Apa Beza Antara Rumah Contoh Dengan Rumah Showhouse

Apa beza antara rumah contoh dengan rumah showhouse

Bagaimana nak tahu beza antara rumah contoh dengan rumah showhouse yang sering kita dengar dan lihat.

Jika anda sedang atau mencari rumah daripada pemaju perumahan mesti anda akan jumpa 2 istilah ini.

Istilah yang dimaksudkan ialah rumah contoh dan juga rumah showhouse.

Kebiasaan bagi developer yang membuat projek perumahan mereka akan sediakan showhouse untuk bakal pembeli lihat ketika buat viewing.

Ada developer yang buat showhouse dan ada developer yang tidak buat showhouse.

Ini semua bergantung kepada tahap kewangan setiap developer tersebut.

Bagi sesetengah developer mereka akan siapkan showhouse cantik cantik untuk tarik bakal pembeli datang melihat rumah yang mereka jual.

Showhouse ini biasanya akan dihiaskan cantik cantik pada bahagian dalaman rumah dan juga pada luaran rumah.

Dalaman rumah akan dipasang dengan interior design yang cantik cantik siap ada semua kelengkapan didalam rumah seperti:

  • Langsir
  • Lampu
  • Katil dan tilam
  • Kitchen cabinet
  • Aircond
  • Plaster Siling
  • dan bermacam macam lagi

Rumah showhouse di hias seperti siap hendak diduduki oleh bakal pembeli.

Namun showhouse bukanlah keadaan rumah yang sebenar yang akan dimilik oleh pembeli jika membeli rumah tersebut, melainkan pembeli memang membeli rumah showhouse tersebut.

Rumah showhouse hanyalah memberi gambaran idea atau inspirasi bagaimana bakal pembeli dapat memiliki rumah seperti ini jika mereka membeli rumah di taman perumahan tersebut.

Rumah contoh pula adalah rumah standard yang hanya kosong dan tidak dihias dengan apa apa.

Rumah contoh atau rumah sample inilah yang bakal pembeli akan dapat sebenarnya bukan seperti rumah showhouse.

Kalau nak cantik macam rumah showhouse maka kena tambah duit untuk buat renovation dan interior design.

Sebab itu kadang kadang ada sesetengah developer tak buat showhouse kalau sesuatu projek itu senang jual.

Biasanya kalau harga rumah tinggi pasti akan ada showhouse untuk mereka jadikan tarikan kepada pembeli untuk datang lihat rumah.

Rumah showhouse kadangkala ada dijual kepada pembeli dan ada juga yang tidak dijual kepada pembeli.

Ada sesetengah developer jadikan hadiah kepada pihak atasan mereka, namun ini terpulang kepada pemaju tersebut.

Jika anda nak beli rumah showhouse anda kena bayar lebih tinggi sedikit daripada rumah sample kerana pelbagai tambahan telah dilakukan didalam rumah tersebut.

Jadi kalau anda baru nak mencari rumah dengan pemaju perumahan anda kena faham 2 istilah ini supaya anda tidak keliru semasa pergi melihat rumah nanti.

Semasa pergi melihat rumah ditapak lihat lah kedua dua rumah, showhouse dengan sample house supaya anda faham apa yang anda akan dapat bila beli nanti.

Lepas dah lihat rumah barulah boleh buat keputusan untuk membeli dengan lebih mudah

Baca juga cara Cara Memanggil Indah Water Ke Rumah

Related Posts