Kebaikan Dan Keburukan Kad Kredit

kebaikan dan keburukan kad kredit

Penggunaan kad kredit adalah merupakan satu pilihan kepada pengguna diluar sana untuk membuat sebarang pembayaran tanpa tanpa perlu menggunakan wang tunai.

Namun terdapat kebaikan dan keburukan kad kredit didalam penggunaannya untuk anda sebagai pengguna wajib ambil tahu.

Semestinya setiap kemudahan kad daripada bank ini mempunyai kelebihan dan kekurangannya tersendiri.

Apa Itu Kad Kredit

Kad kredit adalah satu kemudahan atau satu bentuk instrumen kewangan yang membolehkan seseorang pengguna itu membuat pembelian dengan menggunakan kredit(kemudahan kewangan) yang diberikan oleh pihak bank atau institusi kewangan yang berdaftar.

Kad kredit secara kebiasaanya diberikan kepada pelanggan bank yang layak dengan syarat bahawa mereka akan membayar balik jumlah yang dipinjam dengan kadar interest/faedah yang dikenakan setiap bulan.

Setiap kad kredit yang diberikan oleh bank mempunyai had kredit maksimum yang ditentukan oleh bank, dan pelanggan perlu membayar balik jumlah yang dipinjam dalam jangka waktu tertentu yang telah ditetapkan dan yang telah dipersetujui.

Kad kredit biasanya digunakan untuk membuat pembelian barangan atau perkhidmatan di kedai-kedai, dalam pembelian online atau untuk membuat pembayaran bulanan seperti bil telefon dan utiliti.

Selain itu juga banyak pengguna kad kredit menggunakan kad kredit untuk membayar ketika mengisi minyak petrol di stesen minyak.

Walau apa pun jenis kegunaannya, ia adalah terpulang kepada kehendak pengguna masing masing.

Apakah Syarat Untuk Memohon Kad Kredit

Seseorang yang mahu menggunakan kad kredit dia hendaklah membuat permohonan kepada bank.

Ia tidak sama seperti kad debit, apabila bukan akaun bank akan automatik diberikan kad debit oleh bank.

Semestinya ada syarat syarat yang telah ditetapkan oleh bank bagi sesiapa yang mahu memohon mendapatkan kad kredit ini.

Antara syarat syarat umum yang biasa di kenakan oleh bank bagi memohon kad kredit adalah seperti berikut:

  • Umur: Pelanggan yang memohon kad kredit mestilah berumur sekurang-kurangnya 18 tahun ke atas dan tidak melebihi had umur yang ditetapkan oleh bank atau institusi kewangan yang berkaitan.
  • Pendapatan: Pelanggan perlu mempunyai pendapatan bulanan yang tetap yang dikira mencukupi untuk membayar balik jumlah duit yang digunakan dalam kad kredit itu nanti. Setiap bank atau institusi kewangan mempunyai had pendapatan yang berbeza yang diperlukan untuk memohon kad kredit.
  • Rekod Kewangan: Pelanggan yang memohon kad kredit perlu mempunyai rekod kewangan yang baik didalam CCRIS atau CTOS dan tidak mempunyai sebarang tunggakan pinjaman.
  • Maklumat peribadi: Pelanggan perlu memberikan maklumat peribadi seperti nama, alamat, nombor telefon, dan nombor kad pengenalan ketika membuat permohonan kad kredit kepada bank.
  • Dokumen Sokongan: Pelanggan perlu mengemukakan dokumen sokongan seperti slip gaji, penyata bank, penyata KWSP dan penyata cukai pendapatan untuk membuktikan pendapatan pemohon adalah benar dan meyakinkan pihak bank.

Setiap bank atau institusi kewangan mempunyai syarat syarat yang berbeza.

Sebab itu ada bank yang mudah untuk luluskan permohonan dan ada bank yang begitu sukar untuk luluskan permohonan kad kredit ini.

Oleh sebab itu sekiranya anda ingin membuat permohonan kad kredit sebolehnya anda perlu faham syarat dan terma terma yang ditetapkan oleh pihak bank sebelum anda membuat permohonan.

Kebaikan Dan Keburukan Penggunaan Kad Kredit

Didalam menggunakan kad kredit ini ada kelebihan dan kekurangannya.

Kali ini kita lihat apakah kelebihan dan kekurangan jika menggunakan kad kredit ini.

