Kerajaan negeri telah menyediakan rumah mampu milik Kelantan untuk semua anak negeri yang layak.
Inisiatif ini adalah untuk memberikan kemudahan perumahan kepada anak anak negeri kelantan masih belum ada rumah.
Seperti juga negeri negeri lain kemudahan perumahan mampu milik ini adalah satu keperluan yang perlu dijamin oleh setiap negeri.
Setiap negeri mestilah menyediakan rumah rumah yang mampu milik untuk rakyat mereka.
Tidak boleh bergantung sahaja kepada projek projek yang dibangunkan oleh pihak swasta yang mana rumah bina harga tidak boleh dikawal oleh kerajaan.
Jadi pihak kerajaan negeri perlu membina rumah rumah mampu milik yang hargnya boleh dikawal oleh kerajaan sendiri.
Syarat Syarat Permohonan
Syarat syarat permohonan untuk memohon rumah mampu milik yang disediakan oleh kerajaan negeri Kelantabn adalah seperti berikut:
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas (Anak Kelantan) dan telah berkahwin.
- Pemohon bujang (*bersyarat)
- Pemohon yang belum memiliki rumah sahaja layak memohon.
- Pendapatan isi rumah tidak kurang RM1000.00 dan tidak melebihi RM6500.00.
- Tempoh sah laku permohonan adalah 5 tahun.
- Setiap permohonan mestilah disertakan salinan kad pengenalan, surat nikah pemohon & pasangan, kad pengenalan @ surat beranak anak.
- Sila sertakan salinan slip gaji 3 bulan terkini pemohon & pasangan.
- Bagi bekerja sendiri / berniaga, sila sertakan Penyata Bank 6 bulan terkini dan pengesahan pendapatan pemohon & pasangan.
- Permohonan perlu juga disertakan laporan CCRIS terkini dan sebarang maklumat lanjut berkenaan laporan CCRIS boleh hubungi AKPK : 09-747 6968.
- *Bujang yang menanggung keluarga.
Itu adalah syarat syarat utama untuk memohon namun ada satu syarat tambahan penting yang diletakkan oleh kerajaan negeri jika ingin memohon rumah mampu milik ini.
Syarat tambahan yang dikenakan adalah mesti anak kelantan.
Definisi anak Kelantan ditakrifkan seperti berikut:
- Seseorang yang lahir di Kelantan di mana Bapa adalah orang Melayu.
- Seseorang yang lahir di Kelantan, Ibunya adalah orang Melayu dan Bapanya beragama Islam.
- Seseorang yang lahir di mana-mana yang mana Bapanya seorang Melayu dan lahir di Kelantan.
- Seseorang yang lahir di mana-mana sahaja tetapi kedua Ibubapa-nya orang Melayu dan bermastautin sekurang-kurangnya 15 tahun di Kelantan.
- Seseorang yang lahir di negeri Kelantan dan Bapa-nya juga lahir di Kelantan.
Jika pemohon tidak ada ciri ciri anak kelantan maka anda tak layak untuk memohon.
Cara Memohon
Bagi memohon rumah mampu milik negeri Kelantan ini pemohon boleh memohon secara online di portal Sistem Permohonan Rumah Mampu Milik Kelantan di sini eperumahankelantan
Semua permohonan adalah secara online sahaja. Sebelum memohon pastikan anda mematuhi segala syarat syarat yang dinyatak diatas tadi.
Sila isi semua maklumat yang diminta didalam sistem tersebut.
Semasa dalam permohonan ini juga pemohon boleh memilih rumah rumah yang masih ada didalam sistem.
Selepas siap isi semua maklumat sila cetak dan simpan dokumen permohonan tersebut.
Pihak perumahan negeri kelantan akan menghubungi anda jika anda layak untuk langkah seterusnya.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi :
Bahagian Perumahan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan
Aras Bawah Blok 2, Kompleks Kota Darul Naim
15503 Kota Bharu, Kelantan