cara kiraan loan rumah

Bagaimanakah kaedah mudah nak tahu cara kiraan loan rumah supaya dapat budget berapa nanti nak sediakan peruntukan.

Sebelum nak beli rumah tentu sekali apa yang anda kena tahu adalah bayaran bulanan setiap bulan yang nak kena bayar selama tempoh antara 30 tahun atau 35 tahun bergantung kepada tempoh loan perumahan yang anda buat.

Apa yang boleh anda lakukan adalah untuk mendapatkan anggaran secara kasar berapa ansuran bulanan rumah yang nak kena anda bayar sebab angka yang tepat kita boleh dapat adalah daripada kiraan pihak bank yang memberikan loan perumahan nanti.

Bagaimana Cara Nak Kira?

Antara kaedah mudah kiraan loan rumah untuk tahu berapa ansuran bulanan pinjaman perumahan adalah dengan menggunakan formula berikut:

Harga rumah / 200

Formula ini adalah anggaran loan perumahan yang di buat dalam tempoh antara 30 tahun hingga 35 tahun.

Sebagai contoh rumah yang anda nak beli adalah berharga RM 300,000. Kiraan ansuran bulanan adalah seperti berikut dengan menggunakan formula di atas:

RM 300,000 / 200 = RM 1500

RM 300,000/200=RM 1,500

Jadi anggaran ansuran bulanan adalah dalam RM 1500 sebulan.

cara kira loan rumah

Kita lihat contoh kedua:

Harga rumah RM 400,000 / 200 = RM 2000

RM 400,000/200=RM 2,000

Jika harga rumah RM 400,000 ansuran bulanan adalah sekitar RM 2000

Pengiraan ini adalah dengan mengandaikan anda buat pinjaman 100% dan tak perlu bayar 10% deposit. Jika anda buat pinjaman 90% sahaja maka ansuran bulanan akan berkurangan sedikit.

Jadi sekarang anda dah boleh tengok berapa harga rumah yang layak anda beli bergantung berapa pendapatan bulanan anda dan komitmen bulanan yang anda ada setiap bulan

Cara kiraan loan rumah ini adalah hanya anggaran sahaja ya dengan bertujuan untuk kita dapatkan angka awal berapa la nak kena bayar bulan bulan kan kalau harga sekian sekian.

Jadi pengiraan ansuran bulanan ini sangat berguna bagi anda yang baru nak mula beli rumah orang kata dalam fasa survey survey.

Jadi nanti bila anda dah tahu anggaran harga rumah yang anda layak jadi nanti nak cari rumah senang sikit sebab boleh fokus pada harga yang anda mampu sahaja.

Lepas tu nanti nak sembang sembang dengan bank pun lebih mudah sebab anda dah faham sedikit bagaimana nak buat kiraan ansuran bulanan.

Kaedah ini sesuai orang panggil “congak” dalam bahasa matematik mudah.

Pilih Bank Anda

Nanti dekat bank boleh perincikan lagi tentang berapa interest rate, berapa tahun nak buat loan rumah, MRTT (takaful) berapa dan apa sahaja soalan nak tanya dengan bank.

pilih bank loan

Namun untuk lebih mudah pantas cepat dan tepat anda boleh terus menghubungi pegawai bank bahagian loan perumahan untuk semak secara terus dengan bank, berapa kelayakan gaji anda dan berapa ansuran bulanan rumah yang anda nak beli.

Nak pilih bank mana nak tanya?

Terpulang kepada anda nak pilih bank yang mana, namun untuk lebih baik tanyalah kepada lebih banyak bank supaya anda boleh dapat maklumat yang lebih sebab tawaran loan seperti interest rate adalah berbeza beza mengikut bank.

Simpan maklumat yang anda perolehi daripada bank kemudian buatlah perbandingan bank mana yang terbaik daripada segi tawaran yang mereka ada.

Berurusan dengan pihak pemberi loan secara terus adalah mudah dan dapat jawapan yang lebih tepat dengan lebih pantas.

Cara kira interest loan rumah dan jumlah bayaran bulanan mengikut bank.

