cara kumpul duit beli rumah

Bagaimana cara kumpul duit beli rumah yang boleh kita lakukan jika belum ada duit yang cukup.

Membeli rumah adalah impian semua kebanyakkan orang namun ia pasti melibatkan jumlah wang yang besar.

Untuk dapat membeli rumah, langkah pertama yang perlu diambil adalah mengumpul duit dengan bijak dan berdisiplin sehingga cukup yag diperlukan.

Kalau anda memang orang kaya atau anak orang kaya memang tidak ada masalah berkenaan duit ini.

Tetapi bagi orang biasa yang tidak kaya dan bukan daripada keturunan kaya mereka perlu kumpulkan duit sendiri untuk beli rumah.

Dalam topik ini kita akan akan menerangkan strategi dan apakah langkah langkah terbaik untuk mengumpul duit dengan tujuan membeli rumah impian anda.

Tetapkan Matlamat

Mulakan dengan menentukan apa matlamat kewangan anda untuk membeli rumah.

Tentukan jumlah wang yang diperlukan dan tempoh masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut.

Pada masa awal ini adalah penting untuk anda tahu berapa harga rumah yang anda nak beli dan berapa kos kos bayaran yang anda perlu sediakan.

Jadi kita cuba lihat senarai contoh apa kos terlibat yang anda perlu sediakan.

  • Bayaran Balik Pinjaman
  • Cukai Pintu
  • Cukai Tanah
  • Yuran Guaman
  • Deposit Rumah 10% dari harga rumah jika tak dapat 100% loan
  • Daftar Elektrik
  • Daftar Air
  • Yuran Penilaian Hartanah jika beli rumah Subsale atau rumah dah siap daripada pemaju
  • Pindah rumah

Sediakan Bajet

Buatkan satu bajet peribadi yang terperinci untuk menentukan berapa banyak wang yang perlu anda jimat setiap bulan.

Pada kehidupan anda sekarang dengan gaji dan perbelanjaan anda berapa anda boleh jimatkan untuk kumpul duit nak beli rumah.

Ini termasuk mengira kos hidup harian, bayaran pinjaman, insurans, sewa rumah dan perbelanjaan lain.

Simpan Wang Secara Berkala

Tetapkan jumlah wang yang akan disimpan setiap bulan untuk tujuan pembelian rumah anda.

Pastikan anda mengutamakan simpanan ini dan tidak menggunakannya untuk perbelanjaan yang tidak penting.

Perlu ada disiplin dan semangat yang kuat bagi membolehkan anda mencapai matlamat simpanan ini.

Apabila anda mengumpul wang, pastikan anda menyimpannya di dalam akaun simpanan khas untuk pembelian rumah anda.

Ini akan membantu anda mengelakkan penggunaan wang tersebut untuk tujuan lain.

Bayar Hutang Sedia Ada

Jika anda mempunyai hutang pada masa sekarang tidak kira hutang apa pun seperti kad kredit atau pinjaman peribadi, kereta, ptptn.

Cuba untuk bayar dan melunaskan hutang-hutang ini secepat mungkin semampu boleh.

Ini akan memberikan anda lebih banyak wang untuk disimpan untuk pembelian rumah.

Baca panduan ini Teknik Snowball Bayar Hutang Habis Cepat

Cari Peluang Pendapatan Tambahan

Anda juga boleh mencari peluang pendapatan tambahan seperti kerja sambilan, menjalankan perniagaan kecil untuk meningkatkan pendapatan anda.

Pada masa sekarang banyak peluang untuk jana pendapatan tambahan yang boleh dilakukan secara sambilan sahaja daripada rumah.

Ia boleh dilakukan dengan selepas waktu kerja hanya dengan menggunakan smartphone sahaja.

Antara contoh kerja yang anda boleh lakukan secara sampingan adalah:

  1. Freelancing
  2. Kerja partime di kedai kedai
  3. Buat foodrider
  4. Buat grab
  5. Membina dan Menjual Kandungan
  6. Jualan Produk Atas Talian
  7. Mengajar Dalam Talian
  8. Affiliate Marketing
  9. Menjalankan Blog atau Laman Web
  10. Dropshipping
  11. Menjual Foto atau Seni dalam Talian
  12. Penulisan Kandungan Sambilan
  13. Mengisi Survei dalam Talian
  14. Perkhidmatan Rundingan dalam Talian
  15. Pemasaran Media Sosial
  16. Menaip Data dalam Talian
  17. Menjadi Penulis Buku Elektronik (E-book)
  18. Menjadi Penceramah atau Penghibur Dalam Talian
  19. Bermain Permainan Dalam Talian
  20. Menjalankan Kedai dalam Talian di Etsy atau eBay
  21. Penerbitan Audio atau Podcasting.
  22. Menjadi Youtuber

Pilih kerja kerja sampingan yang sesuai dengan anda dan pastikan ia halal.

Buat Pelaburan

Selain menyimpan di dalam akaun simpanan hasil daripada duit gaji anda, pertimbangkan untuk melabur wang anda dalam pelaburan yang sesuai seperti ASB, saham, atau instrumen kewangan lain yang boleh memberikan pulangan yang lebih tinggi.

Namun, ingat bahawa pelaburan juga melibatkan risiko untung rugi jadi lakukan kajian yang mencukupi sebelum melabur.

Pastikan yang penting pelaburan yang anda nak buat itu patuh syariah dan bukan daripada kaki scam.

Kesimpulan

Kesimpulannya, untuk mencapai matlamat membeli rumah, perancangan kewangan yang teliti dan disiplin dalam mengumpul duit adalah kunci kejayaan.

Anda perlu menyusun bajet, buat penjimatan secara berkala, dan mungkin kena mencari peluang pendapatan tambahan.

Kos-kos seperti ansuran pinjaman perumahan, cukai hartanah, bayaran guaman, dan lain-lain juga perlu duit untuk dibayar nanti semasa beli rumah.

Dengan pelan yang kukuh dan tekad yang kuat, pembelian rumah impian anda boleh menjadi kenyataan.

Semoga dengan panduan cara kumpul duit beli rumah ini dapat membantu anda membuka jalan untuk langkah pertama anda.

Berapa banyak duit yang perlu dikumpulkan untuk membeli rumah?

Jumlah duit yang perlu dikumpulkan untuk membeli rumah bergantung kepada nilai rumah yang ingin dibeli, kadar faedah pinjaman, dan syarat-syarat pinjaman yang ditetapkan oleh bank. Biasanya, anda perlu menyimpan sejumlah wang untuk bayaran muka, kos guaman, cukai tanah, dan kos lain yang berkaitan.

Bagaimana cara terbaik untuk mengumpul duit untuk bayaran muka rumah?

Cara terbaik untuk mengumpul duit untuk bayaran muka rumah adalah dengan menyimpan secara konsisten dan membuat perancangan kewangan yang baik. Anda boleh menyimpan sebahagian daripada gaji setiap bulan, mencari sumber pendapatan tambahan, dan mengurangkan perbelanjaan tidak perlu.

Related Posts