Bagaimana cara nak bayar zakat online maybank2u melalui perbankkan internet tanpa perlu pergi ke pejabat zakat.
Dalam agama Islam ada satu perintah yang dikenali sebagai zakat yang mana orang Islam perlu melakukannya jika telah cukup syaratnya.
Zakat ialah mengeluarkan sebahagian harta tertentu yang dimiliki dan diberikan kepada orang Islam yang lain yang dibenarkan menerima zakat.
Pemberian zakat boleh dilakukan secara terus kepada golongan asnaf ataupun dibayar kepada pejabat zakat untuk mereka uruskan duit zakat anda.
Hukum mengeluarkan zakat adalah WAJIB bagi orang Islam apabila cukup semua syarat yang ditetapkan.
Tidak membayar zakat apabila cukup syaratnya adalah berdosa dalam Islam.
Jadi kali ini kita nak lihat bagaimana anda boleh lakukan pembayaran zakat hanya secara online sahaja kepada pejebat zakat pilihan anda melalui Maybank2u internet banking.
Saya ingin kongsikan bagaimana boleh anda lakukan bayaran zakat hanya dihujung jari anda sahaja.
Kali ini saya akan tunjukkan bagaimana untuk membayar zakat pendapatan hasil daripada gaji pekerjaan ataupun pendapatan bulanan anda.
Pastikan anda sudah kira berapa zakat pendapatan yang anda perlu bayar untuk income anda.
Cara nak kira zakat pendapatan boleh baca disini Kiraan Zakat Pendapatan
Zakat telah menetapkan bahawa kadar peratus yang boleh dikenakan zakat adalah sebanyak 2.5% daripada gaji anda.
Login Ke Maybank2u
Untuk memulakan melakukan pembayaran secara online pertama sekali anda perlu masuk ke laman web Maybank2u.
Selepas dah masuk ke situ sila masukkan Username anda kemudian klik Login.
Pastikan gambar dan security phrase anda adalah betul.
Klik Yes kemudian masukkan Password anda dan klik Login
Selepas dah masuk ke akaun online Maybank2u anda klik pada bahagian Pay & Transfer
Pilih Pejabat Zakat Untuk Buat Bayaran
Pada bahagian Payee dalam kotak “New Payment” buat carian dengan kata kunci “Zakat”
Senarai pejabat zakat yang berdaftar dengan sistem Maybank2u akan disenaraikan di sini.
Anda boleh pilih pejabat zakat negeri mana yang anda ingin buat bayaran zakat pendapatan anda.
Kemudian pilih pejabat zakat yang anda ingin buat bayaran.
Selepas dah pilih satu popup akan muncul dan anda akan diminta untuk isikan maklumat berikut:
- Amount/Berapa jumlah bayaran zakat
- Nombor telefon anda
- Type of Zakat (Jenis zakat) sila pilih zakat apa yang anda ingin buat bayaran.
- Zakat padi
- Zakat ternakan
- Zakat Pendapatan
- Zakat Perniagaan
- Zakat Wang Simpanan
- Zakat Saham
- Zakat KWSP
- Zakat Emas
- Zakat Perak
- Zakat Galian
- Qhada Zakat
Selepas dah isikan maklumat tersebut klik pada butang Pay.
Kemudian request untuk dapatkan Secure Verification, anda akan terima push notification dekat smartphone yang anda register secure2u.
Klik pada push notification yang muncul di skrin smartphone anda lihat Secure Verification yang direquest tadi, kemudian pilih Approve dalam masa 50 saat.
Selepas anda Approve transaksi tadi akan diproses secara automatik sehingga selesai.
Sekarang semua pembayaran atau transaksi di maybank2u tidak lagi menggunakan nombor TAC 6 angka yang dihantar melalui sms ke phone untuk meneruskan transaksi.
Sekarang maybank dah gunakan sistem yang dikenali dengan nama Secure2u.
Dengan adanya sistem Secure2u ini pembayaran zakat yang dibuat akan boleh diteruskan hingga selesai selepas anda klk pada butang Pay.
Notifikasi pembayaran akan dihantar ke phone anda selepas pembayaran selesai dilakukan.
Selepas dah selesai anda boleh download dan simpan resit pembayaran zakat anda.
Panduan untuk Cara Guna Secure2u Maybank
Zakat pendpaatan boleh dibayar sama ada sebulan sekali ataupun setahun sekali sekiranya cukup syarat dan layak untuk bayar zakat.
Untuk mengetahui cara nak kira zakat pendapatan anda boleh baca di sini Kiraan Zakat Pendapatan