Pernahkah anda mendengar perkataan cukai taksiran selama ini, kalau ada pun anda mestilah selalu dengar perkataan cukai pintu.
Sebenarnya cukai pintu dan cukai taksiran adalah perkara yang sama sahaja maksud bagi kedua dua perkataan tersebut.
JIka anda duduk rumah taman perumahan anda mesti sudah biasa mendengar dua istilah perkataan cukai ini.
Maksud Cukai Taksiran
Cukai taksiran atau juga lebih mudah dikenali oleh orang awam sebagai cukai pintu adalah sejenis cukai yang akan dikenakan kepada penduduk yang mendiami sesuatu kawasan yang di tadbir oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Cukai ini dikutip selaras dengan peruntukan undang undang di bawah Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
Cukai taksiran ini dikenakan kepada pegangan harta yang mempunyai pemilikan yang sah daripada segi undang undang tanah.
Hartanah Yang Dikenakan Cukai Taksiran
Cukai pintu atau cukai taksiran ini akan dikenakan cukai ke atas hartanah hartanah yang terdapat di dalam kawasan seliaan majlis perbandaran.
Antara bangunan bangunan yang akan dikenakan cukai adalah seperti:
- Bangunan kediaman (Rumah taman atau rumah kampung yang terletak dalam kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan.
- Bangunan perniagaan ( Rumah kedai, Pejabat, Stesen minyak, Shopping Kompleks
- Bangunan perindustrian ( Kilang)
- Tanah kosong
Tujuan Dikenakan Cukai Taksiran
Apabila sesuatu cukai itu dikutip tentulah ia ya mempunyai sebab sebabnya tersendiri.
Begitulah juga dengan tujuan kutipan cukai taksiran ini dilakukan.
Antara sebab utama cukai taksiran ini dikutip adalah untuk:
Sebagai sumber pembiayaan bagi menyelenggara kemudahan infrastruktur awam yang disediakan oleh pihak berkuasa tempatan seperti:
- Lampu jalan
- Taman permainan awam dan rekreasi
- Perhentian bas
- Tandas awam
- Pasar jualan
- Longkang dan juga perparitan
- Memungut sampah
Dengan erti kata yang lain tujuan cukai taksiran ini dikutip adalah untuk menjalankan penyelenggaraan di kawasan penduduk bagi memastikan keselesaan kehidupan penduduk setiap masa.
Bilakah Perlu Bayar Cukai Taksiran
Untuk pengetahuan anda cukai taksiran adalah perlu dibayar hanya dua kali dalam setahun.
Tempoh pembayaran pertama adalah pada sebelum 28 Februari iaitu daripada 1 Januari hingga 28 Februari.
Manakala tempoh pembayaran kedua pula adalah sebelum 31 Ogos daripada 1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun.
Jadi kalau dilihat daripada tempoh pembayaran cukai pintu tersebut, setiap 6 bulan anda kena buat bayaran cukai taksiran.
Manakala tempoh yang diberikan pula untuk membuat bayaran adalah selama 2 bulan sahaja bagi setiap 6 bulan tersebut.
Pastikan anda membayar cukai taksiran hartanah anda mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Sila buat semakan bil cukai pintu yang disediakan oleh pihak PBT setiap 2 kali setahun.
Jika anda gagal membayar atau lewat bayar anda boleh dikenakan denda oleh pihak berkuasa tempatan.
Malahan tindakan yang lebih teruk yang akan dikenakan jika gagal membayar cukai pintu adalah haratanah anda boleh disita mengikut peruntukkan undang undang yang telah ditetapkan.
Jadi pastikan anda sentiasa beringat untuk membayar cukai taksiran ini mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Hartanah Yang Dikecualikan Bayar Cukai Taksiran
Untuk pengetahuan anda juga bukan semua jenis hartanah akan dikenakan bayar cukai taksiran oleh pihak berkuasa tempatan.
Ada juga hartanah hartanah yang boleh dikecualikan daripada membayar cukai taksiran ini.
BIasanya hartanah hartanah yang dikecualikan bayar cukai ini adalah hartanah yang tidak bertujuan untuk membuat keuntungan seperti:
- Sekolah awam
- Tanah perkuburan
- Rumah Ibadat tempat sembahyang seperti Masjid
Bagaimana Cukai Taksiran Dikira
Secara umumnya cukai taksiran dikira berdasarkan formula yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan.
Secara asasnya formulanya adalah seperti berikut:
KADAR PERATUS JENIS HARTANAH (DARAB) NILAI TAHUNAN
Nilai Tahunan adalah anggaran sewa tahunan sesuatu jenis hartanah tersebut dapat diberikan sewa.
Sewa yang diberikan itu adalah dengan anggapan pemilik membayar kos pembaikan, insurans dan perbelanjaan lain yang perlu untuk menyenggarakan pegangan itu.
Manakala kadar peratus pula ditetapkan setiap tahun oleh pihak berkuasa tempatan.
Kadar akan dikekalkan selagi mana tidak ada perubahan.
Kadar peratus yang dikenakan adalah berbeza mengikut jenis hartanah dan berbeza mengikut sesuatu kawasan PBT.
Contoh kadar peratus yang dikenakan:
- Kediaman 5.5%
- Perniagaan 7.5%
- Perdagangan 8.5%
- Industri 10%
Anda perlu semak sentiasa dengan pihak berkuasa tempatan di kawasan anda jika ada sebarang perubahan atau sebarang kenaikan yang berlaku sebelum anda membuat pembayaran setiap tahun.
Baca juga tentang Apa Itu Cukai Tanah
Tidak perlu, hanya penduduk yang tinggal di dalam kawasan seliaan pihak berkuasa tempatan sahaja yang perlu bayar cukai taksiran ini.
Ada banyak pilihan untuk membuat bayaran cukai taksiran ini sama ada buat bayaran secara dalam talian ataupun bayar di kaunter pejabat PBT
Kalau anda tidak membayar cukai taksiran anda boleh dikenakan denda dan hukuman