Apakah Kelebihan Jika Membuat Pelaburan Hartanah

pelaburan hartanah

Pelaburan hartanah adalah merupakan satu bentuk pelaburan yang popular di kalangan para pelabur kerana ianya mempunyai pelbagai kelebihan yang menarik dan menguntungkan.

Pelaburan dalam sektor hartanah ini adalah melibatkan pembelian, pemilikan, dan pengurusan hartanah seperti:

  • rumah kediaman
  • apartmen
  • kilang
  • pusat beli-belah
  • pejabat
  • hotel
  • Tanah kosong

Ia sering menjadi pilihan pelabur yang mencari peluang untuk menjana pendapatan pasif, menambah nilai kekayaan, dan melindungi daripada kesan inflasi.

Namun begitu, pelaburan hartanah juga memerlukan penyelidikan yang teliti dengan pemahaman ilmu yang mendalam mengenai pasaran hartanah serta bagaimana untuk mengawal risiko risiko yang terlibat.

Jadi apakah kelebihan kelebihan yang boleh didapati jika melakukan pelaburan dalam industri hartanah ini.

Peningkatan Nilai Hartanah

Majoriti pemilikan kepada sebarang jenis hartanah ini nilainya akan mengalami peningkatan dari masa ke semasa.

Sebagai contoh harga pasaran sebuah rumah boleh meningkat dalam tempoh 5 tahun dan seterusnya.

Dulu masa beli rumah adalah harga RM 200,000, selepas 5 tahun harga meningkat kepada RM 250,000.

Dalam tempoh tersebut tersebut berlaku peningkatan sebanyak RM 50,000.

Ini bermakna pelabur boleh menikmati peningkatan nilai hartanah mereka, yang mana boleh memberikan pulangan pelaburan yang tinggi dalam jangka panjang.

Pendapatan Yang Stabil

Pelaburan hartanah boleh menghasilkan pendapatan yang stabil dan lumayan melalui sewaan yang dilakukan.

Sewaan hartanah yang melebihi bayaran bulanan kepada hutang bank andalah untuk sewaan kepada pemilik hartanah.

Untuk terhadap sewaan ini memberikan kepada pelabur sebagai sumber pendapatan tetap setiap bulan jika rumah sesntiasa penuh dan tidak kosong.

Keuntungan atas sewaan ini boleh digunakan untuk menampung perbelanjaan harian atau untuk melabur semula disamping mempunyai pendapatan tetap daripada pekerjaan.

Pelaburan Yang Boleh Ditambah Nilai

Jika point yang pertama tadi hartanah boleh memberikan peningkatan nilai pada masa hadapan, hartanah juga boleh ditambah baik untuk menaikkan nilai dan juga kadar sewaan.

Sebagai contoh jika rumah itu adalah standard tanpa sebarang pengubahsuaian atau tambahan, pemilik boleh buat perkara tersebut ke atas rumahnya.

Harga rumah yang ada tambahan ruang dan pengubahsuaian harganya adalah berbeza berbading dengan rumah yang standard.

Begitu juga dengan kadar sewa yang rendah boleh dipertingkatkan dengan menambah kelengkapan dalam rumah seperti katil, peti ais, internet dan sebagainya.

Dengan melakukan penambahbaikan kepada hartanah anda pasti nilainya lebih tinggi pada masa hadapan.

Cuma anda perlukan kos awal untuk buat kerja kerja penambahan tersebut.

Perlindungan Daripada Kesan Inflasi

Duit RM 10 pada masa lalu berbanding dengan masa sekarang adalah sangat berbeza nilainya jika membeli barangan.

Mungkin pada masa dulu RM 10 begitu besar, namum sekarang RM 10 sangat kecil nilainya.

Perbandingan ini dapat dilihat jika kita bandingkan apa yang boleh dibeli dengan RM 10 pada masa lalu dengan masa sekarang.

Itulah bagaimana inflasi memberi kesan kepada nilai kepada duit.

