cara memanggil indah water

Bagaimanakah cara memanggil Indah Water ke rumah persendirian untuk membuat pengosongan tangki septik.

Indah Water Konsortium Berhad merupakan syarikat milik Kementerian Kewangan merupakah satu syarikat pembentungan nasional.

Syarikat ini ditubuhkan untuk membangunkan dan menyelenggara sistem pembetungan yang moden dan efisien untuk rakyat Malaysia.

Dengan adanya satu sistem pembetungan yang moden dan efisien ia adalah amat penting bagi negara demi memastikan air kumbahan dirawat terlebih dahulu sebelum disalirkan ke dalam sistem pengairan (sungai, parit dan laut).

Sistem yang cekap ini akan membantu negara bagi memelihara sumber air, melindungi kesihatan awam dan mewujudkan persekitaran yang bersih dan selamat.

Tugas Tugas Indah Water

Antara peranan atau tugas tugas Indah Water adalah seperti:

  • mengendalikan dan menyelenggarakan lebih daripada loji rawatan kumbahan (STP) dan stesen rangkaian pam di kawasan operasi di seluruh negara.
  • menyediakan perkhidmatan pengosongan tangki septik untuk sistem pembetungan yang tidak bersambung iaitu IST dan tandas curah kepada semua pelanggan di bawah kawasan operasi IWK
  • menjalankan kajian dan R&D bagi meningkatkan keupayaan rawatan kumbahan dan sekali gus meningkatkan kebersihan alam sekitar

Harga Sedut Tangki Najis Indah Water

Apa yang kita nak bincangkan disini adalah bagaimana boleh anda menggunakan perkhidmatan Indah Water untuk premis persendirian.

Seperti yang disenaraikan diatas Indah water ada menyediakan perkhidmatan pengosongan tangki septik di rumah persendirian.

Jadi anda boleh menggunakan servis daripada indah water ini.

 pengosongan tangki septik

Bila dah lama guna tangki jamban dirumah akan penuh dan melimpah keluar, keadaan ini akan menyebabkan pencemaran bau dan sekitar rumah akan menjadi busuk.

Jadi dengan adanya servis pengosongan tangki septik ini dapat membantu masalah yang dihadapi oleh orang ramai.

Takkan anda nak buat sendiri atau upah orang jika tangki jamban dah melimpah.

Tentulah perlu menggunakan pakar yang ada semua peralatan bagi membuat kerja kerja tersebut.

Kadar caj perkhidmatan pengosongan tangki septik individu adalah bergantung kepada jenis dan saiz tangki di rumah anda

Kakitangan indah water yang datang ke rumah anda untuk jalankan kerja kerja pengosongan tangki septik akan buat kiraan jumlah yang perlu dibayar kepada Indah Water.

Harga sedut tangki najis indah water bergantung kepada saiz tangki, kalau tangki jamban anda besar dan dalam maka mahallah sikit bayarannya berbanding tangki jamban yang lebih kecil.

Senarai Cawangan Indah Water

Pusat khidmat Indah water ada di semua negeri kecuali Sabah dan Sarawak.

Cawangan Indah water ada di negeri:

  • Perlis
  • Kedah
  • Pulau Pinang
  • Perak
  • Selangor
  • Kuala Lumpur
  • Negeri Sembilan
  • Melaka
  • Pahang
  • Terengganu
  • Johor
  • Kelantan
  • Labuan

Anda boleh dapatkan alamat pusat khidmat pelanggan Indah Water di setiap negeri di website mereka https://www.iwk.com.my/

Jadi jika anda mengahdapi masalah berkenaan tangki septik di rumah anda bolehlah menghubungi Indah Water untuk bantu selesaikan masalah anda.

Sumber daripada indah water

Baca juga tentang Apa Beza Antara Rumah Contoh Dengan Rumah Showhouse

Bagaimana cara buat aduan kepada Indah Water?

Untuk membuat sebarang aduan anda boleh menghubungi mereka mengikut lokasi anda di website mereka https://www.iwk.com.my/my/contact-us

Bil Indah water kena bayar berapa kali setahun?

Bil akan dihantar dua kali setahun iaitu pada setiap pertengahan dan hujung tahun