Untuk memudahkan lagi anda untuk melihat secara kasar bagaimana anda boleh buat kiraan sendiri jika anda ingin membeli rumah.

kira kelayakan loan rumah

Ada satu website iaitu imoney.my yang boleh anda jadikan rujukan sekiranya anda ingin tahun berapa kadar interest semasa yang dikenakan oleh bank.

Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya dengan memasukkan jumlah pinjaman yang anda ingin ambil ke dalam kotak yang disediakan, kemudian sistem akan kira secara automatik berapa anggaran bayaran bulanan yang bakal anda kena bayar.

Disini saya kirakan sebagai contoh anda ingin pinjam loan rumah sebanyak RM 200,000 selama 30 tahun, dan jadual dibawah adalah kadar bayaran yang anda perlu bayar dengan jumlah pinjaman tersebut mengikut bank dan dengan kadar interest semasa.

Contoh Kadar Pinjaman Islamic Loan

BANKINTEREST
RATE
LOCK IN
PERIOD
MONTHLY
REPAYMENT
1Maybank Islamic HouzKEY
Term Loan
(New Base Rate – 1.75%)
2.88%
(BR + 1.13%)
1 year
RM 1,036
2CBP Home Financing-i Al-Amali
Term Loan
(New Base Rate – 2.90%)
3.15%
(BR + 0.25%)
3 yearsRM 1,139
3RHB Islamic Home Financing-i
Flexi Loan
(New Base Rate – 2.50%)
3.50%
(BR + 1.00%)
3 yearsRM 1,139
4AmBank Islamic Home Financing-i
Flexi Loan
(New Base Rate – 2.60%)
3.25%
(BR + 0.65%)
3 yearsRM 1,097
5Affin Islamic Bank Home Financing-i
Term Loan
(New Base Rate – 2.70%)
3.30%
(BR + 0.60%)
NoneRM 1,074
6CIMB Islamic Flexi Home Financing-i
Flexi Loan
(New Base Rate – 2.75%)
3.30%
(BR + 0.55%)
3 yearsRM 1,106
7Public Islamic Bank Home Equity Financing-i
Flexi Loan
(New Base Rate – 2.27%)
3.10%
(BR + 0.83%)
3 yearsRM 1,072
8Al Rajhi Home Financing-i
Term Loan
(New Base Rate – 2.85%)
3.60%
(BR + 0.75%)
NoneRM 1,156
9MBSB Bank Property Financing-i
Term Loan
(New Base Rate – 2.65%)
3.10%
(BR + 0.45%)
5 yearsRM 1,072
10Bank Islam Baiti Home Financing-i
Term Loan
(New Base Rate – 2.52%)
3.10%
(BR + 0.58%)
NoneRM 1,072
11Bank Muamalat Home Financing-i
Term Loan
(New Base Rate – 3.20%)
3.84%
(BR + 0.64%)
NoneRM 1,196

Data diambil daripada website imoney.com. Anda boleh cuba mengira sendiri dengan melayari website tersebut.

Kesimpulan

Kesimpulannya dengan cara kiraan loan rumah yang saya kongsikan di atas dapatlah anda buat anggaran secara kasar berapa nak kena bayar nanti.

Dengan adanya formula pengiraan seperti di atas sangat sangatlah dapat membantu bakal bakal pembeli rumah diluar sana untuk mendapatkan info terlebih dahulu sebelum mereka membuat sebarang pinjaman perumahan dengan mana mana bank.

Pastikan anda pilih bank yang memberi kadar interest rate terbaik, carilah lebih daripada satu bank supaya anda dapat mempunyai lebih banyak pilihan.

Apakah maksud lock in period loan rumah?

Maksud terma lock in period dalam loan perumahan dalam bahasa yang mudah untuk difahami adalah pembeli tidak boleh langsaikan hutang loan dalam tempoh lock in period tersebut.
Jika ingin langsaikan juga pembeli akan dikenakan caj penalti.

Adakah semua bank mengenakan lock in period dalam skim pinjaman perumahan mereka?

Tidak semua bank mengenakan lock in period dalam loan perumahan mereka, anda sebagai pembeli boleh survey terlebih dahulu sebelum membuat sebarang permohonan loan rumah.

Related Posts