Bagaimana anda boleh memohon rumah mampu milik Melaka jika anda memang tinggal di negeri tersebut.
Kerajaan negeri Melaka tidak terkecuali ada menyediakan perumahan perumahan mampu milik bagi rakyat di negerinya.
Projek projek perumahan ini di uruskan oleh Lembaga Perumahan Negeri Melaka.
Lembaga Perumahan Melaka (LPM) merupakan agensi kerajaan Negeri Melaka yang ditubuhkan pada 17.12.2002 melalui Enakmen Lembaga Perumahan Melaka (ELPM) 2002 yang di warta pada 17.12.2002 seperti Warta Kerajaan Jilid 46 No. 25 Tahun 2002.
Sebelum Lembaga Perumahan Melaka ditubuhkan , ia terletak di bawah Unit Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Kerajaan Negeri Melaka merupakan negeri kedua yang menubuhkan Lembaga selepas Kerajaan Negeri Selangor bagi mengukuhkan peranan Kerajaan Negeri di sektor perumahan.
Skim Perumahan
Terdapat beberapa projek perumahan mampu milik yang di tawarkan oleh kerajaan negeri Melaka.
Rakyat negeri Melaka diberi peluan untuk memilih rumah bagaimana yang mereka minta dan mampu untuk beli.
Antara skim atau projek perumahan yang ditawarkan adalah:
- Rumah bahagia RKR iaitu rumah kos rendah
- Rumah Sejahtera iaitu rumah kos sederhana rendah negeri Melaka
- Rumah Impian jenis A dan B
- Skim Rumah Belia
Kerajaan negeri Melaka telah memperkenalkan Skim Rumah Belia Melaka (“RBM”) yang bertujuan membantu golongan belia yang tidak mampu memiliki rumah pertama mereka.
Skim perumahan khas ini merupakan inisiatif Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka di bawah portfolio EXCO Komunikasi, Multimedia, NGO, Pembangunan Belia dan Sukan dengan kerjasama Lembaga Perumahan Melaka.
Ia juga merupakan skim perumahan belia yang pertama di Malaysia.
Dalam Skim RBM ini, belia yang layak dan berjaya mendapat kelulusan daripada Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka boleh menikmati subsidi pembelian rumah sebanyak 10 peratus (10%) daripada harga pasaran.
Subsidi tersebut serta bayaran guaman dan duti setem akan dibiayai oleh pihak pemaju.
Syarat Memohon
Syarat-Syarat Permohonan Rumah Kos Rendah
- Warganegara Malaysia
- Pemohon berusia 20 tahun ke atas
- Pendapatan Tidak Melebihi RM 3,000 sebulan
- Tidak pernah Memiliki Rumah
Syarat permohonan rumah sejahtera
- Warganegara Malaysia
- Berdaftar dengan Lembaga Perumahan Melaka
- Memperolehi sijil SLMR daripada LPM
- Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM 6000 sebulan
- Tidak pernah memiliki rumah
- Berumur 21 tahun ke atas
- Bermastautin di Melaka melebih 5 tahun ke atas
- Berkahwin
- Individu berstatus bujang yang menjaga ibu bapa boleh memohon dengan mengemukakan surat pengesahan daripada pejabat Japerun, Penghulu , JPKK setempat.
Syarat-Syarat Permohonan Rumah Mampu Milik (Rumah Impian)
- Warganegara Malaysia
- Berdaftar dengan Lembaga Perumahan Melaka
- Memperolehi sijil SLMR daripada LPM
- Pendapatan seisi rumah tidak melebihi RM 10000 sebulan
- Tidak pernah memiliki rumah
- Berumur 21 tahun ke atas
- Bermastautin di Melaka melebih 5 tahun ke atas
- Berkahwin
- Individu berstatus bujang yang menjaga ibu bapa boleh memohon dengan mengemukakan surat pengesahan daripada pejabat Japerun, Penghulu , JPKK setempat
Syarat-syarat permohonan Rumah Belia:
1) Berusia 18 sehingga 35 tahun;
2) Mempunyai pendapatan isi rumah bulanan RM8,000 ke bawah; dan
3) Merupakan warga Melaka atau pemastautin tetap selama lima (5) tahun ke atas di negeri Melaka.
Kaedah Permohonan
Bagi anda yang mempunyai kelayakan untuk memohon rumah mampu milik di negeri Melaka ini anda boleh hubungi:
Pejabat Lembaga Perumahan Melaka
No. 9 – 1, Jalan TU 49A, Kompleks Komersial Boulevard, Taman Tasik Utama,
75450 Ayer Keroh, Melaka
Telefon: Hubungi pejabat terlebih dahulu untuk tanya bagaimana proses untuk memohon
- 06-2321466
- 06-2320556
- 06-2320565
- 06-2320450
Manakala permohonan secara online boleh dilakukan disini Onlinelpm
Anda boleh memohon rumah mampu milik melalui beberapa kaedah, termasuk melalui skim perumahan kerajaan seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR), Skim Rumah Pertamaku (SRP), atau melalui pemaju perumahan swasta yang menawarkan rumah mampu milik.
Dokumen-dokumen yang biasanya diperlukan termasuk salinan kad pengenalan, penyata gaji atau penyata bank untuk mengesahkan pendapatan, surat pengesahan pekerjaan, serta borang permohonan yang lengkap dan betul.