Bagaimanakah cara jual rumah melalui agen hartanah tanpa anda perlu lakukan sendiri dengan susah payah.
Jika anda berhasrat ingin menjual rumah anda boleh pilih sama ada anda ingin menjual sendiri atau pun anda lantik agen hartanah yang berdaftar untuk anda tolong jualkan rumah anda bagi pihak anda.
Agen hartanah adalah kerjaya yang mana mereka menolong pemilik rumah untuk menjual rumah anda dan bayaran dibuat selepas rumah berjaya di jual sahaja.
Jika jual rumah melalui agen ini, kalau selagi tak berjaya dijual pemilik rumah tidak perlu membayar apa apa duit kepada mereka.
Kos untuk aktiviti bagi pengiklanan juga pemilik rumah tidak perlu bayar kepada agen, mereka akan keluarkan duit mereka sendiri untuk melakukan tugas tugas bagi menjual rumah anda.
Macam mana nak jual rumah melalui agen.
Proses jual rumah melalui agen hartanah adalah begitu mudah sekali kerana anda sebagai pemilik rumah hanya perlu melantik mereka untuk mendapatkan pembeli bagi rumah anda.
Apa yang perlu lakukan adalah melantik agen hartanah berdaftar, mereka akan bagi borang lantikan untuk anda isi sebagai bukti anda melantik mereka untuk menjual rumah anda.
Biasanya tempoh lantikan yang diberikan adalah minimum selama 6 bulan untuk mereka menjual rumah anda, jika mereka gagal menjual selama tempoh 6 bulan anda boleh sama ada ingin teruskan sambung lantikan atau tamatkan lantikan dan cari agen yang lain pula.
Antara kelebihan melantik agen hartanah untuk menjual rumah adalah mereka akan buat semua aktiviti jualan rumah bagi pihak anda sehinggalah selesai sehingga tukar nama dalam geran.
Antara kerja kerja yang mereka akan lakukan adalah:
- Membuat semakan nilai pasaran semasa bagi rumah anda.
- Membuat aktiviti iklan dan pemasaran penjualan rumah.
- Mengadakan inspection dan rundingan rumah bersama bakal pembeli.
- Membuat semakan kelayakan loan dengan bank bagi bakal bakal pembeli.
- Melantik lawyer hartanah.
Bayangkan kalau anda jual rumah sendiri tanpa agen dan anda pula tidak tahu selok belok tentang penjualan dan pembelian hartanah, maka tentu susah untuk anda menjual rumah dengan sendirinya.
Mencari agen jual rumah
Anda boleh dapatkan semua senarai agen hartanah yang berdaftar melalui website http://search.lppeh.gov.my/
Anda boleh cari agen jual rumah mengikut lokasi yang anda kehendaki.
Selain itu anda juga boleh mencari di google agen jualan rumah yang berdaftar di sekitar lokasi anda.
Selain itu juga anda boleh cari agen hartanah di website jual beli rumah seperti yang tersenarai di bawah ini.
https://www.propertyguru.com.my/
https://www.propertyqueen.com.my/
Anda boleh hubungi mereka dan berjumpa terlebih dahulu untuk berbincang dan bertanya tentang segala hal berkaitan penjualan rumah.
Sebaiknya anda jumpa di pejabat mereka, ini adalah supaya untuk mengurangkan risiko anda ditipu oleh penipu yang tidak bertanggung jawab.
Anda boleh semak dahulu sama ada syarikat agen yang anda nak jumpa itu berdaftar atau tidak di website http://search.lppeh.gov.my/
Fee agen jual rumah
Fee ataupun komisyen jual rumah untuk agen hartanah mengikut undang undang adalah sebanyak 3.18% termasuk cukai.
Sebagai contohnya jika anda melantik mana mana agen hartanah dan mereka berjaya menjual rumah anda, anda kena bayar komisen ejen hartanah sebanyak 3.18% daripada harga jualan rumah.
Sebagai contoh mudah kita lihat perkiraan jualan rumah seperti di bawah.
Harga rumah yang berjaya di jual RM 300,000
RM 300,000 x 3.18% = RM 9,540
Jadi jika anda sebagai pemilik rumah dan rumah anda telah berjaya di jual dengan harga RM 300,000 maka anda kena bayar RM 9,540 sebagai komisyen kepada agen hartanah.
Namun anda jangan risau kerana duit komisyen untuk di bayar kepada agen jual rumah ini adan boleh gunakan duit yang pembeli akan bayar 10% deposit semasa pembeli sign dokumen perjanjian jual beli S&P.
Jadi anda tak perlu pun keluarkan duit sendiri dari simpanan anda.
Anda hanya guna semata mata duit daripada hasil penjualan rumah untuk bayar komisyen kepada agen jual rumah.
Jadi begitulah secara asasnya cara cara jual rumah melalui agen untuk membantu pihak anda.
Dengan melantik mereka anda tak perlu pening kepala nak uruskan semua benda kalau anda jual sendiri rumah anda.
Cuma anda kena keluarkan bayaran komisyen sahaja kepada agen.
Bayar untuk mereka buat kerja untuk anda supaya rumah anda dapat dijual dengan secepat mungkin.
Rugi sedikit tidak mengapa janji dapat mudahkan anda sebagai penjual dan pemilik rumah untuk menjual rumah.
Kalau nak jual sendiri pula baca ni Cara Jual Rumah Tanpa Agen
Komisen adalah 3.18% termasuk cukai?
Sebelum nak lantik agen jual rumah pastikan anda jumpa mereka di pejabat mereka dan mereka berdaftar dengan Malaysian Institute of Estate Agents.