Namun tidak bagi nilai hartanah, hartanah sentiasa dalam keadaan naik ataupun paling kurang ianya statik.

Tetapi ada juga hartanah yang mengalami penurunan harga, namun banyak faktor yang menyebabkan perkara ini berlaku.

Oleh itu dengan statistik dimana nilai hartanah akan terus naik akan membolehkan hartanah yang dilabur itu tidak ada kesan pada inflasi kerana ia sering naik.

Tetapi akan capai pada satu tahap orang dah tak mampu beli rumah jika nilai rumah naik gila gila.

Peluang Pelaburan Yang Pelbagai

Pelaburan dalam sektor hartanah membolehkan pelabur untuk memiliki pelbagai jenis hartanah.

Selain itu juga cara pelaburan juga biasanya boleh dilakukan dengan pelbagai cara seperti beli dan jual semula apabila harga naik, membuat sewaan dan mengambil untung selepas tolak installment bulanan kepada bank.

Jadi ianya tidak terikat dengan satu cara kaedah pelaburan sahaja dan dapat merendahkan risiko pelaburan.

Mudah Mendapat Pinjaman Bank

Dalam sesetengah kes, untuk mendapatkan pembiayaan atau pinjaman untuk membeli hartanah adalah lebih mudah berbanding untuk pelaburan lain.

Pinjaman untuk pembelian hartanah ditawarkan hampir semua bank kerana ia mendatangkan untung lumayan kepada bank.

Jika peminjam gagal bayar sekalipun bank masih boleh lelong hartanah tersebut dan dapat semula duit yang telah diberi pinjam.

Tetapi bukan juga mudah untuk lulus pinjaman membeli hartanah jika gaji dan komitmen tidak melepasi seperti apa yang dikehendaki oleh bank.

Kekayaan Yang Boleh Diwarisi

Hartanah boleh menjadi aset yang baik untuk diwarisi kepada pewaris pewaris yang masih hidup.

Memandangkan sekarang rumah sukar untuk dibeli, jika anda ada duit yang banyak jadilah pelabur untuk beli rumah, nanti boleh diwariskan kepada anak anak anda.

Duit banyak mana pun akan habis tetapi rumah akan kekal dan boleh diduduki daripada turun temurun.

Anak anak anda pada masa hadapan sekurang kurangnya mereka sudah ada rumah dengan pelaburan yang anda lakukan sekarang.

Kesimpulan

Melihat kepada kelebihan kelebihan yang ada dalam pelaburan hartanah ini pastinya jika anda ada modal yang lebih boleh la mula melabur dalam pembelian hartanah.

Boleh mulakan pelaburan dengan membeli rumah untuk disewakan ataupun membeli rumah lelong yang harganya boleh dapat murah daripada harga pasaran.

Akhir kata, pelaburan hartanah boleh menjadi aset yang sangat sangat berharga dalam pelan kewangan seseorang jika ianya diuruskan dengan bijak.

Namun, seperti semua pelaburan lain ianya juga mempunyai risiko untung dan rugi.

Oleh itu, perancangan yang teliti dan mempunyai ilmu dalam bidang ini adalah sangat penting untuk berjaya dalam pelaburan hartanah.

Bagaimana untuk memulakan pelaburan hartanah?

Langkah pertama adalah membuat penyelidikan pasaran hartanah untuk memahami trend, harga, dan permintaan di kawasan yang dipertimbangkan. Kemudian, memilih hartanah yang sesuai dengan bajet dan objektif pelaburan anda.

Adakah risiko yang berkaitan dengan pelaburan hartanah?

Risiko-risiko termasuk kekosongan penyewaan, kerosakan hartanah, penurunan nilai hartanah, serta keperluan kewangan tambahan untuk penyelenggaraan atau perbaikan. Juga, pasaran hartanah yang tidak stabil boleh menyebabkan keuntungan yang tidak dijangka.

Related Posts