Cara bayar Lppsa Maybank2u – Bagaimana cara nak lakukan dengan menggunakan perkhidmatan online ini.

Jika anda penjawat awam di Malaysia anda boleh menggunakan LPPSA untuk membuat pinjaman membeli rumah.

Perkhidmatan Lpssa hanya khusus untuk penjawat awam yang sah jawatan sahaja yang boleh buat loan untuk membeli rumah.

Jadi jika anda nak beli rumah tapi tidak mahu membuat loan bank anda boleh gunakan loan daripada LPPSA ini untuk membeli rumah.

Apa yang bestnya loan rumah daripada Lppsa ini adalah jika anda nak memohon mereka hanya melihat potongan dalam slip gaji sahaja tanpa mengambil kira komitmen luar yang anda anda.

Ia tidak seperti loan bank yang mana bank akan semak secara terperinci semua hutang hutang anda yang ada.

Jadi bila nak buat loan lpssa ni nak lulus itu lebih mudah jika layak dengan kadar gaji dan kadar harga rumah.

Bila anda dah buat loan lppsa anda juga boleh membayar secara online melalui Maybank2u jika anda lebih selesa menggunakan maybank.

Cara Bayar LPPSA Guna Maybank2u

Cara nak bayar hutang rumah loan lppsa dengan Maybank2u juga adalah mudah.

Anda boleh ikuti langkah langkah berikut dibawah.

1.Masuk ke Maybank2u macam biasa untuk login ke akaun anda.

2.Kemudian Pilih Pay and Transfer

3.Pada bahagian Pay To Payee buat carian LPPSA

Sistem akan tunjukkan hasil carian seperti berikut:

  • Ansuran/Tunggakan
  • Penyelesaian Penuh
  • Penyelesaian sebahagian
  • Bayaran Wang Beza

Pilih transaksi yang anda ingin lakukan daripada 4 yang disenaraikan diatas. Rujuk gambar dibawah ini.

cara bayar lppsa maybank2u

Selepas dah pilih transaksi yang ingin dilakukan satu popup akan keluar dalam sistem.

masukkan nombor akaun lppsa

Anda akan diminta untuk isikan maklumat berikut:

  • Amount jumlah bayaran
  • Nombor akaun LPPSA (nombor akaun anda boleh lihat seperti didalam gambar bagaimana nak dapatkannya)
  • Nombor Kad Pengenalan Pemohon Pinjaman

Kemudian klik “PAY”

Pilih secure verification atau secure TAC dan selesaikan transaksi bayaran loan lppsa anda hingga habis.

Pastikan anda download dan simpan resit bayaran untuk simpanan dan rujukan anda.

Selesai pembayaran loan rumah Lppsa yang boleh dibuat melalui Maybank2u.

Ianya sangat sangat mudah dilakukan dan anda boleh buat hanya daripada handphone sahaja daripada rumah.

Cuma yang penting anda kena simpan resit bayaran tersebut di tempat yang selamat supaya senang nak cari.

Pastikan anda semak akaun Lppsa anda untuk melihat sama ada bayaran anda telah masuk atau tidak.

Jadi setiap bulan anda kena pastikan anda buat 2 perkara tersebut simpan resit bayaran yang telah dibuat dan selepas itu semak akaun Lppsa anda untuk lihat baki terkini pinjaman anda.

Semoga perkongsian ini dapat membantu anda.

Baca juga Kiraan Loan Rumah LPPSA Untuk Penjawat Awam dan berapa Bayaran Bulanan Rumah Mesra Rakyat

Related Posts