Cara Jimat Duit Belanja Dapur Jika Harga Barang Naik

cara jimat duit belanja dapur

Rakyat ramai terkesan dengan kenaikan harga barang namun kali ini kita akan lihat bagaimana cara jimat duit belanja dapur yang boleh diamalkan.

Hari hari ramai orang memperkatakan tentang harga barang semakin naik tak nak turun turun.

Apa boleh buat kita sebagai pengguna mahu tak mahu terpaksa kena terima sebab bukan kita yang kawal harga barang.

Kita rakyat biasa hanya sebagai pembeli dan pengguna sahaja.

Belanja dapur adalah merujuk kepada aktiviti membeli barang-barang dan bahan makanan yang diperlukan untuk menyediakan makanan di dalam rumah atau dapur.

Ia merangkumi pembelian segala jenis bahan makanan, minuman, barang-barang masakan, dan peralatan dapur yang digunakan untuk memasak dan menjaga ketersediaan makanan dalam kehidupan seharian.

Tiap tiap bulan mesti kita kena belanja untuk membeli barang dapur sebab nak sediakan makanan untuk ahli keluaraga dan anak anak.

Pembelian barang dapur adalah penting dalam pengurusan rumah tangga kerana melibatkan perancangan, pembelian, dan penyediaan makanan yang sesuai untuk keluarga atau penghuni rumah.

Ini termasuk membuat senarai belanjaan, memilih bahan berkualiti, mengambil kira sumber kesihatan dan diet, serta menguruskan belanjawan yang sesuai.

Pengurusan belanja dapur yang bijak adalah kunci untuk memastikan ketersediaan makanan yang mencukupi, menjaga kualiti makanan, dan mengawal perbelanjaan rumah tangga dengan berkesan.

Rancang Belanjawan

Rancang Belanjawan satu pendekatan yang penting dalam pengurusan kewangan yang bijak.

Pertama buat perancangan belanjawan bagi membantu anda menentukan dengan jelas berapa banyak wang yang akan perlukan setiap bulan pada perbelanjaan barang dapur.

Dengan menetapkan had dan matlamat yang jelas, anda dapat mengelakkan pembaziran wang pada perkara yang tidak diperlukan dan mengutamakan perbelanjaan yang lebih penting.

Kedua, apabila anda merancang belanjawan dengan lebih berhati-hati, anda dapat memeriksa semula perbelanjaan sebelum dan selepas berbelanja adakah ada penjimatan atau penambahan belanja.

Anda juga boleh memantau dan menilai prestasi belanjawan anda dari semasa ke semasa.

Ini membolehkan anda membuat penyesuaian jika terdapat perubahan dalam kehidupan anda atau jika harga barang meningkat.

Merancang belanjawan adalah alat yang terbaik dalam menjimatkan wang, menguruskan kewangan dengan bijak, dan mencapai matlamat kewangan jangka panjang anda.

Buat Senarai Barang

Anda perlu senaraikan barang barang dapur yang anda perlu beli setiap bulan.

Kenalpasti apakah barang yang utama yang perlu ada di dapur dan juga barang yang tidak perlu atau hanya perlu beli jarang jarang sahaja.

Antara contoh senarai barang dapur yang perlu ada di setiap rumah adalah seperti berikut:

