Jika Harga Rumah RM 300,000 Bulanan Berapa?

Jom Share Dengan Family Di Fb dan Wasap Group

Rumah 300k bulanan berapa

Jika harga rumah 300k bulanan berapa nak kena bayar loan setiap bulan.

Harga rumah memang berbeza beza di setiap lokasi di Malaysia ada tempat yang murah dan ada tempat yang mahal.

Ok kita pergi kepada perbincangan kita tentang nak tahu kalau anggaran bulanan dengah harga tersebut.

Kalau mengikut formula mudah berdasarkan pemalar 200 yang saya ada kongsikan sebelum ini anggaran bulanan kalau rumah 300k dalam RM 1500 sebulan.

Bayaran bulanan rumah 300k

Sebagai contoh pengiraan:

Harga rumah RM 300,000 / 200 = RM 1500 bayaran bulanan loan rumah

Dengan mengandaikan anda buat loan penuh 100% loan tanpa bayar 10% deposit.

Kaedah di atas adalah cara pantas nak anggarkan secara kasar berapa bayaran bulanan pinjaman perumahan berdasarkan harga rumah yang di beli.

Seterusnya saya akan tolong kirakan lebih detail sedikit dengan ada beberapa maklumat tambahan ya.

Pengiraan Full Loan Rumah

Pengiraan untuk loan bank penuh 100%

Harga rumah RM 300,000

Interest Rate 3.5%

Tempoh Loan 30 tahun

Anggaran kiraan kasar adalah  RM 1347.13 sebulan

Tambah MRTT (Takaful) anggaran RM 50 sebulan

RM 1347.13 + RM 50 = RM 1397.13

Katakan secara pengiraan kasar anda kena bayar RM 1400 sebulan berdasarkan pengiraan di atas.

HARGA RUMAHRM 300,000
INTEREST RATE3.5%
TEMPOH LOAN30 TAHUN
ANGGARAN BAYARAN BALIK BULANAN+ TAKAFULRM 1400
Contoh kiraan harga rumah RM 300,000 100% full loan

Contoh Kiraan Dengan 90% Loan

Pengiraan untuk loan bank 90% sahaja (Deposit 10% bayar semasa sign S&P)

Harga rumah RM 300,000

Masuk loan bank 90% @ RM 300,000 = RM 270,000

Interest Rate 3.5%

Tempoh Loan 30 tahun

Anggaran kiraan kasar adalah  RM 1212.42 sebulan

Tambah MRTT (Takaful) anggaran RM 50 sebulan

RM 1212.42 + RM 50 = RM 1262.42

Katakan secara pengiraan kasar anda kena bayar RM 1270 sebulan berdasarkan pengiraan di atas.

HARGA RUMAHRM 300,000
INTEREST RATE3.5%
TEMPOH LOAN30 TAHUN
ANGGARAN BAYARAN BALIK BULANAN+ TAKAFULRM 1270
Contoh kiraan harga rumah RM 300,000 90% loan

Deposit 10% boleh memohon untuk keluarkan KWSP akaun ke2. Selepas S&P dan sign dan dimatikan setem anda boleh seterusnya isi borang pengeluaran di KWSP.

Nak isi pengeluaran akaun ke2 KWSP kena dokumen S&P dah di matikan setem baru boleh buat permohonan.

Interest rate bank adalah tidak sama bagi setiap bank dan sentiasa berubah setiap masa.

Bergantung kepada pelbagai faktor seperti keadaan ekonomi, jumlah pinjaman rumah yang di buat, promosi tawaran interest rate daripada bank dan faktor faktor lain juga.

Takaful saya letakkan anggaran pukal bulanan sebanyak RM 50 untuk memudahkan kiraan secara anggaran. Bank akan berikan angka yang lebih tepat nanti.

Orang Islam di syorkan untuk gunakan pinjaman perumahan secara Islamik ya.

Mula Mencari Lokasi Rumah

Jadi saya harapkan dengan contoh contoh yang di berikan di atas tadi dapat membantu anda di luar sana yang nak tahu kalau rumah 300k bulanan berapa.

Sekarang kalau anda dah faham macam mana nak tahu kiraan anggaran bulanan senanglah nanti nak kira sendiri walau berapa pun harga rumah yang di letakkan.

Jadi sekarang anda boleh mula mencari jenis rumah yang sesuai dengan anda dalam bajet RM 300,000.

Saya doakan semoga anda dipermudahkan segala urusan.

Adakah rumah harga RM 300,000 masih boleh buat full loan bank?

Anda masih boleh dapat full loan bank dengan menggunakan pinjaman skim rumah pertamaku namun ia bergantung kepada kadar kelayakan gaji anda.

Apakah yang dimaksudkan dengan 0 Entry Cost ketika membeli rumah.

Maksud Zero Entry Cost adalah pembeli tidak perlu mengeluarkan sebarang duit permulaan untuk membeli rumah seperti duit booking, duit deposit, duit yuran guaman hanya bayar bulanan selepas loan rumah lulus sahaja.


Jom Share Dengan Family Di Fb dan Wasap Group

Related Posts