Cara Simpan Duit Tak Kisah Berapa Gaji Anda

cara simpan duit

Macam mana ya cara nak simpan duit yang anda boleh mulakannya daripada sekarang.

Pada masa sekarang semua orang seharusnya wajib ada simpanan tak kira berapa jumlahnya.

Biarkan sedikit namun masih ada simpanan bagi untuk tujuan kegunaan pada masa masa yang diperlukan.

Sebab Dan Tujuan Membuat Simpanan

Apabila kita bercakap mengenai menyimpan duit, banyak tujuan sebenarnya untuk kita memulakan tabung simpanan.

Antara sebab sebab orang menyimpan duit adalah seperti untuk:

  • Berkahwin dan memulakan kehidupan sebagai suami isteri
  • Membeli kenderaan seperti motor atau kereta
  • Sebagai simpanan apabila dalam keadaan kecemasan seperti risiko mendapat kemalangan, jatuh sakit, kehilangan pekerjaan tetap yang boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
  • Untuk matlamat jangka panjang seperti membayar deposit membeli rumah, menampung kos pendidikan diri sendiri atau anak anak.
  • Sebagai modal untuk melakukan apa apa pelaburan bagi mendapatkan lebihan pendapatan selain daripada gaji.
  • Untuk melancong atau melakukan haji atau umrah

Kaedah Kaedah Nak Simpan Duit

Apabila kita berhasrat untuk menyimpan duit perkara utama adalah mengenal pasti bagaimana kaedah yang boleh dilakukan untuk mencapai objektif tersebut.

Kaedah yang perlu dilakukan untuk simpan duit mestilah mengikut kesesuain dengan disiplin diri masing masing.

Selain itu juga anda mestilah menetapkan matlamat berapa jumlah anda perlu simpan setiap bulan dan berapa anda ingin kumpulkan pada setiap tahun.

Terdapat pelbagai cara atau kaedah nak simpan duit ini yang anda boleh lakukan.

Tetapkan Matlamat

Ini adalah faktor utama yang mana akan menentukan sama ada anda berjaya ataupun gagal dalam melakukan simpanan duit anda.

Anda kena tahu sebab apa anda nak buat simpanan ini dan duit tersebut nak gunakan untuk apa.

Seperti sebelum ini telah diterangkan antara sebab sebab orang menyimpan duit makan anda juga perlu ada satu sebab yang kuat sebab apa nak simpan duit ini.

Pilih satu sebab dan tetapkan berapa jumlah nak simpan setiap bulan.

Contohnya anda ingin berkahwin makan anda kena tahu cara simpan duit untuk kahwin dan tetapkan matlamat tersebut sehingga menjadi kenyataan sehingga cukup jumlah duit yang diperlukan.

Sama juga jika anda ingin simpan duit untuk membeli kereta anda kena tahu berapa harga kereta dan berapa jumlah deposit yang anda kena sediakan untuk buat bayaran nanti.

Begitu juga jika ingin membeli rumah, maka ada kena tahu berapa harga rumah dan berapa jumlah deposit yang diperlukan untuk membeli rumah tersebut.

Buat Jadual Untuk Simpan Duit

Sama ada anda bergaji besar atau kecil bukan menjadi ukuran untuk tidak mampu menyimpan duit.

Gaji RM 1500 sebulan atau RM 1000 sebulan pon anda boleh buat simpanan.

JIka gaji kecil boleh buat permulaan buat simpanan dengan jumlah yang kecil seperti RM 100 sebulan atau RM 50 sebulan.

Pastikan ada juga simpanan yang dibuat walaupun bergaji kecil.

Buat jadual untuk anda simpan duit sama ada anda nak menabung secara harian ataupun bulanan.

Sebagai contoh jika anda nak simpan duit 10k setahun, mungkin jadual dan jumlah simpanan dibawah boleh membantu anda.

Simpanan SebulanSimpanan SehariSimpanan Setahun
Rm 833.33Rm 27.77Rm 10,000
Contoh jadual dan jumlah perlu simpan jika ingin ada simpanan RM 10k setahun

Buat Tabung Simpanan Di Rumah

Cara tradisional ini dengan menyediakan tabung untuk isi duit dirumah masih relevan dan sesuai dilakukan bagi tujuan menyimpan duit.

Sediakan satu tabung khas untuk anda simpang duit di rumah sama ada setiap hari atau setiap bulan anda mesti masukkan duit ke dalam tabung simpnanan tersebut.

Banyak juga kita lihat di media sosial bagaimana ada yang berkongsi cara mereka menyimpan duit dengan menggunakan tabung dirumah.

