Bagaimana Cara Beli Rumah Second Hand Dengan Loan Kerajaan?

cara beli rumah second hand dengan loan kerajaan

Adakah anda bekerja sebagai kakitangan awam dan ingin tahu cara beli rumah second hand dengan loan kerajaan.

Untuk penjawat awam yang ingin membeli rumah dengan menggunakan loan kerajaan mereka boleh memohon loan rumah melalui LPPSA.

LPPSA ditubuhkan untuk memudahkan kakitangan kerajaan untuk membuat permohonan loan bagi membeli rumah.

Keistimewaan ini hanya di berikan kepada penjawat awam sahaja ya. Kalau kerja swasta atau kerajaan tak boleh memohon loan secara terus dengan LPPSA.

Kalau anda penjawat awam ingin beli rumah second hand dengan loan kerajaan langkah langkahnya hampir sama dengan cara untuk beli rumah baru cuma ada beberapa perbezaan yang perlu dilakukan semasa permohonan ini di lakukan.

Semak Kelayakan Loan

Cara yang pertama adalah semak kelayakan loan anda terlebih dahulu, boleh semak dalam sistem LPPSA kalkulator kelayan loan. Anda boleh kira sendiri kelayakan anda berdasarkan slip gaji anda.

Langkah seterusnya kalau dah tahu berapa kelayakan slip gaji anda, anda bolehla cari rumah second hand mengikut budget dan kelayakan daripada slip gaji anda.

Sama ada anda cari rumah terlebih dahulu atau semak kelayakan loan dalam sistem LPPSA terpulang dan ia tidak menjadi masalah.

Mengikut pengalaman saya biasanya penjawat awam akan buat full loan untuk rumah mereka. Jadi tak perlu sediakan 10% deposit untuk bayar kepada tuan rumah.

Kalau dah jumpa rumah dan tuan rumah pun dah setuju maka anda boleh submit permohonan loan dalam sistem LPPSA. Anda kena ada akaun dengan LPPSA baru boleh buat permohonan loan.

Lantik Peguam Hartanah

Langkah seterusnya adalah anda kena lantik peguam hartanah untuk uruskan proses pembelian rumah anda. Peguam ini adalah wajib ada ya kalau nak buat loan LPPSA.

Jikalau dah jumpa boleh la bincang segalanya tentang proses dan apakah bayaran dan berapa kos yang akan dikenakan.

Memang kalau dah setuju langkah seterusnya boleh la hantar permohonan pinjaman LPPSA dalam sistem.

Jika tidak pandai untuk isi sendiri boleh minta peguam hartanah yang anda lantik untuk tolong isikan permohonan bagi pihak anda.

Selalunya mereka ada sediakan perkhidmatan tolong isi permohonan LPPSA ini.

Anda sebagai pembeli ada pilihan sama ada nak buat sendiri atau minta orang lain yang buatkan.

Cuma untuk info antara perbezaan beli rumah second hand atau baru melalui pinjaman LPPSA adalah,

Rumah baru tak perlu buat penilaian harga rumah, manakala rumah second hand pula perlu buat laporan penilaian harta.

Laporan penilaian harta bagi penjawat awam akan di buat melalui Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta kerajaan (JPPH) dan ia adalah percuma tidak perlu buat bayaran.

Anda hanya perlu isi borang permohonan untuk buat penilaian dan hantar ke JPPH negeri untuk mereka lalukan laporan penilaian. JPPH ada 1 sahaja setiap negeri.

Jika anda tiada pengalaman beli rumah loan kerajaan, anda boleh juga minta peguam hartanah anda yang tolong buatkan. Anda tinggal bayar sahaja fee peguam nanti.

Untuk proses seterusnya sehinggalah anda mendapat kunci adalah sama seperti proses pembelian rumah untuk rumah jenis lain.

Hanya perlu bagi masa untuk peguam buat kerja dan anda hanya perlu tunggu dan follow up dari masa ke semasa.

Related Posts