Tips Memilih Pintu Rumah

Jika anda sedang mencari tips memilih pintu rumah pastikan anda baca info disini terlebih dahulu.

Tidak kisah anda mencari pintu rumah yang bagaimana, pastikan ianya adalah sesuai dengan kedudukan dan kegunaannya.

Antara pintu yang terdapat dalam bahagian rumah adalah:

  • Pintu depan
  • Pintu bilik
  • Pintu tandas
  • Pintu bilik air
  • Pintu belakang bahagian dapur

Kali ini kita akan lihat bagaimana tips untuk memilih pintu bagi bahagian hadapan rumah.

Pintu utama atau pintu hadapan rumah adalah perkara pertama sekali yang akan dilihat apabila orang datang ke rumah anda.

Pintu hadapan rumah juga adalah benteng utama sebagai pertahanan jika ada sebarang pencerobohan berlaku seperti kecurian dan pecah masuk rumah.

Apa jua jenis pintu yang anda ingin gunakan tidak menjadi masalah asalkan ia sesuai dengan kehendak dan keperluan sebagai sebuah rumah.

Oleh itu, memilih pintu yang betul untuk rumah anda sangat penting. 

Bukan hanya perlu kelihatan cantik dan sesuai dengan gaya rumah anda, tetapi juga perlu selamat, tahan lama, dan mudah diselenggara. 

Dalam artikel ini, kita akan akan lihat beberapa tips atau panduan untuk membantu anda memilih pintu yang sesuai untuk rumah anda.

Apa Yang Anda Perlu Pertimbangkan Sebelum Membeli Pintu

Sebelum anda mula membeli pintu baru, terdapat beberapa pertimbangan penting yang perlu anda buat. Berikut adalah beberapa faktor yang boleh dipertimbangkan:

Keperluan Keselamatan

Pintu utama di bahagian hadapan rumah adalah barisan pertahanan pertama anda untuk menghadapi sebarang pencerobohan daripada orang luar.

Oleh sebab itu aspek keselamatan adalah harus menjadi keutamaan yang perlu dititikberatkan.

Sebolehnya cari pintu yang diperbuat daripada bahan yang tahan dan kuat.

Dan jika anda ada duit lebih boleh pertimbangkan untuk memasang jenis pintu yang mempunyai mekanisme penguncian yang lebih selamat.

Gaya dan Rekabentuk

Pintu depan utama di rumah juga memainkan peranan yang penting dalam memberikan daya tarikan kepada kecantikan sesuatu rumah tersebut. 

Anda boleh pertimbangkan gaya dan reka bentuk pintu yang sesuai dengan konsep rumah anda. 

Bagi memilih sesebuah pintu hadapan yang cantik anda boleh memilih sama ada ia diperbuat daripada bahan apa, warna, jenis kemasan dan juga corak serta design yang terkini.

Antara corak rekabentuk yang anda boleh pilih adalah sama ada bercirikan konsep Tradisional, Klasik, Moden dan Kontemporari.

Semua ciri atau konsep yang disebutkan diatas masing masing mempunyai nilai dan daya tarikan tersendiri untuk menampakkan rumah anda lebih cantik.

Jika anda mempunyai duit yang lebih anda boleh menempah pintu khas atau design tersendiri di mana mana kedai atau kilang pintu.

Dengan tempahan khas ini anda boleh membuat pintu mengikut citarasa rasa anda samada daripada segi bahan ataupun daripada segi corak.

Iklim dan Cuaca

Iklim dan cuaca di kawasan rumah anda juga boleh menjadi faktor kepada jangka hayat dan ketahanan pintu rumah anda. 

Sekiranya pintu rumah anda sentiasa terdedah kepada cuaca sama ada panas atau hujan pastikan anda pilih jenis pintu yang tahan lasak daripada kesan terhadap cuaca.

Seeloknya pada bahagian pintu hadapan sebolehnya anda buat satu porch atau awaninya bagi mengelakkan pintu rumah anda tidak terdedah kepada cuaca secara terus.

Pintu rumah anda tahan lebih lama jika tidak terdedah kepada cuaca.

Ukuran dan Ruang

Sebelum anda ingin membeli pintu pastikan anda ukur ukuran bingkai pintu anda terlebih dahulu sebelum anda membuat sebarang tempahan.

Check dahulu berapa luas ruang yang anda ada di sekitar pintu dan juga pintu tersebut ingin dibuka keluar atau ke dalam.

Membuat pengukuran awal adalah penting supaya anda tidak tersilap membeli pintu.

Pastikan anda upah tukang buat pintu yang mahir dan mampu bantu anda untuk membuat pembelian dengan betul.

Anggaran Kos

Semestinya faktor harga adalah yang penting juga untuk membeli apa jua jenis pintu untuk rumah anda.

Ada pintu yang murah dan ada pintu yang mahal yang banyak terdapat di dalam pasaran.

Bergantung kepada budget anda berapa kos yang anda sangggup keluarkan untuk memasang pintu rumah anda.

