Apa Dokumen Yang Diperlukan Untuk Beli Rumah?

dokumen yang diperlukan untuk beli rumah

Bagi sesiapa mahu membuat loan perumahan, apakah dokumen yang diperlukan untuk beli rumah bagi di berikan kepada bank ketika permohonan dilakukan.

Dokumen dokumen untuk submit loan rumah yang diminta oleh bank hendaklah kita kumpul dan susun dengan baik dan buat salinan untuk di berikan kepada bank.

Untuk pengetahuan anda semua, proses pembelian rumah adalah agak lebih rumit sedikit berbanding dengan proses pembelian kereta.

Dokumen dokumen yang anda perlu sediakan untuk beli rumah dengan buat loan bank adalah seperti berikut:

Kerja Pendapatan Tetap

  1. Salinan Kad Pengenalan
  2. Slip Gaji 3 bulan terkini
  3. Penyata KWSP terkini
  4. Statement bank 6 bulan terkini
  5. Surat Tawaran Kerja (ada bank yang minta, ada yang tak minta)
  6. Cukai pendapatan (Jika Gaji Layak Bayar Cukai)
  7. Penyata pelaburan seperti ASB, FIX DEPOSIT, UNIT TRUST, TABUNG HAJI

Untuk yang bekerja dengan syarikat tapi gaji bulan bulan masuk tak tetap dan berubah berubah sebab ada overtime dan komisen hanya perlu tambahan senarai dokumen seperti berikut:

  1. Slip gaji 6 bulan terkini

Ok itu adalah senarai dokumen yang perlu disediakan bagi orang yang bekerja dengan majikan.

Jika anda joint loan dengan pasangan anda, pasangan anda juga perlu sediakan dokumen yang sama seperti anda kena sediakan juga.

dokumen beli rumah

Bekerja Sendiri

Manakala bagi yang bekerja sendiri atau berniaga dokumen untuk beli rumah dengan loan bank agak berlainan sedikit seperti berikut:

  1. Kad Pengenalan
  2. SSM (Pendaftaran Perniagaan) Biasanya bank nak minimum 2 tahun umur SSM anda.
  3. Statement bank 6 bulan terkini
  4. Penyata bayaran cukai pendapatan
  5. Company Profile
  6. Audited Akuan (Company Sdn Bhd)

Ok jelas tak setakat ini. Kalau dah ada semua dokumen di atas susun elok elok dan buat 1 salinan untuk hantar kepada bank untuk hantar permohonan loan perumahan anda.

Untuk laporan CCRIS dan CTOS bank akan semak sendiri nanti, anda tak perlu sediakan 2 benda ni. Bank memang wajib buat semakan CCRIS dan CTOS sebelum sebarang permohonan loan perumahan di luluskan.

Pastikan dokumen untuk loan rumah yang di perlukan anda sediakan dengan secukupnya supaya pihak bank mudah untuk proses permohonan loan rumah anda. Kalau dokumen tak cukup nanti susah untuk pihak bank uruskan permohonan loan rumah anda. Nak kena call anda semula minta sediakan apa dokumen yang tak cukup, jadi akan lengahkan masa menjadi semakin panjang.

Jadi pastikan betul betul dokumen yang diperlukan adalah cukup dan betul sebelum di hantar kepada bank.

Kalau dah hantar tunggu sahaja jawapan daripada bank sama ada permohonan loan rumah anda di luluskan atau tidak ya.

Semoga perkongsian kali ini dapat membantu ada memahami apa dokumen untuk beli rumah yang diperlukan untuk buat loan bank.

Adakah dokumen yang diberikan kepada bank boleh kita ambil balik semula.

Ya boleh ambil tidak ada masalah.

Berapa lama boleh tahu jawapan loan lulus atau tidak selepas submit kepada bank?

Biasanya dalam tempoh 14 hari bekerja dah boleh tahu jawapan lulus ataupun tidak loan rumah anda.

Related Posts