kena diperolehi dapat dalam tempoh 2 tahun.

Tempoh tersebut adalah seperti mana tempoh untuk siapkan rumah yang telah diperuntukkan undang undang.

Jika progress projek berjalan lancar dan tidak ada banyak membawa masalah biasanya CCC boleh dapat seperti mana dalam jangkaan tersebut.

Namun jika sesuatu projek perumahan menghadapi pelbagai masalah dan delay, maka sijil CCC lebih lambat la akan dapat.

Delay ini bukan sahaja masalah daripada pengurusan pihak pemaju kadang kadang masalah cuaca juga menyebabkan sesuatu projek tertangguh.

Kadang kadang cuaca kerap hujan dan kerja ditapak tak boleh diteruskan, maka berlaku delay.

Jadi sebagai pembeli rumah atau bakal membeli rumah baharu daripada pemaju pastikan anda minta salinan CCC semasa penyerahan kunci dilakukan.

Selalunya mereka akan berikan siap siap salinan CCC tersebut kepada semua pembeli rumah.

Begitulah info tentang sijil layak menduduki rumah ataupun dikenali sebagai CCC. Ia terpakai untuk semua jenis pembangunan bangunan dan bukan sahaja khusus kepada rumah.

Apakah maksud sijil layak menduduki in English?

Maksud sijil kelayakan menduduki bangunan in English adalah Certificate of Completion and Compliance (CCC).

Berapa lama tempoh nak dapat CCC?

Anggaran tempoh untuk mendapata CCC adalah dalam masa 2 tahun iaitu sama tempoh dengan tempoh projek perumahan perlu disiapkan. JIka ada masalah dengan sesuatu projek tersebut maka ia akan jadi lebih lambat lagi.

Related Posts