Skim rumah mampu milik Sabah disediakan untuk orang sabah yang layak dan belum memiliki rumah.
Kerajaan negeri Sabah juga menyediakan inisiatif kepada rakyat negeri Sabah untuk memiliki rumah untuk yang layak.
Proses penyediaan rumah dan permohonan rumah ini di kawal selia di bawah Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar Negeri Sabah.
Pada tahun 1967, Suruhanjaya Perumahan Negeri Sabah (SPNS) telah ditubuhkan. SPNS merupakan sebuah Badan Berkanun yang bertanggungjawab untuk melaksanakan program-program pembangunan rumah kos rendah bagi penduduk Sabah yang berpendapatan rendah.
SPNS yang mula beroperasi sepenuhnya pada 1 September 1968, terdiri daripada dua bahagian utama, iaitu Bahagian Pentadbiran dan Bahagian Teknikal dengan sejumlah kakitangan seramai 5 orang. Pada tahun 1972, Bahagian Perumahan telah ditubuhkan untuk menguruskan penyelenggaraan harta dan peruntukan rumah kepada pembeli atau penyewa.
Pada masa yang sama, Kerajaan Negeri juga sedang aktif membangunkan pekan-pekan baru di negeri Sabah untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat luar bandar. Namun, pada waktu tersebut, tiada agensi kerajaan yang khusus untuk menjalankan tugas penting ini. Oleh itu, pelaksanaan bandar-bandar baru dijalankan secara ad-hoc oleh pelbagai agensi kerajaan, termasuk Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Kerja Raya, anak syarikat SEDCO, Lembaga Letrik Sabah, dan SPNS.
Buat masa ini kerajaan negeri Sabah memperkenalkan skim Perumahan Rumah Kos Rendah Sewa/Beli.
Syarat Permohonan
Bagi orang yang berada di negeri Sabah anda boleh memohon skim peruahan kos rendah ini dengan syarat syarat yang telah ditetapkan oleh kerajaan negeri Sabah.
Antara syarat kelayakan utama yang diperlukan untuk memohon projek perumahan ini adalah:
- Warganegara Malaysia (keutamaan Penduduk asal Sabah)
- Berumur 18 tahun ke atas pada waktu memohon
- Sudah berkeluarga atau bujang tetapi menanggung keluarga
- Pendapatan isi rumah (suami dan isteri) tidak kurang RM750.00 dan tidak melebihi RM3,000 sebulan
- Tidak memiliki rumah kediaman sendiri
- Tidak memiliki tanah sendiri
Bagi yang ingin memohon rumah mampu milik sabah ini anda boleh layari LPPB.GOV
Piagam Pelanggan
Komitmen Lembaga Pembangunan Perumahan & Bandar ialah membina rumah-rumah dan bangunan komersial yang mematuhi Undang-Undang Kecil Bangunan serta berdaya ketahanan dan berkefungsian dengan kos berpatutan.
Kami akan menyiapkan rumah, kedai dan bangunan komersial dalam masa dua (2) tahun daripada tarikh Perjanjian Jual Beli ditandatangani.
Kami akan menyerahkan kunci rumah, kedai ataupun bangunan komersial kepada pembeli yang layak selewat-lewatnya tiga puluh (30) hari selepas Sijil Menduduki dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
Kami akan memproses pertukaran hak milik / geran tanah dalam masa tiga (3) bulan daripada tarikh pembayaran penuh dibuat, tertakluk kepada geran tanah individu telah dikeluarkan oleh Jabatan Tanah dan Ukur.
Kami akan memeriksa aduan-aduan kerosakan dalam masa tujuh (7) hari daripada tarikh aduan diterima dan memperbaiki kerosakan dalam masa empat (4) minggu dari tarikh pemeriksaan.
Kami akan memberi layanan yang bersopan santun, saksama dan bertimbang rasa kepada semua pemohon serta memberikan maklumat dengan tepat dan jelas.
Bagi anak anak negeri Sabah yang mana masih belum memiliki rumah boleh cuba memohon untuk dapatkan rumah melalui skim perumahan negeri sabah ini.