  1. Beras: Sumber makanan utama dalam Malaysia.
  2. Gula: Digunakan untuk manis dan menghidangkan minuman serta hidangan pencuci mulut.
  3. Garam: Untuk meningkatkan rasa makanan dan dalam proses memasak.
  4. Minyak Masak: Terdapat pelbagai jenis minyak masak seperti minyak sayuran, minyak masak kanola, atau minyak zaitun.
  5. Tepung: Digunakan dalam pembuatan roti, kuih, dan adunan pencuci mulut.
  6. Susu: Susu segar atau susu dalam tin digunakan untuk minuman, memasak, dan membuat adunan.
  7. Telur: Sebagai bahan utama dalam banyak hidangan dan pilihan sarapan.
  8. Sayur-sayuran: Contohnya, timun, tomato, bawang, bawang putih, lobak, dan lebih banyak lagi, digunakan dalam pelbagai hidangan.
  9. Buah-buahan: Contohnya, epal, pisang, dan jeruk, untuk snek atau kudapan.
  10. Daging: Daging lembu, ayam, ikan, atau daging lain adalah sumber protein utama dalam hidangan.
  11. Ikan Bilis dan Udang Kering: Dikeringkan dan digunakan untuk memberi rasa dalam hidangan seperti kuah dan sambal.
  12. Sos dan Perencah: Saus tomato, sos cili, kicap, sos tiram, dan perencah lain untuk memperkayakan rasa hidangan.
  13. Rempah dan Herba: Rempah seperti serbuk kunyit, serbuk cili, serbuk lada hitam, dan herba seperti daun kari dan daun ketumbar digunakan untuk memberi rasa pada hidangan.
  14. Kacang dan Biji-Bijian: Contohnya, kacang tanah, kacang hijau, biji bunga matahari, dan lain-lain.
  15. Bahan Pemanggangan: Minyak dan kertas pembungkus untuk pemanggangan makanan.
  16. Bahan Pencuci Mulut: Vanila, gula pudar, coklat chip, dan sebagainya untuk membuat pencuci mulut.
  17. Herba dan Remedi: Contohnya, teh herba, rempah ratus, atau madu.
  18. Kopi dan Teh: Minuman yang popular untuk sarapan atau minum petang.
  19. Bahan Penyedap: Ajinomoto, garam beryodium, dan bahan penambah rasa lain.
  20. Barang Pemotong dan Alat Dapur: Pisau, penggiling bumbu, periuk, dan lain-lain.
  21. Bekas Penyimpanan: Bekas plastik, kotak penyimpanan, dan beg ziplock untuk menyimpan makanan.
  22. Alat Masakan: Penggoreng, periuk, penapis, pengukus, pemutar adunan, dan sebagainya.
  23. Alat Membancuh dan Mengukur: Mangkuk, penyukat, dan alat bancuh lain untuk membuat adunan.
  24. Alat Pembuat Kopi atau Teh: Contohnya, mesin kopi, cawan pembuat teh, dan penapis kopi.
  25. Periuk Nasi: Untuk memasak nasi dengan mudah.
  26. Peralatan Pembuat Roti: Untuk membuat roti dan adunan roti.
  27. Pencuci Piring dan Alat Penyuci: Peralatan untuk membersihkan pinggan, periuk, dan alat masakan lain.

Itulah beberapa contoh barang-barang dapur yang boleh anda dapati dalam kebanyakan rumah.

Senarai ini adalah sebagai contoh sahaja untuk panduan dan rujukan, anda boleh ubahsuai mengikut keperluan anda.

Cari Diskaun Dan Tawaran

Membeli dengan harga diskaun dan tawaran harga adalah satu strategi yang efektif dalam pengurusan perbelanjaan dapur.

Dengan cara ini anda boleh menjimatkan wang dalam jangka panjang.

Anda boleh lihat pengiklanan pasaraya, kedai runcit, mencari kupon diskaun, dan memeriksa promosi dalam talian.

Dengan melakukan ini aktiviti ini anda boleh mendapatkan barangan dapur anda dengan harga yang lebih rendah daripada harga biasa dan menjimatkan sejumlah besar wang dalam masa yang panjang.

Bandingkan Harga

Memang agak leceh nak buat benda ni bandingkan harga sebab nak kena tengok banyak tempat dan memakan masa dan tenaga.

Tapi nak buat macam mana dah harga barang naik ni kena juga berkorban.

Anda perlu membuat perbandingan harga dan membandingkan tawaran dari pelbagai kedai untuk memastikan anda mendapatkan nilai terbaik untuk wang anda.

Kena buat senarai barang dan harganya bandingkan harga di beberapa tempat sebelum membuat keputusan pembelian.

