Tips Memilih Kontraktor Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

kontraktor bina rumah atas tanah sendiri

Memilih kontraktor bina rumah atas tanah sendiri adalah satu keputusan yang sangat sangat penting yang boleh mempengaruhi kualiti dan hasil rumah yang akan anda bina.

Bagi menjayakan projek pembinaan rumah berjalan lancar dan memenuhi seperti apa yang anda kehendaki, adalah amat penting untuk memilih kontraktor bina rumah yang berkelayakan dan boleh dipercayai.

Dalam panduan ini, kita akan melihat beberapa tips penting yang perlu dipertimbangkan apabila anda mencari dan memilih kontraktor untuk membantu anda merealisasikan impian memiliki rumah atas tanah sendiri.

Kita akan membincangkan perkara-perkara yang perlu diberi perhatian agar anda dapat membuat keputusan yang tepat dan menghindari masalah yang mungkin timbul semasa proses pembinaan rumah.

Ingat membina rumah bukannya mudah dan kita mungkin hanya akan buat sekali sahaja dalam hidup kita.

Mempunyai Lesen Yang Sah

Kontraktor pembinaan rumah yang mempunyai lesen yang sah biasanya telah menjalani proses permohonan dan pematuhan yang ketat dengan badan-badan pematuhan tempatan atau pihak berkuasa.

Ini bermaksud mereka patuh kepada semua peraturan dan undang-undang tempatan yang berkaitan dengan pembinaan rumah.

Kontraktor yang sah hendaklah perlu mendaftarkan syarikat mereka dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) sebagai entiti perniagaan yang sah.

Ini termasuk pendaftaran sebagai syarikat berhad, syarikat sdn bhd, atau perniagaan individu bergantung kepada struktur perniagaan anda.

Selain kena ada pendaftaran syarikat dengan SSM, kontraktor juga perlu mendaftar dengan CIDB sebagai kontraktor yang berdaftar.

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (LPIPM) atau lebih dikenali sebagai CIDB Malaysia (Construction Industry Development Board) merupakan satu badan kerajaan yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kerja Raya Malaysia.

Badan ini bertanggungjawab dalam mengawal selia, membangun dan memudahkan industri pembinaan menuju ke arah mencapai daya saing global.

Pendaftaran ini akan membolehkan kontraktor memperolehi projek-projek kerajaan dan swasta yang diberi kuasa oleh CIDB.

Memilih kontraktor yang mempunyai lesen yang sah akan membantu anda mengelakkan masalah undang-undang.

Ada Pejabat Rasmi

Kontraktor pembinaan yang anda mahu pilih mestilah ada pejabat urusan fizikal yang anda boleh hadir untuk sebarang pertanyaan.

Dengan adanya pejabat yang rasmi dan ada pekerja didalamnya boleh memberikan anda lebih keyakinan untuk berurusan dengan mereka.

Kita semua maklum banyak kes penipuan yang berlaku apabila ada yang membuat lantikan dan bayaran untuk buat rumah tanpa hadir ke pejabat atau memeriksa lebih lanjut dengan siapa mereka berurusan.

Jadi dengan adanya premis fizikal ini anda boleh sekurang kurangnya dapat mengelakkan daripada ditipu.

Pastikan anda simpan semua nombor telefon pejabat, nombor telefon staff yang anda berurusan.

Jika berlaku apa apa masalah senang anda nak cari kontraktor tersebut pada masa hadapan.

Lihat Kepada Track Rekod

Sebelum nak lantik sebarang kontraktor untuk membina rumah anda perlu semak track rekod kerja kerja pembinaan rumah yang telah mereka lakukan sebelum ini.

Berapa lama mereka sudah beroperasi di kawasan yang mereka lakukan pembinaan.

Berapa jumlah unit rumah yang telah mereka siapkan sehingga hari ini.

Bagaimana dengan kerja kerja pembinaan rumah yang telah siap adakah ada masalah ataupun tidak daripada pelanggan.

Lihat kepada kualiti kerja mereka adakah boleh memuaskan hati anda jika rumah telah siap.

Minta kepada kontrakor untuk melawat rumah rumah yang telah siap untuk anda tengok sendiri bagaimana dengan hasil kerja pembinaan oleh mereka.

Buat Perbandingan Antara Kontraktor

Semasa dalam proses mencari atau melantik kontraktor untuk bina rumah, pastikan anda membuat perbandingan diantara kontraktor kontraktor yang anda akan pilih.

Jangan bergantung pada satu kontraktor sahaja sebelum anda membuat pemilihan akhir nak lantik siapa.

