Adakah anda sedang cari rumah mampu milik Terengganu untuk anda pohon.
Jika ya teruskan membaca artikel ini sampai habis kerana di sini akan dikongsikan bagaimana anda boleh mencari maklumat tentang projek projek perumahan mampu milik yang disediakan oleh kerajaan negeri Terengganu.
Kerajaan negeri Terengganu di bawah kuasa yang ada telah membina projek projek perumahan mampu milik kepada rakyatnya.
Maklumlah sekarang ini harga rumah semakin hari semakin mahal harganya.
Jadi dengan inisiatif daripada kerajaan ini dapat membantu rakyat yang tak mampu nak beli rumah mahal mahal dapat beli rumah dengan harga mampu milik.
Syarat Kelayakan Permohonan
Bagi rakyat negeri Terengganu yang berhasrat memohon rumah mampu milik yang ditawarkan pastikan anda memenuhi syarat syarat yang ditetapkan terlebih dahulu.
Dibawah ini adalah syarat syarat yang ditetapkan mengikut jenis skim perumahan yang ditawarkan.
Skim Perumahan Jenis A RMM
1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
2. 21 tahun keatas, bagi pemohon yang berumur melebihi 50 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga. (Ahli keluarga ditakrifkan daripada anak / adik beradik kandung).
3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500.
4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) sebagaimana berikut:
- Pendapatan minimum RM 1,500 hingga pendapatan maksimum RM 4,000 bagi perumahan awam dan
- Pendapatan minimum RM 2,000 hingga pendapatan maksimum RM 4,500 bagi perumahan swasta.
7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.
Skim Perumahan Jenis B RPMM
1. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap dalam negeri Terengganu.
2. 21 tahun keatas
3. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berpendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500.
4. Pemohon dan pasangan belum pernah memiliki rumah.
5. Pemohon dan pasangan tidak pernah menerima tanah anugerah kediaman daripada pihak kerajaan.
6. Pendapatan kasar bulanan isirumah (pemohon dan pasangan) tidak melebihi RM 7,000 sebulan.
7. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 4,500 sebulan.
8. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.
Skim Perumahan i-Rahman
1. Pemohon berumur 21 tahun ke atas. Bagi pemohon melebihi umur 42 tahun boleh dipertimbangkan dengan syarat mempunyai jaminan bayaran daripada ahli keluarga berumur 21-42 tahun (isteri/adik-beradik/ibubapa/anak-anak) yang akan menjadi pemohon bersama bagi RMR RAHMAN;
2. Berkahwin; 10 % diperuntukkan kepada golongan bujang yang berumur 35 tahun ke atas layak dipertimbangkan;
2. Berkahwin; 10% diperuntukkan kepada golongan bujang yang berumur 35 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan RM1,500.00 sehingga RM2,500.00 layak dipertimbangkan;
3. Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri;
4. Pendapatan isi rumah bagi pemohon dan pasangan adalah bermula RM1,500.00 sehingga RM4,000.00;
5. Penerima tawaran membeli RMM (Penswastaan) yang tidak berjaya memperolehi pinjaman daripada pihak bank (2 bank); perlu disertakan surat penolakan daripada bank tersebut1
6. Pemohon atau pasangan merupakan rakyat Terengganu yang menetap di Negeri Terengganu;
7. Bagi pemohon dan pasangan dari penjawat awam, hanya yang bergred 1 hingga 22 sahaja layak memohon
8. Isteri kedua / ketiga / keempat layak dipertimbangkan sekiranya mempunyai pendapatan bulanan tidak melebihi RM 2,500 sebulan.
9. Penerima hanya layak memiliki RMM / RPMM / RMR RAHMAN sekali sahaja dan sekiranya rumah tersebut dijual (selepas sekatan moratorium), penerima tidak layak lagi membuat permohonan kedua dan seterusnya.
10. Permohonan bina rumah di atas tanah sendiri perlu mempunyai keluasan minima (50′ lebar x 72′ panjang) = 3600 kps; dan
11. Tanah/tapak bersesuaian dan bebas dari gadai/bebanan ke atasnya (Siap ditambun).
Cara Memohon
Bagi sesiapa yang berminat untuk memohon boleh mengikut langkah langkah dibawah ini:
- Buat pendaftaran secara online di eperumahan
- Logi masuk ke akaun yang anda sudah daftarkan tadi
- Pilih kategori samaada nak beli rumah atau nak bina rumah
- Kemaskini dan isi maklumat lengkap pemohon
- Jika ada iklan kekosongan rumah untuk dijual sila pilih jika ingin membeli rumah
- Akhir sekali submit untuk buat permohonan.
Jika anda layak selepas permohonan dilakukan pihak lembaga perumahan Terengganu akan menghubungi anda.
Selain itu juga anda boleh menghhubungi mereka di:
PEJABAT SETIAUSAHA KERAJAAN TERENGGANU
(BAHAGIAN PERUMAHAN)
TINGKAT BAWAH NO.28, PUSAT NIAGA PAYA KELADI, 20000 KUALA TERENGGANU.
TEL: + 09-626 7999 / + 09-631 7999
Rumah PMINT
Selain daripada anda memohon rumah melalui lembaga perumahan Terengganu adan juga boleh membeli rumah mampu milik yang juga di bawah seliaan kerajaan negeri iaitu di bawah pembangunan oleh PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU (PMINT).
Anda boleh melihat rumah rumah mampu milik yang dibina dan yang sedang dijual di website rasmi mereka www.pmint.gov.my
Anda boleh hubungi mereka di alamat
Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu,
Tingkat 14, Menara PMINT,
Jalan Sultan Ismail,
20200 Kuala Terengganu.
Tel : +609 627 8000
Oleh itu bagi sesiapa yang ingin memohon rumah daripada kerajaan Terengganu maka boleh hubungi kedua dua pihak di atas.
Kelayakan untuk memohon rumah mampu milik bergantung kepada faktor seperti pendapatan bulanan, status pekerjaan, kriteria umur, dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh skim perumahan atau pemaju perumahan yang berkaitan.
Jumlah pendapatan yang diperlukan bergantung kepada harga rumah yang ditawarkan dan kriteria kelayakan yang ditetapkan oleh skim perumahan atau pemaju perumahan. Biasanya, pendapatan bulanan yang tidak melebihi paras tertentu adalah syarat yang diperlukan.