Beli Di Kedai Yang Ada Member Kad

Ini adalah antara yang anda boleh gunakan cara ini iaitu berbelanja di kedai atau pasaraya yang ada tawarkan member kad dan juga boleh kumpulkan point untuk ditebus dalam bentuk voucher.

Bila anda berbelanja anda akan dapat kumpulkan mata dan mata atau bonus ini akan boleh ditukar kan nanti untuk anda tebus dengan nilai duit.

Jadi bila dah selalu berbelanja dengan kad member maka banyak point akan dikumpulkan.

Nanti apabila anda rasa nak tebus anda boleh gunakan bile perlu.

Walaupun nilai point tidak banyak dari segi nilai tukarannya tetapi ia sedikit sebanyak dapat membantu anda.

Beli Produk Tempatan

Membeli produk tempatan adalah tindakan yang memberi manfaat kepada ekonomi tempatan orang kita.

Dengan memilih produk yang dikeluarkan oleh rakyat Malaysia anda menyokong industri dan usahawan tempatan, memberi dorongan kepada pertumbuhan ekonomi setempat.

Ini membantu mencipta pekerjaan dan meningkatkan pendapatan dalam Malaysia dan boleh memberi manfaat kepada keseluruhan ekonomi negara.

Produk tempatan sering kali lebih segar kerana ia tidak melalui perjalanan pengangkutan yang jauh.

Ini bermakna produk-produk ini cenderung lebih berkualiti dan boleh memberi kesan positif kepada kesihatan keluarga anda.

Selain itu, produk tempatan juga boleh menjadi lebih murah berbanding produk import kerana ia tidak perlu kos perbelanjaan pengimportan yang tinggi.

Oleh itu, memilih produk tempatan bukan sahaja menjimatkan wang anda, tetapi juga memberi kesan positif kepada masyarakat, kesihatan, dan alam sekitar.

Beli Secara Borong

Membeli secara borong adalah satu strategi yang berkesan untuk mendapatkan harga lebih murah dan boleh menyimpan barang-barang lebih tahan lama

Apabila anda membeli dalam kuantiti yang besar, anda cenderung mendapat diskaun yang lebih besar daripada pembelian dalam kuantiti kecil.

Ini membolehkan anda menjimatkan wang dalam jangka panjang kerana harga per unit barang menjadi lebih rendah.

Membeli secara borong juga adalah sesuai untuk barang-barang tahan lama seperti beras, gula, minyak masak, atau barang kering lain, tetapi kalau barang ini takda dapat diskaun kalau beli banyak jangan beli.

Hanya beli secara banyak apabila anda betul dapat diskaun untuk barang barang dapur anda dan benda tu boleh simpan dan tahan lama.

Apabila anda membeli dalam kuantiti besar, anda juga dapat mengelakkan pergi membeli terlalu kerap dan dapat mengurangkan kos pengangkutan serta masa yang dihabiskan.

Ini memberi manfaat kepada alam sekitar dan menjimatkan masa dan tenaga anda.

Tukar Jenama Jika Perlu

Perkara ini memang agak sukar dilakukan kerana ia melibatkan rasa sedap dalam mulut dan lidah.

Menukar jenama barang barang dapur seperti bahan masakan boleh dibuat jika harga jenama yang anda beli tersebut naik harga mendadak.

Tetapi anda kena fikir juga sama ada nak korbankan rasa sedap atau nak korbankan sedikit duit untuk tidak menukar jenama yang anda minat.

Pilihan ditangan anda yang penting jika terdesak sahaja baru tukar jenama sebab rasa masakan mesti akan berubah.

Masak Dirumah

Memasak di rumah adalah satu langkah yang bijak untuk menjimatkan belanjaan anda.

Pertama, salah satu kelebihan utama masak di rumah adalah melibatkan kos yang lebih rendah berbanding makan di luar.

Apabila anda memasak sendiri, anda dapat mengawal jenis bahan yang digunakan dan mengelakkan bayaran tambahan yang biasanya terdapat pada hidangan di restoran.