Ada yang menyimpan duit mengikut warna duit seperti RM 5 warna hijau atau RM 10 bewarna merah.

Itu terpulang kepada tahap kreatif masing masing.

Membuat Simpanan Didalam Akaun Bank

Sekarang ini zaman teknologi sudah semakin canggih dan terkini malahan untuk menyimpan duit bukanlah satu alasan lagi.

Dengan adanya perkhidmatan online banking anda sudah boleh buat tabung secara online sahaja didalam akaun simpanan bank anda.

Setiap bulan selepas dapat gaji anda boleh tolak siap siap berapa anda nak simpan di dalam tabung online akaun bak anda.

Tabungan secara online ini anda boleh lakukan sama ada secara automatic atau pun secara manual dengan transfer berapa jumlah anda nak simpan setiap bulan.

Membuat Pelaburan

Selain daripada menyimpan duit secara tetap daripada gaji anda setiap bulan, anda juga boleh mendapatkan lebihan duit tanpa menyimpan dengan membuat sebarang bentuk pelaburan.

Bentuk pelaburan pelaburan yang anda hendak lakukan mestilah anda pelajari terlebih dahulu dan faham bagaimana ia berfungsi serta risiko yang anda akan terima jika sesuatu pelaburan itu gagal ataupun berjaya.

Antara bentuk bentuk pelaburan yang anda boleh lakukan untuk menjana pendapatan tambahan dan boleh dibuat simpanan adalah seperti:

  • Melabur dalam saham Bursa Saham Malaysia yang sah disisi undang undang
  • Melakukan pelaburan dalam Unit Trust
  • Membeli rumah kemudian sewakan atau buat homestay untuk mendapatkan keuntung sewa.
  • Membeli rumah kemudian menjual semula untuk mendapatkan untung

Pelaburan pelaburan yang ada didalam sistem sekarang ini anda perlu pelajari dan fahami betul betul sebelum melabur.

Pilih sama ada ingin membuat pelaburan jangka panjang ataupun pelaburan jangka pendek.

Berniaga Untuk Tambah Pendapatan

Jika anda seorang yang bekerja makan gaji dan ingin menambahkan tabung simpanan anda dengan lebih cepat anda boleh membuat pilihan untuk membuat perniagaan sampingan.

Perniagaan sampingan atau side income boleh dibuat dan menjana duit tambahan walaupun anda seorang yang bekerja makan gaji.

Pelbagai pernigaan sampingan yang boleh dibuat sama ada secara online ataupon offline sebagai tujuan mendapatkan side income.

Sekarang ini antara yang anda boleh lakukan adalah seperti;

  • Membuat perniagaan secara online seperti menjual barang di shoppe, tiktok , facebook dan sebagainya
  • Menjadi penghantar makanan seperti Foodpanda atau Grabfood
  • Melakukan pekerjaan seperti drive di aplikasi Grab dan sebagainya

Anda boleh pilih pelbagai peluang menjana pendapatan tambahan yang boleh dilakukan selepas anda bekerja makan gaji.

Pastikan kerja sampingan itu tidak mengganggu kerja tetap anda dan pastikan hasil pendapatan tersebut anda boleh guna dan simpan dengan sebaiknya.

Berjimat Cermat Untuk Menyimpan.

Selain daripada menyimpan duit anda juga jika boleh melakukan aktiviti penjimatan jika gaji yang anda perolehi hanya cukup cukup sahaja untuk keperluan kehidupan anda.

Bagi membolehkan anda melakukan simpanan secara tetap setiap bulan pastikan anda kenal pasti perbelanjaan harian anda apa yang perlu dan apa yang tidak perlu.

Belanjalah secara berhemah dan jangan lakukan pembaziran dengan barang barang yang tidak perlu.

Sebolehnya jaga cara kehidupan anda sesuai dengan pendapatan yang anda perolehi setiap bulan.

Cara Tuntut Wang Tidak Dituntut

Jika gaji kecil macam mana nak simpan duit?

Jika gaji kecil boleh mulakan dengan simpanan dengan jumlah yang kecil, apa yang penting adalah untuk mendisiplinkan diri untuk memupuk tabiat menabung.

Berapa simpanan kecemasan perlu ada bagi setiap orang?

Mengikut nasihat kewangan jumlah yang simpanan kecemasan yang perlu ada adalah sebanyak 6 bulan gaji anda.

Adakah selamat simpan duit di rumah?

Pada zaman sekarang tempat terbaik untuk simpan duit adalah di bank. Jangan simpan duit dengan jumlah yang banyak di rumah.

Scroll to Top