loan rumah mengikut gaji

Apakah cara bagi mengetahui berapa jumlah kelayakan loan rumah mengikut gaji anda. Dalam erti kata yang lain bagaimana ingin membeli rumah mengikut gaji yang anda perolehi setiap bulan.

Penting sekali untuk kita ukur kasut di kaki sendiri, baju di badan sendiri. Begitu jugalah kalau nak beli rumah kena ukur tahap kemampuan gaji dan pendapatan yang kita perolehi.

Kita kena terima hakikat bahawa nak beli apa apa pun kita kena tengok tahap pendapatan dan gaji kita terlebih dahulu.

Tambahan pula kalau ingin membeli rumah. Membeli rumah ini mungkin bagi sesetengah atau majoriti orang hanyalah sekali sahaja dalam seumur hidup beli rumah.

Beli rumah hanya untuk duduk sahaja dan bukan untuk pelaburan sama ada nak buat sewa, buat homestay ataupun untuk dijual pada masa hadapan.

Tak macam kita beli ikan di pasar, semua orang boleh beli ikan tanpa kira kelayakan gaji sebab ikan benda yang orang beli hari hari.

Cara Pengiraan Gaji Untuk Beli Rumah

Pertama sekali kalau nak beli rumah hendaklah kita semak kelayak loan perumahan terlebih dahulu.

Cara Pengiraan Gaji Untuk Beli Rumah

Antara cara mudah nak tahu berapa kelayakan untuk buat loan rumah berdasarkan gaji adalah dengan menggunakan formula pengiraan berikut:

Gaji bersih selepas tolak KWSP dan Socso x 60%

Sebagai contoh kita buat kiraan mudah.

Gaji bersih RM 2500 x 60% = RM 1500

Ada sesetengah bank ambil 60% daripada gaji bersih jika gaji bawah RM 5000, kalau gaji atas RM 5000 bank akan ambil 70% daripada gaji bersih. Boleh buat semakan dengan bank bank yang berbeza untuk isu ini.

Jadi RM 1500 adalah jumlah yang anda boleh buat loan rumah. Ok katakan anda belum ada hutang apa lagi dengan bank maka jumlah RM 1500 kita boleh kirakan sebagai jumlah penuh untuk kelayakan loan perumahan anda.

Jadi kalau dah tahu berapa kelayakan loan macam mana nak tahu berapa harga rumah yang boleh di beli.

Semak Anggaran Harga Rumah

Cara semak anggaran harga rumah mengikut kemampuan bulanan.

semak anggaran harga rumah

Untuk formula pengiraan seterusnya adalah dengan menggunakan berapa bayaran yang anda mampu budget setiap bulan untuk bayar rumah. Formula adalah seperti berikut:

Anggaran bulanan yang kita mampu bayar sebulan x 200

Jumlah 200 adalah pemalar yang di gunakan untuk kita dapatkan harga rumah berdasarkan kelayakan loan.

Formula yang di kongsi ini adalah sebagai untuk dapatkan gambaran awal berapa harga rumah yang boleh kita beli berdasarkan kemampuan bayaran bulanan yang kita mampu bayar setiap bulan.

Jom kita cuba kira tengok menggunakan formula di atas.

Katakan kita mampu bayar RM 700 sebulan jadi kita nak tahu berapa harga rumah yang boleh kita boleh beli.

RM 700 sebulan x 200 = RM 140,000

KEMAMPUAN BAYARAN BULANANRM 700
ANGGARAN HARGA RUMAHRM 140,000

Jadi dengan kemampuan bayaran bulanan sebanyak RM 700 sebulan harga rumah dan jumlah pinjaman yang kita boleh dapatkan adalah sekitar harga rumah yang berharga RM 140,000.

Contoh kedua.

Katakan kita mampu bayar RM 400 sebulan jadi kita nak tahu berapa harga rumah yang boleh kita boleh beli.

RM 400 sebulan x 200 = RM 80,000

KEMAMPUAN BAYARAN BULANANRM 400
ANGGARAN HARGA RUMAHRM 80,000

Jadi dengan kemampuan bayaran bulanan sebanyak RM 400 sebulan harga rumah dan jumlah pinjaman yang kita boleh dapatkan adalah sekitar harga rumah yang berharga RM 80,000.

Contoh ketiga.

Katakan kita mampu bayar RM 1500 sebulan jadi kita nak tahu berapa harga rumah yang boleh kita boleh beli.

RM 1500 sebulan x 200 = RM 300,000

KEMAMPUAN BAYARAN BULANANRM 1500
ANGGARAN HARGA RUMAHRM 300,000

Jadi dengan kemampuan bayaran bulanan sebanyak RM 1500 sebulan harga rumah dan jumlah pinjaman yang kita boleh dapatakan adalah sekitar harga rumah yang berharga RM 300,000.

Formula Hanya Secara Asas

Formula ini adalah untuk agakan awal atau pun anggaran secara kasar bagaimana kita nak tahu harga rumah yang kita mampu beli berdasarkan bayaran bulanan yang kita mampu peruntukan setiap bulan.

formula pengiraan gaji

Jadi dengan menggunakan formula ini anda dah dapat tahu gambaran awal bagaimana ingin tahu berapa loan rumah mengikut gaji yang anda dapat setiap bulan.

Jadi sekarang lihat berapa gaji anda iaitu berapa gaji bersih yang anda dapat setiap bulan.

Daripada gaji bersih itu berapa anda ingin peruntukkan untuk buat bayaran rumah yang anda ingin beli sekarang.

Kesimpulan

Apa pun untuk kelayakan loan yang lebih tepat eloklah berhubung dengan pegawai bank bahagian financing.

Ini adalah untuk dapatkan maklumat yang lebih tepat dan terperinci termasuk kos kos yang berkaitan dengan pembelian rumah.

Harap dapat membantu anda bagaimana nak kira loan rumah mengikut gaji yang kita perolehi. Jangan lupa share ya.

Jika harga rumah RM 500,000 gaji berapa perlu ada?

Gaji minimum bersih sekurang kurangnya kena ada RM 5000 sebulan tanpa ada hutang apa apa.

Kalau harga rumah RM 300,000 pula gaji berapa minimum?

Pendapatan gaji bulanan minimum kena ada sekurang kurangnya bersih 50% daripada gaji tanpa ada apa hutang dengan bank.

Related Posts