Kedua, dengan masak di rumah, anda dapat menggandakan sajian untuk dimakan pada masa yang akan datang.

Ini bermaksud anda boleh memanfaatkan bahan dan bahan makanan yang lebih lama, mengelakkan pembaziran makanan dan menjimatkan lebih banyak wang dalam jangka panjang.

Ketiga, masak di rumah membolehkan anda mengambil kira diet dan kesihatan keluarga anda dengan lebih baik.

Anda dapat memilih bahan-bahan berkualiti tinggi, mengawal saiz hidangan, dan mengelakkan penggunaan bahan tambahan yang tidak sihat.

Dengan ini, anda dapat memastikan bahawa keluarga anda mendapat makanan berkhasiat sambil menjimatkan wang dan belanja dapur.

Dalam ertikata yang lain memasak di rumah adalah pilihan yang bijak untuk pengurusan belanjaan dan kesejahteraan keluarga anda.

Lihat Tarikh Luput Produk

Semasa membeli barang barang dapur pastikan anda semak tarik luput penggunaan sesuatu barangan tersebut.

Jangan beli jika barangan tersebut dah nak hampir tamat tempoh dalam masa terdekat jika anda nak guna barang tu lama.

Kadang kadang kita tak perasaan barang yang diletakkan tu mereka terlepas semak tarikh luput.

Jadi menjadi tanggungjawab kita sebelum beli kena semak betul betul expired date di label.

Kalau dah beli tapi guna barang tak habis lagi dah nak expired kan membazir duit dan barang tersebut sebab kena buang dalam tong sampah.

Elakkan Membeli Makanan Ringan

Elakkan membeli makanan ringan adalah satu tindakan yang bijak dalam pengurusan belanjaan dan kesihatan.

Pertama, makanan ringan memang kita ketahui kurang berkhasiat dari segi nutrien dan tinggi dengan gula, garam, atau lemak tambahan tapi sebab sedap kita makan juga.

Dengan mengelakkan pembelian makanan ringan, anda dapat menjaga kesihatan keluarga anda dengan mengurangkan pengambilan bahan-bahan tidak sihat ini.

Kedua, makanan ringan boleh menjadi sumber pengeluaran tambahan yang signifikan dalam perbelanjaan bulanan.

Berbelanja kepada berbagai jenis makanan ringan boleh mengakibatkan perbelanjaan yang tidak perlu, yang boleh digunakan untuk pembelian makanan yang lebih berkualiti dan berkhasiat.

Mengelakkan membeli makanan ringan adalah langkah penting dalam menjaga kesihatan dan mengawal belanjaan rumah tangga dengan lebih bijak.

Senarai contoh makanan ringan yang ada:

  1. Kerepek: Contohnya, kerepek kentang, kerepek pisang, kerepek ubi, dan kerepek jagung.
  2. Biskut: Terdapat pelbagai jenis biskut seperti biskut coklat chip, biskut krim, dan biskut oat.
  3. Coklat dan Perisa Manis: Contohnya, coklat batang, permen keras, gula-gula jeli, dan permen lollipop.
  4. Kacang dan Biji-Bijian: Contohnya, kacang tanah, kacang goreng, biji bunga matahari, dan biji labu.
  5. Snack Berkualiti Tinggi: Contohnya, snack protein, snack granola, dan kacang soya.
  6. Keropok: Termasuk keropok lekor, keropok udang, dan keropok ikan.
  7. Biskut Berasaskan Bar: Contohnya, bar cereal, bar tenusu, dan bar tenaga.
  8. Makanan Ringan Bersalut Coklat: Contohnya, buah berkulit coklat, badam berkulit coklat, dan strawberi berkulit coklat.
  9. Makanan Ringan Bersalut Keju: Contohnya, keju bercampur kacang, keju bercampur buah, dan keju bercampur keropok.
  10. Makanan Ringan Tradisional: Contohnya, dodol, lempeng, dan keropok lekor.
  11. Kek dan Pastri Kecil: Contohnya, kek cawan, pastri puding, dan kuih muih.
  12. Popcorn: Terdapat popcorn yang dijual dalam pelbagai perasaan seperti garam, keju, atau karamel.
  13. Makanan Ringan Siap Sedia: Contohnya, makanan ringan dalam tin, makanan ringan dalam paket, dan makanan ringan segera, mee segera.
  14. Makanan Ringan Kesihatan: Contohnya, yogurt, buah-buahan segar, dan sayur-sayuran yang dipotong.

