Bagaimana rumah mampu milik Kedah boleh di pohon oleh rakyat yang perlukan rumah.
Rumah merupakan salah satu keperluan asas dalam membentuk institusi kekeluargaan.
Keselesaan dalam rumah dengan persekitaran yang sesuai dapat membentuk masyarakat yang lebih maju dan berkembang.
Selain itu, sektor perumahan juga memainkan peranan utama dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi negeri.
Industri perumahan berperanan penting dalam meningkatkan ekonomi negeri dan taraf hidup rakyat.
Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab Pihak Berkuasa Negeri (PBN) untuk memastikan bahawa penduduknya dapat menikmati keperluan asas ini.
Dalam konteks ini, PBN Kedah juga berhasrat untuk memastikan setiap isi rumah di negeri Kedah memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah yang mengikut kemampuan mereka.
Dari segi sosioekonomi dan kemampuan kewangan, sebahagian besar isi rumah di negeri Kedah adalah daripada golongan berpendapatan rendah dan sederhana.
Oleh itu, permintaan perumahan dari golongan ini perlu diberi keutamaan dan perhatian yang sewajarnya.
Jenis Jenis Skim Perumahan
Terdapat beberapa jenis skim perumahan mampu milik yang disediakan oleh kerajaan negeri Kedah kepada rakyat mereka.
- SKIM PERUMAHAN AWAM KOS RENDAH(PAKR)
- SKIM PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR) DIMILIKI
- SKIM PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR) DISEWA
- RUMAH KOS RENDAH SWASTA (RKRS)
Rumah rumah yang dibina ini di bina di seluruh daerah negeri Kedah mengikut peruntukkan semasa kerajaan negeri.
Rakyat negeri Kedah boleh memohon mana mana skim perumahan yang ditawarkan mengikut bilangan unit rumah yang masih ada dan mengikut kawasan masing masing.
Syarat Syarat Permohonan
Manakala bagi pemohon yang ingin memohon pihak kerajaan negeri telah meletakkan syarat syarat mengikut jenis skim rumah yang ditawarkan.
Setiap skim perumahan mempunyai syarat syarat yang berbeza mengikut jenis rumah dan juga tahap pendapatan.
PERUMAHAN AWAM KOS RENDAH (PAKR)
- Berumur 18 tahun sehingga 55 tahun pada tarikh permohonan.
- Berkahwin
- Pendapatan isi rumah (suami + isteri) tidak melebihi RM3,000.00
PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) SEWA
- Berumur 18 tahun ke atas
- Berkahwin
- Pendapatan isi rumah (suami+isteri) tidak melebihi RM3,000.00
- Tidak memiliki rumah
PROJEK PERUMAHAN RAKYAT (PPR) DIMILIKI
- Berumur 18 tahun ke atas
- Berkahwin
- Pendapatan isi rumah (suami+isteri) tidak melebihi RM3,000.00
- Tidak memiliki rumah
RUMAH KOS RENDAH SWASTA (RKRS)
- Berumur 18 tahun ke atas
- Pendapatan isi rumah (suami+isteri) tidak melebihi RM3,000.00
Bagi yang ingin memohon rumah rumah yang ditawarkan ini anda boleh menghubungi bahagian perumahan negeri kedah di alamat:
Bahagian Perumahan, Pejabat SUK Kedah, Aras 3, Blok C, Wisma Darul Aman, 05503 Alor Setar, Kedah Darul Aman. 04-7027330
Selain itu rakyat kedah juga boleh melihat info info terbaru di facebook rasmi bahagian perumahan negeri Kedah di page mereka “SUK KEDAH, Bahagian Perumahan”
Oleh itu bagi mana mana rakyat kedah yang ingin memohon boleh hubungi segera bahagian perumahan negeri Kedah untuk maklumat lanjut.
Tempoh proses permohonan bergantung kepada skim perumahan atau pemaju perumahan yang terlibat. Biasanya, proses penilaian kelayakan dan kelulusan permohonan boleh mengambil masa beberapa minggu hingga beberapa bulan, bergantung kepada keadaan semasa dan keperluan dokumentasi yang diperlukan.