gaji 1500 beli rumah

Adakah boleh dengan hanya pendapatan gaji RM 1500 beli rumah dan bagaimanakah cara pengiraannya?

Bagi menghuraikan permasalahan ini, apa yang boleh dikira terlebih dahulu adalah berapa kelayakan yang dapat di buat loan rumah mengikut angka gaji yang sebegitu.

Kemudian perlu dibandingkan juga berapa harga rumah yang sesuai dengan kelayakan sedia ada selepas proses kelayakan loan telah dibuat.

Gaji minimum di negara kita sekarang adalah RM 1200 sebulan gaji kasar sebelum di tolak KWSP dan juga SOCSO.

Cara Membeli Rumah Dengan Gaji Kecil

Masih ramai di kalangan rakyat Malaysia yang masih mempunyai pendapatan kecil dan ia dikelaskn dalam kategori B40.

Cara Membeli Rumah Dengan Gaji Kecil

Andai pendapatan bulanan anda adalah RM 1500 sebulan maka anda adalah tergolong dalam kategori B40.

Jika anda hanya makan gaji basic sahaja tanpa ada elaun, overtime maka berapa sahaja yang tinggal kepada anda selepas di tolak dengan KWSP dan Socso.

Jika pendapatan anda ada tambahan elaun dan overtime maka anda akan dapat lebih duit extra setiap bulan berbanding makan gaji pokok sahaja.

Namun ia bukanlah penghalang bagi orang yang bergaji kecil untuk memiliki rumah jika anda pandai menguruskan aliran dan tahap kewangan anda.

Bagi memohon sebarang loan rumah kepada bank, bank akan mengambil kira gaji bersih sahaja untuk proses permohonan loan rumah.

Formula nya ialah:

Gaji Kasar – kwsp – socso = Gaji Bersih

Penting juga untuk anda tahu setiap bank ada cara mereka sendiri juga untuk kira kelayakan loan.

Ia juga kadang kadang tidak bergantung semata mata kepada pengiraan berasaskan Debt service Ratio (DSR) sahaja.

Didalam slip gaji yang diberikan kepada pekerja oleh majikan setiap bulan sudah diperincikan segala maklumat berkaitan gaji di dalam slip gaji tersebut.

Berapakah gaji pokok, berapa gaji bersih, berapa potongan kwsp, berapa potongan socso dan berapa jumlah elaun dan overtime jika ada pada bulan tersebut.

Cara membeli rumah dengan gaji kecil.

Cara Kira Kelayakan

Bagaimana nak kira gaji RM 1500 untuk kelayakan loan.

Gaji Kasar RM 1500

Potongan KWSP @ 11% = RM 165

Potongan Socso @ 1% = RM 15

Jumlah potongan keseluruhan adalah RM 180

GAJI KASARRM 1500
(-) POTONGAN KWSP @ 11%RM 165
(-) POTONGAN SOCSO @ 1%RM 15
GAJI BERSIHRM 1320

Gaji kasar – Jumlah potongan KWSP dan Socso

RM 1500 – RM 180 = RM 1320 gaji bersih

Setelah pengiraan di buat berdasarakan gaji kasar RM 1500 sebulan, gaji bersih adalah RM 1320.

Dah tahu gaji bersih, kita kena tahu pula berapa bank akan kira kelayakan gaji beli rumah yang anda layak.

kira kelayakan loan rumah

Cari Rumah Ikut Kemampuan

Harga rumah yang layak bagi bayaran bulanan sebanyak RM 320 adalah berharga sekitar RM 64,000.

Jadi anda boleh cari rumah yang ada di kawasan yang anda berminat dengan lingkungan harga tersebut.

mencari rumah

Saya tak nak rumitkan pengiraan kelayakan loan rumah ini dan saya cuba nak bagi paling mudah faham.

Untuk mudah faham bank hanyak akan ambil beberapa persen daripada gaji bersih bulanan untuk layak dikira sebagai pendapatan.

Dan yang paling penting sekarang bank ada letakkan komitmen yang di kenali sebagai “Kos Sara Hidup”

Kos sara hidup ini adalah antara RM 1000 ke RM 1200 sebulan bergantung kepada lokasi. Kos sara hidup ni memang bank akan kira dan potong siap siap daripada gaji anda sebelum nak kira kelayakan loan.

Jadi kalau gaji bersih RM 1320 sebulan selepas ditolak kos sara hidup katakan RM 1000, baki yang tinggal adalah RM 320 sahaja yang layak dikira untuk buat loan.

Tidak lagi ditolak dengan hutang dan komitmen bulanan yang sedia ada contohnya seperti hutang pinjaman peribadi, kereta, motorsikal, ASB, PTPTN dan sebagainya.

Jika anda memang zero komitmen dan tiada hutang bulanan yang lain lagi dengan jumlah RM 320, maka anda dikira layak buat loan dengan bayaran bulanan sebanyak RM 320.

Kiraan Tambahan Jika Gaji Naik Kepada RM 2000

Bagaimana pula jika sekiranya bagi orang yang bergaji atau gaji anda naik ke RM 2000 sebulan untuk membeli rumah.

Pengiraannya adalah sama seperti pengiraan di atas sebelum ini iaitu kena tahu berapa gaji bersih yang diperolehi berbanding gaji kasar.

GAJI KASARRM 2000
(-) POTONGAN KWSP @ 11%RM 220
(-) POTONGAN SOCSO @ 1%RM 20
GAJI BERSIHRM 1760

Sama juga dengan pengiraan di atas jika, jadi kalau gaji bersih RM 1760 sebulan selepas ditolak kos sara hidup katakan RM 1000, baki yang tinggal adalah RM 760 sahaja yang layak dikira untuk buat loan.

kenaikan gaji

Jika anda memang zero komitmen dan tiada hutang bulanan yang lain lagi dengan jumlah RM 760, maka anda dikira layak buat loan dengan bayaran bulanan sebanyak RM 760.

Anggaran kasar harga rumah yang layak bagi bayaran bulanan sebanyak RM 760 adalah berharga sekitar RM 150,000.

Apa yang penting sekarang ini adalah anda kena tanya lebih daripada satu bank sebab pengiraan kelayakan loan bagi bank adalah tak sama.

Pengalaman saya melihat ada bank yang mengira mengguna pakai DSR percentage dan ada bank yang terus tolak gaji bersih dengan “Kos Sara Hidup.

Jadi perkara ini adalah subjektif bagi setiap bank masing masing ada cara untuk luluskan loan rumah.

Lagipun bank perlu kejar sale dan target maka ada bank yang kadang kadang ada cara bagaimana nak permudahkan kelayakan loan pembeli.

Maka dengan sebab itu anda perlu cari dan tanya lebih daripada satu bank untuk masuk loan.

Namun yang paling penting sekali adalah wajib pilih Islamic Loan Rumah jika anda orang Islam ya.

Kesimpulan

Jika gaji anda masih kecil dan belum dapat gaji yang besar tidak bermakna anda tidak perlu menyimpan.

Mulakan simpanan walupun sedikit mengikut kemampuan anda walaupun berapa gaji anda sebulan.

Jadikan menyimpan ini satu tabiat supaya anda dapat kumpul duit untuk beli rumah.

Berapa lama proses beli rumah untuk selesai?

Jika tidak ada apa apa massalah anggaran masa proses pembelian rumah boleh selesai antara 4 hingga ke 6 bulan biasanya.

Bagaimana cara beli rumah lelong?

Dapatkan tips ringkas tentang pembelian rumah lelong di sini Tips Ringkas Rumah Lelong

Related Posts