Kebaikan kad kredit:

  • Sangat Mudah Digunakan: Kad kredit ini memudahkan seseorang untuk membeli produk atau perkhidmatan secara online atau di kedai-kedai fizikal tanpa perlu membawa wang tunai pada bila bila masa sahaja selagi mana tidak melebihi limit yang ditetapkan.
  • Dapat Bonus dan ganjaran: Dengan menggunakan kad kredit, pihak bank ada menawarkan ganjaran seperti mata ganjaran,bonus,point atau cashback setiap kali seseorang menggunakan kad kredit mereka untuk membuat pembelian. Ianya boleh ditebus dengan barangan atau dalam bentuk tunai.
  • Ada Warranty pembelian: Kebanyakan kad kredit menawarkan perlindungan pembelian atau warranty, yang membolehkan seseorang membatalkan pembelian jika produk yang dibeli tidak memenuhi keperluan atau jika produk tersebut rosak. Perkara ini adalah mengikut syarat syarat yang telah dipersetujui antara penjual dan juga pihak bank.

Keburukan kad kredit:

  • Hutang yang berkumpul: Jika seseorang tidak membayar hutang kad kredit dengan betul dan berdisiplin setiap bulan, hutang mereka akan terus berkumpul dan akhirnya menyebabkan hutang akan menjadi lebih besar.
  • Bayaran faedah yang tinggi: Kad kredit mempunyai kadar faedah yang tinggi berbanding dengan jenis pinjaman yang lain, oleh itu, bayaran bulanan akan lebih tinggi jika hutang tidak dilangsaikan setiap bulan. Ini ditambah lagi dengan kadar penalti caj lewat bayar yang telah ditetapkan oleh pihak bank. Kadar faedah kad kredit yang dikenakan boleh mencecah antara 15% hingga 18% setahun.
  • Penggunaan yang tidak bertanggungjawab: Jika nafsu membeli tidak dapat dikawal asyik swap kad kredit untuk membeli barang-barang yang anda tidak mampu membeli dengan wang tunai, ini akan menyebabkan hutang akan menjadi semakin besar dan tempoh semakin panjang untuk anda buat bayaran jika anda hanya mampu bayar jumlah minima sahaja setiap bulan.

Perbezaan Antara Kad Kredit Dan Kad Debit

PerbezaanKad KreditKad Debit
Sumber danaMenggunakan wang yang diberikan secara kredit daripada bank atau institusi kewanganMenggunakan wang simpanan sendiri yang anda didalam akaun bank
PinjamanMelibatkan pinjaman wang yang perlu dibayar balik dengan faedah jika dibayar tidak mengikut tempoh yang ditetapkanTidak melibatkan pinjaman, hanya menggunakan dana dalam akaun bank sendiri sahaja
InterestKadar faedah adalah lebih tinggiTidak ada interest kerana menggunakan wang sendiri
Had kreditBank menetapkan had/limit kredit maksimum yang boleh dipinjamAnda yang tentukan berapa jumlah yang perlu ada dalam akaun bank anda
Kelebihan danaMembolehkan pembelian yang melebihi baki dalam akaunTidak membenarkan pembelian melebihi baki dalam akaun
Cara pembayaranPerlu buat bayaran semula bulanan minimum atau bayaran balik secara penuhBayaran secara secara terus ditolak daripada akaun bank setiap kali menggunakan kad
Cara MemilikiPerlu memohon kepada bank dengan syarat syarat yang telah ditetapkanDapat secara automatik selepas membuka akaun simpanan didalam sesebuah bank

Begitulah antara kebaikan dan keburukan jika menggunakan kad kredit ini.

Apa pun ia adalah terpulang kepada tahap disiplin anda bagaimana anda boleh menggunakan kad kredit ini dan juga boleh membuat bayaran balik mengikut tempoh yang telah ditetapkan oleh bank.

Jika anda boleh kawal maka tidak ada masalah untuk menggunakan kad kredit ini.

Baca juga tentang Cara Simpan Duit Tak Kisah Berapa Gaji Anda

Adakah semua bank ada sediakan kemudahan kad kredit ini?

Hampir semua bank yang berdaftar ada menyediakan kemudahan kad kredit kepada pengguna.

Adakah limit kad kredit sama bagi semua bank?

Limit atau had penggunaan jumlah wang bagi sesuatu kad kredit adalah tidak sama mengikut masing masing bank.

Bagaimana untuk memilih kad kredit yang sesuai?

Faktor-faktor yang perlu dipertimbangkan termasuk kadar faedah, caj tahunan, ganjaran atau faedah balik, peraturan dan syarat penggunaan, serta kemudahan-kemudahan tambahan seperti insurans perjalanan atau perlindungan pembelian. Melakukan perbandingan di antara pelbagai kad kredit dan membaca syarat-syarat dengan teliti adalah penting sebelum membuat pilihan.

Related Posts