perbezaan freehold dan leasehold

Apakah perbezaan di antara freehold dan leasehold di dalam status geran di dalam undang undang tanah negara ini.

Untuk makluman anda, jika anda baru pertama kali terlibat untuk mengetahui tentang geran tanah atau geran rumah, terdapat dua perbezaan pegangan yang ada di dalam geran tanah.

2 jenis pegangan yang dimaksudkan tersebut adalah pegangan freehold dan juga pegangan leasehold.

Freehold VS Leasehold

Maksud freehold adalah bermaksud pemilik mempunyai pegangan hakmilik ke atas hartanah tersebut selama lamanya.

Maksud selama lama nya ialah tiada had tempoh selagi mana ia tidak menjual kepada orang lain dan juga sehinggalah ia mati dan waris membuat penukaran nama dalam proses pusaka.

Manakala maksud leasehold pula adalah bermaksud sesuatu pegangan ke atas hartanah adalah mempunyai had tempoh yang telah di tetapkan.

Leasehold bermaksud pajakan dalam Bahasa Melayu.

Pegangan ke atas hartanah tersebut tidak kekal selama lamanya seperti status freehold.

Kebiasaannya di dalam geran akan tercatat berapa lama tempoh pajakan yang akan diberikan kepada pembeli.

Antara tempoh yang selalu terdapat di dalam geran berstatus pajakan adalah 99 tahun.

Maka jika anda membeli rumah yang berstatus leasehold apabila tempoh pajakan semakin berkurangan, anda boleh membuat permohonan rasmi ke pejabat tanah.

Mohon Lanjutan Tempoh Pajakan

Permohonan untuk meminta tempoh pajakan di tambah di dalam geran.

Proses perlanjutan tempoh pajakan akan di proses oleh pejabat tanah dan pembeli akan dikenakan bayaran premium untuk perlanjutan tempoh tersebut.

Pengiraan premium akan dikira oleh pejabat tanah berdasarkan formula pengiraan yang ditetapkan oleh mereka.

Biasanya pemilik tanah yang berstatus pajakan ini adalah terdiri daripada tanah yang dimilik oleh kerajaan negeri melalui anak syarikat yang ditubuhkan oleh mereka.

Selain itu saya juga pernah berjumpa dengan tanah leasehold yang pemilik pajakan adalah terdiri daripada nama orang perseorangan.

Mungkin mereka mereka ini adalah orang yang kaya pada masa sebelum ini dan mempunyai banyak tanah.

Jika tanah leasehold ingin dicagarkan kepada bank pastikan baki tahun pajakan masih banyak, sebagai contoh jika baki pajakan tinggal hanya 33 tahun untuk rumah tersebut maka loan perumahan mungkin akan di tolak.

Ini adalah kerana baki pajakan hanya tinggal sangat sedikit jadi bank tidak mahu ambil risiko untuk bagi loan kepada rumah yang akan habis baki tempoh pajakannya.

Untuk dapatkan loan anda kena tambah dulu tempoh pajakan ke atas geran hartanah tersebut sekurang kurang 60 tahun ke atas.

Apakah akibat beli rumah leasehold?

Jika anda membeli rumah yang mempunyai geran leasehold anda tidak ada masalah apa apa.

Apakah akibat beli rumah leasehold

Cuma ada 1 kekurangan iaitu pegangan ke atas geran rumah tersebut ada had tempoh dan anda hanya perlu perbaharui tempoh pajakan jika tempoh pajakan semakin berkurangan.

Sebagai pemilik anda masih bebas untuk mencagar kepada bank dan juga boleh dipindah milik kepada orang lain juga.

Walaubagaimanapun terserah kepada masing masing sama ada ingin membeli rumah dengan geran tanah freehold atau pun berstatus leasehold.

Yang penting anda faham terlebih dahulu 2 istilah pegangan tersebut.

Geran tanah rumah prima leasehold atau freehold?

Untuk mengetahui dan mendapatkan kepastian sila semak geran tanah rumah kediaman prima tersebut sama ada pegangan hakmilik kekal ataupun pajakan.

Apakah maksud leasehold dalam Bahasa Melayu?

Maksud leasehold dalam Bahasa Melayu adalah Pajakan

Related Posts