Anda boleh bandingkan daripada segi:

  • Harga tawaran yang ditawarkan, berapa kos sekaki persegi
  • Berapa jenis design rumah yang mereka boleh buat
  • Apa kualiti dan jenis binaan yang mereka akan guna
  • Kualiti pembinaan rumah yang telah siap
  • Berapa lama warranti untuk rumah jika berlaku defect setelah rumah siap

Jadi anda jangan terlalu terburu buru untuk membuat pemilihan, buat perbandingan terlebih dahulu dengan sabar.

Dokumen Perjanjian Kontrak Yang Telus

Benda paling penting dalam proses melantik kontraktor untuk bina rumah atas tanah sendiri adalah dokumen kontrak.

Pastikan ada hitam putih diantara pemilik rumah dengan pihak kontraktor.

Pastikan anda telah tahu berapa harga yang anda nak kena bayar sebelum anda nak lantik mana mana kontraktor untuk buat rumah.

Jangan pula dah siap baru mereka akan beri harga itu kes anianya dan jangan terima jika ada polisi perjanjian macam ini.

Apa yang perlu ada dalam dokumen kontrak sekurang kurangya:

  • Berapa lama tempoh pembinaan akan siap
  • Bagaimana bayaran perlu dilakukan oleh pelanggan kepada kontraktor mengikut berapa persen progress di tapak
  • Berapa keluasan rumah dan apa jenis pelan rekabentuk yang telah dipilih
  • Apa jenis bahan binaan dan kemasan yang akan digunakan
  • Apakah jaminan jika berlaku masalah sama ada pelanggan gagal bayar duit atau kontraktor gagal siapkan rumah mengikut jadual

Itu adalah antara senarai perkara perkara yang perlu ada dalam perjanjian kontrak.

Pastikan anda baca dahulu segala terma dan syarat yang kontraktor akan kenakan kepada anda jika berurusan dengan mereka.

Setiap Pembayaran Ada Bukti Salinan Resit

Setiap projek pembinaan rumah melibatkan nilaian duit yang begitu banyak sehingga boleh mencecah angka ribuan, ratusan ribu malahan kepada angka juta juta.

Oleh sebab itu setiap pembayaran yang anda sebagai pelanggan akan lakukan mestilah diberikan resit atau slpi bayaran sebagai bukti bayaran telah dibuat oleh pihak anda.

Pastikan syarikat kontraktor ada sediakan resit bayaran setiap kali anda membuat bayaran kepada mereka.

Pastikan juga akaun bank yang digunakan adalah sama nama seperti yang syarikat kontraktor tersebut daftar kan nama syarikat mereka.

Duit dan transaksi anda akan lebih selamat jika anda pentingkan perkara ini dalam setiap pembayaran yang anda lakukan.

Dapatkan Rekomen Daripada Kenalan

Mungkin ada antara kenalan kenalan anda yang pernah buat rumah atas tanah sendiri.

Mungkin adik beradik anda, kawan kawan, sedara mara ataupun jiran tetangga.

Anda boleh tanya mereka yang dah siap bina rumah dengan siapa dan kontraktor mana mereka berurusan.

Tanya pengalaman mereka bagaimana berurusan dengan kontraktor yang mereka lantik dan bagaimana hasil kerja mereka.

Anda mungkin lebih percaya kepada orang yang terdekat yang pernah bina rumah dengan mana mana kontraktor.

Anda boleh pilih kontraktor yang kenalan anda syorkan jika anda yakin dengan rekomen daripada kenalan anda.

Kesimpulan

Begitulah antara tips bagaimana untuk memilih kontraktor bina rumah atas tanah sendiri dengan langkah demi langkah supaya anda tidak menyesal kemudian hari.

Lakukan sedikit siasatan dan penyelidikan tentang kontraktor yang anda ingin pilih supaya anda tidak membuat kesilapan.

Kalau dah tersalah lantik pastinya akan ada banyak masalah yang akan dihadapi pada masa hadapan.

Semoga panduan ini memberi manfaat kepada anda yang membacanya.

Baca juga tentang Apakah Kelebihan Jika Membuat Pelaburan Hartanah

Apakah kelebihan menggunakan kontraktor yang membina rumah atas tanah sendiri?

Kelebihan utama adalah pemilik tanah mendapat kawalan sepenuhnya ke atas projek pembinaan rumah mereka sendiri, termasuk dalam pemilihan rekabentuk, kualiti bahan, dan proses pembinaan. Ini juga boleh mengurangkan kos pembinaan secara keseluruhan.

Adakah risiko yang berkaitan dengan menggunakan kontraktor yang membina rumah atas tanah sendiri?

Risiko termasuk kelewatan dalam pembinaan, kos tambahan yang tidak dijangka, dan kualiti kerja yang kurang memuaskan jika kontraktor tidak mempunyai pengalaman yang mencukupi dalam membina rumah.

Related Posts