Bagaimana sebagai pemilik ingin tahu cara gadai tanah di bank yang terdapat di Malaysia ini.
Bagi pemilik hartanah kadang kadang kita memerlukan duit untuk sebarang keperluan sehingga terpaksa gadai tanah atau cagar tanah dengan membuat pinjaman kepada bank.
Untuk tanah tanah yang bersyarat pertanian anda sebagai pemilik tanah sebenarnya boleh gadaikan tanah anda kepada bank bank di malaysia yang menyediakan skim pinjaman untuk tanah yang bersyarat pertanian.
Namun tidak semua bank ada menyediakan skim skim pinjaman tersebut. Antara bank yang poular yang menyediakan skim pinjaman bagi tanah pertanian adalah Agrobank.
Tetapi untuk bank bank lain anda boleh semak dengan sendiri di cawangan cawangan berdekatan anda.
Tanpa membuang masa kita lihat bagaimana langkah langkah atau cara nak gadai tanah kepada bank untuk tanah yang bersyarat pertanian.
Buat Rujukan Dengan Pihak Bank
Langkah pertama apa yang anda perlu lakukan adalah dengan menghubungi bank untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai proses gadaian tanah.
Anda boleh merujuk kepada cawangan bank terdekat atau menghubungi pihak bank melalui telefon.
Boleh berjumpa dengan bahagian pekerja bank bahagian pinjaman untuk dapatkan maklumat lanjut.
Antara bank yang anda boleh dapatkan maklumat terperinci adalah daripada Agrobank.
Berbincang Dengan Bank
Apabila anda sudah berjumpa dengan bank yang ada menyediakan perkhidmatan gadai tanah maka proses seterusnya adalah untuk berbincang dan mengetahui maklumat lanjut proses untuk melakukan pinjaman.
Jika anda bersetuju untuk melakukan pinjaman dengan bank tersebut maka pihak bank akan meminta anda menyediakan maklumat hartanah anda seperti:
- Jenis tanah
- Saiz tanah
- Lokasi tanah
- Syarat tanah
Semua butiran maklumat tersebut ada di dalam geran tanah dan pihak bank akan meminta untuk melihat salinan geran yang original.
Penilaian Hartanah
Sesuatu pinjaman hartanah sebelum boleh diluluskan oleh bank, ianya perlu dibuat penilaian hartanah terlebih dahulu oleh syarikat penilaian hartanah yang berdaftar.
Bank akan menghantar penilai hartanah untuk menilai nilai berapa harga pasaran semasa tanah yang anda ingin gadaikan kepada bank.
Penilai ini akan membuat satu laporan rasmi dengan melihat kepada pelbagai faktor seperti keadaan tanah, lokasi, dan faktor lain yang berkaitan untuk menentukan nilai hartanah.
Dengan mengetahui berapa nilai hartanah yang sebenar barulah bank boleh putuskan berapa jumlah pinjaman yang boleh diberikan kepada peminjam.
Permohonan Pinjaman
Sebelum anda diminta untuk melakukan permohonan pinjaman dan penilaian hartanah, bank akan semak terlebih dahulu kemampuan untuk buat bayaran balik pinjaman oleh bakal peminjam.
Kalau dah lepas 2 perkara tersbut baru bank akan proceed untuk anda melakukan permohonan pinjaman secara rasmi.
Pada masa ini bank secara asasnya akan meminta bakal peminjam menyediakan dokumen seperti:
- salinan sijil hakmilik
- kad pengenalan
- slip gaji
- bank statement
- dan sebarang dokumen yang berkaitan.
Bank akan menilai permohonan pinjaman anda berdasarkan kelayakan kewangan dan risiko yang terlibat.
Kelulusan Daripada Pihak Bank
Jika permohonan anda diluluskan, bank akan mengeluarkan surat perjanjian pinjaman yang menetapkan syarat-syarat pinjaman seperti kadar faedah, tempoh pinjaman, dan jumlah pinjaman yang diluluskan.
Anda sebagai peminjam perlu sign surat perjanjian ini yang telah disediakan oleh bank.
Perjanjian ini akan menetapkan hak dan tanggungjawab anda sebagai peminjam serta hak dan tanggungjawab bank sebagai pemberi pinjaman.
Pembayaran Pinjaman
Anda akan menerima jumlah pinjaman yang diluluskan oleh bank dalam bentuk wang tunai atau melalui pengkreditan ke akaun bank anda.
Anda perlu membuat pembayaran ansuran pinjaman mengikut jadual yang telah ditetapkan dalam perjanjian.
Namun sebelum anda mendapat duit yang akan diberikan oleh bank kepada anda, proses gadaian melibatkan pihak pejabat tanah akan dilakukan terlebih dahulu.
Didalam geran tanah yang akan dicagarkan kepada bank akan dituliskan dalam geran tersebut maklumat cagaran yang dibuat oleh pemilik kepada bank.
Selagi mana tak selesai bayaran balik pinjaman selagi itulah pemilik tanah tersebut tak boleh lakukan apa perpindahan hakmilik keatas tanah tersebut.
Penyelesaian Pinjaman
Setelah anda selesai membayar semua ansuran pinjaman dan faedah yang dikenakan oleh bank, maka pinjaman anda telah selesai dilunaskan.
Seterusnya pihak bank akan mengeluarkan surat pelepasan gadaian yang menandakan bahawa tanah tersebut telah dijelaskan semua pinjaman yang telah dipohon.
Pejabat tanah akan menghapuskan syarat syarat gadaian yang telah diletakkan oleh bank didalam geran hakmilik tanah yang telah dicagarkan.
Selesailah pinjaman yang telah anda lakukan. Baca juga info ini Kebaikan Dan Keburukan Kad Kredit
Kebiasaannya bank tidak akan bagi 100% loan untuk pinjaman seperti ini, kebiasaannya dalam 70% ke 80% sahaja jumlah loan yang diberikan.
Tiadak semua bank bank di Malaysia menyediakan pinjaman untuk tanah pertanian, anda perlu lakukan survey terlebih dahulu bank mana yang ada sediakan perkhidmatan tersebut.
Hukumnya adalah haram kerana pada awalnya sudah ada niat tidak baik