Bawa Bekal Makanan

Sebab semua harga barang naik dan anda perlu belanja lebih kepada barang barang dapur maka membawa bekal makanan ketika bekerja adalah langkah terbaik untuk diamalkan.

Sebab dah beli banyak barang dapur eloklah digunakan sebaik mungkin.

Duit atau kos makan luar seharian anda boleh peruntukkan untuk belanja dapur dirumah.

Kalau belum biasa bawa bekal maka anda dah kena mula praktiskan sekarang.

Masak hidangan yang simple simple sahaja nasi dan sejenis lauk dan ada kuah sudah mencukupi untuk makanan tengahari anda.

Jangan Makan Luar

Orang memang suka makan luar lebih lebih lagi pada waktu malam sambil bawa keluarga.

Tapi jika anda mampu tak ada masalah pon untuk makan luar berapa kerap sekali pon.

Namun jika anda mempunyai gaji yang hanya cukup cukup makan dan cukup untuk saraan sebulan sahaja keluarga anda maka anda tiada piliha lain lain selainmakan kat rumah jer.

Sekali sekala makan diluar boleh untuk buatkan aktiviti luar dengan keluarga.

Makan luar ni maklum saja kosnya lebih mahal berbanding makan dirumah.

Harga air pon segelas dah RM 1.5 ke RM 2 sekarang. So fikir fikirkan.

Masak Sekali Banyak

Ini lagi satu yang anda kena praktiskan iaitu masak dalam kuantiti yang banyak sekali masak.

Maksudnya anda masak sekali sahaja untuk makan sampai malam dan juga untuk buat bekal pergi kerja dan anak2 sekolah.

Jadi anda tak perlu masuk dapur banyak kali, sehari sekali sahaja masuk dapur.

Kalau malam kena perangat lauk kalu dah sejuk.

Ada orang boleh makan macam ni ada orang kena masak pula pada malam hari hidangan malam.

Terpulang pada keluarga masing masing.

Kesimpulan

Harga barang dapur naik memang kita tak boleh nak buat apa sebab ia adalah disebabkan faktor ekonomi daripada demand dan supply serta masalah kos dalam menghasilkan barang barang.

Naik tak naik kita terpaksa juga beli barang dapur sebab nak kena makan setiap hari, kalau puasa pon kena makan juga sebelah malam.

Jadi langkah atau cara jimat duit belanja dapur ini mestilah di buat dengan kaedah yang betul untuk memastikan kita dan ahli keluarga dapat juga makan walaupun harga barang dapur tengah naik.

Janganlah sebolehnya sampai kita kena catu makananan disebabkan dengan kenaikan harga barang.

Semoga anda semua dapat merancang perbelanjaan anda dengan bijak.

Apakah langkah-langkah yang boleh diambil untuk menjimatkan duit belanja dapur jika harga barang naik?

Langkah-langkah yang boleh diambil termasuk merancang belanjaan dengan bijak, membeli barang-barang dalam jumlah besar semasa diskaun, mengurangkan pembelian makanan yang diproses, dan memilih produk kualiti rendah yang lebih murah.

Bagaimana cara membeli dengan bijak semasa harga barang naik?

Anda boleh membeli dengan bijak dengan membuat senarai belanjaan, membandingkan harga di pelbagai kedai, memilih jenama berjenama sahaja jika perlu, dan mencari promosi atau diskaun untuk barang-barang keperluan dapur.

Related Posts