Selain itu juga anda perlu pertimbangkan berapa kos upah untuk memasang pintu tersebut setelah dibeli daripada kedai.

Jenis Jenis Pintu

Jenis pintu juga amat penting untuk anda pilih sebelum dipasang pada rumah anda.

Pada masa sekarang terdapat pelbagai jenis pintu yang diperbuat daripada pelbagai jenis bahan.

Antara jenis jenis pintu yang sering digunakan dan terdapat dalam pasaran adalah seperti

Pintu yang diperbuat daripada kayu.

Pintu kaca berbingkai aluminium seperti pintu sliding door.

Jika dilihat rata rata rumah dinegara ini menggunakan dua jenis pintu tersebut untuk digunakan di pintu hadapan rumah mereka.

Pemasangan dan Penyelenggaraan

Setelah memilih pintu yang sesuai untuk kediaman anda, penting untuk memastikannya dipasang dengan betul dan dijaga dengan baik. 

Berikut adalah beberapa tips atau panduan bagi pemasangan dan juga penyelenggaraan:

Proses pemasangan pintu hendaklah dibuat oleh orang yang pakar atau berpengalaman.

Jika anda ada pengetahuan untuk pasang sendiri pintu rumah anda ianya adalah satu kelebihan kepada anda.

Namun jika anda tidak tahu apa langsung mengenai pemasangan pintu maka kenalah upah tukang rumah untuk pasang pintu di rumah anda.

Semasa saya pernah beli pintu bilik sebelum ini, kedai pintu tersebut datang hantar dan tolong pasangkan siap siap untuk kita.

Dengan mengupah orang yang betul untuk pasang pintu kita boleh menjimatkan duit daripada membuat kesilapan ketika pemasangan dilakukan.

Penyelenggaraan kepada pintu adalah bergantung kepada apa jenis pintu yang dipasang di rumah anda.

Jika pintu kayu pastikan anda sentiasa cek supaya tidak ada lubang pada bahagian pintu.

Lubang lubang ini boleh berlaku akibat daripada serangga serangga yang memilih pintu kayu untuk dijadikan sebagai kediaman mereka.

Anda boleh sapukan cat kayu secara berkala untuk menjaga pintu anda supaya lebih tahan lama.

Jika pintu anda ada bingkai besi atau aluminium pastikan ianya tidak berkarat supaya struktur pintu tidak mudah cepat rosak.

Untuk pintu kaca pula pastikan anda rajin mencuci supaya ianya kelihatan bersih dan tidak berhabuk dengan kotoran.

Secara umumnya penyelenggaraan berterusan untuk memeriksa pintu anda secara berkala adalah untuk memastikan pintu boleh  berfungsi dengan baik dan tidak memerlukan pembaikan dalam jangka masa panjang.

Dengan mengikuti tips dan panduan ini penyelenggaraan ini, anda dapat memastikan bahawa pintu anda dapat bertahan selama bertahun-tahun yang akan datang.

Kesimpulan

Memilih pintu bagi rumah secara tepat untuk kediaman anda adalah keputusan penting yang boleh mempengaruhi keselamatan rumah anda, daya tarikan dan kemudahan kepada penyelenggaraan. 

Berikut adalah ringkasan ringkas tips dan panduan untuk memilih pintu:

  • Pertimbangkan keperluan keselamatan, corak dan gaya, iklim dan cuaca, ukuran dan ruang, dan anggaran kos anda ketika memilih sesuatu jenis pintu.
  • Pilih bahan yang sesuai dengan keperluan dan pilihan anda, seperti kayu, besi, atau kaca.
  • Pilih gaya yang sesuai dengan seni bina dan citarasa peribadi rumah anda, seperti reka bentuk tradisional, moden atau laman lainnya yang bersesuain.
  • Upah tukang untuk memasang pintu bagi pihak anda supaya tidak mudah berlaku kesilapan ketika pemasangan.

Kesimpulannya dengan mengikuti tips dan panduan diatas, anda boleh memilih pintu yang sempurna untuk kediaman anda.

Ingatlah bahawa memilih pintu yang betul dan sesuai dapat meningkatkan daya tarikan rumah anda, meningkatkan nilainya, dan memberikan ketenangan fikiran untuk anda dan serta keluarga anda.

Bagaimana untuk menentukan gaya dan reka bentuk pintu yang sesuai?

Anda boleh memilih dari pelbagai gaya seperti tradisional, kontemporari, atau moden. Selain itu, mempertimbangkan elemen-elemen seperti panel, corak, dan hiasan boleh membantu dalam menyesuaikan dengan reka bentuk keseluruhan rumah.

Apakah bahan-bahan yang biasa digunakan untuk pintu rumah?

Bahan-bahan termasuk kayu, logam, fiberglass, dan PVC. Setiap bahan mempunyai kelebihan dan kelemahan tersendiri, jadi penting untuk memilih yang sesuai dengan keperluan dan keinginan peribadi.

Related Posts