cara keluarkan duit tabung haji

Bagaimanakah cara keluarkan duit Tabung Haji selain daripada pergi ke kaunter.

Wang Tabung Haji ialah wang simpanan yang di simpan bagi tujuan untuk menunaikan ibadat haji rukun Islam kelima.

Tabung Haji ditubuhkan khusus untuk tujuan bagi umat Islam menyimpan duit untuk pergi ke Mekah bagi menunaikan ibadat haji.

Namun duit yang disimpan di Tabung Haji sebenarnya boleh dikeluarkan pada bila bila masa sahaja jika anda perlukan.

Ia sama seperti bank anda boleh keluarakn duit simpanan anda jika saat saat memerlukan.

Cara utama untuk keluarkan duit simpanan dalam Tabung Haji adalah dengan pergi ke kaunter cawangan Tabung Haji berdekatan dan buat urusan pengeluaran wang.

Duit boleh dikeluarkan serta merta selepas anda berurusan di mana mana kaunter cawangan Tabung Haji.

Transfer Online Dari Akaun Bank

Sekarang ini pihak Tabung Haji memudahkan proses pengeluaran duit simpanan dalam Tabung Haji untuk para penyimpan.

Para penyimpan duit tabung Haji boleh keluarkan duit mereka melalui akaun bank individu.

Namun akaun bank tersebut hendaklah di linkkan terlebih dahulu dengan akaun Tabung Haji bagi membolehkan duit dapat dikeluarkan.

Sebagai contoh jika anda mempunyai akaun internet banking melalui Maybank atau Bank Islam, maka anda boleh linkkan akaun Tabung Haji anda dengan akaun bank anda yang ada.

Selepas dah di linkkan penyimpan boleh buat proses sama ada proses pengeluaran duit atau pun proses simpanan duit kedalam Tabung Haji.

Cara nak transfer duit melalui online daripada Tabung Haji ke Maybank:

1.Login ke akaun Maybank anda.

2.Pilih pada bahagian Pay and Transfer

3.Pilih bahagian Tabung Haji

4.Pada bahagian Transfer From pilih ” Akaun Tabung Haji”

transfer duit dari tabung haji online

5.Transfer to ” Own Account”

6.Masukkan jumlah untuk transfer kemudian request TAC atau Secure Verifation sehingga selesai transaksi dilakukan.

Jika dah berjaya duit daripada Tabung Haji akan berada dalam akaun simpanan Maybank anda.

Begitulah juga dengan bank yang lain anda boleh lakukan transaksi pemindahan yang sama juga untuk pindahkan duit Tabung Haji ke akaun anda.

Selepas dah selesai anda boleh ambil duit anda di ATM mesin.

Keluarkan Terus Di ATM Mesin

Kalau anda tak transfer duit Tabung Haji ke akaun bank terlebih dahulu anda juga boleh keluarkan terus duit Tabung Haji di mesin ATM bank anda.

Caranya ialah

  • Maskukkan ATM kad anda
  • Kemudian pilih “Tabung Haji”
  • Pilih “Cash Withdrawal”
  • Masukkan amount (RM) yang hendak dikeluarkan
  • Skrin akan tunjukkan berapa jumlah yang anda nak keluarkan duit Tabung Haji
  • Pilih akaun yang hendak dikeluarkan
  • Duit keluar dan ambil slip untuk simpanan

Caj RM 1 akan dikenakan bagi transaksi pengeluaran ini.

Sekarang anda sangat mudah untuk pindahkan duit daripada satu bank ke satu bank yang lain termasuklah duit Tabung Haji.

Pastikan anda betul betul memerlukan duit Tabung Haji untuk dikeluarkan dan gantikan semula simpanan anda untuk tujuan menunaikan Haji apabila sampai masanya.

Baca juga Jenis Jenis Pengeluaran KWSP

Adakah boleh keluarkan duit tabung haji orang lain contohnya seperti akaun tabung haji anak?

Anda boleh keluarkan duit tabung haji untuk akaun tabung haji yang dah dil inkkan dengan akaun bank anda.

Adakah wajib ganti semula duit yang telah dikeluarkan daripada Tabung Haji?

Tidak wajib ganti anda boleh buat transaksi duit keluar dan masuk mengikut kehendak anda.

Related Posts