Bagaimanakah cara guna Secure2u Maybank yang baru mula diperkenalkan pada masa ini.
Sistem atau kaedah secure2u Maybank ini diperkenalkan bagi menggantikan sistem lama sebelum ini.
Sistem sebelum ini jika anda ingin membuat transaksi, anda perlu request nombor TAC dan nombor tersebut akan dihantar melalui SMS ke nombor telefon bimbit anda.
Selepas dah dapat SMS nombor TAC 6 angka tersebut barulah perlu diisi dalam maybank2u untuk teruskan transaksi tersebut.
Apa Itu Secure2u Maybank
Secure2u maybank adalah kaedah atau sistem yang lebih cepat dan selamat untuk mengesahkan sebarang transaksi yang dilakukan sama ada melalui Maybank2u online ataupun aplikasi MAE.
Sistem secure2u ini menggunakan Secure Verification (one-tap approval) and Secure TAC (6-digit TAC nombor yang dihasilkan didalam aplikasi MAE anda.
Kedua dua kelebihan ini terdapat di dalam Maybank2u dan juga aplikasi MAE.
Apabila anda sudah aktifkan Secure2u, ia akan menjadi kaedah mandatori untuk mengesahkan dan membenarkan semua transaksi di dalam Maybank2u website, M2U MY aplikasi atau MAE applikasi.
Cara Daftar Aplikasi MAE Maybank
Untuk mula mendaftar aplikasi MAE dan secure2u maybank ini ikuti langkah langkah berikut:
1: Download dan Install aplikasi MAE di Google Playstore ke phone anda.
2: Aktifkan aplikasi MAE kemudian klik Agree pada Terms and Condition
3: Klik pada bahagian “Secure2u’ pada bahagian Quick Actions
4: Kemudian klik pada bahagian Existing M2U/MAE user untuk Login
5: Masukkan Username dan Password Maybank2u anda
6: Pastikan security phrase dan gambar adalah betul sebelum memasukkan password. Klik Continue
7: Sila buat PIN 6 digit untuk menggunakan aplikasi MAE ini
8: Anda diberi pilihan untuk Enable biometric ID for instant access. Boleh enable now atau setup later.
9: Kemudian anda diminta untuk sahkan nombor telefon bimbit anda, klik YES,Proceed
10: One time Password OTP 6 digit dihantar ke SMS telefon anda.
11: Masukkan nombor OTP tersebut
12: Seterusnya anda akan diminta untuk masukkan nama panggilan anda. Isikan nama anda dan klik Continue.
Lepas dah register akaun MAE seterusnya adalah untuk aktifkan sistem Secure2u di smartphone anda.
Setting Smartphone Security Screenlock
Untuk aktifkan secure2u maybank, smartphone mestilah menggunakan security screenlock.
Jika anda tidak biasa menggunakan security screenlock anda sekarang terpaksa guna security screenlock pada telefon anda setiap masa.
Bagi yang tak biasa guna dah kena biasakan guna security screenlock ini pada telefon anda.
Untuk setting security screenlock boleh ikuti langkah langkah berikut:
1: Pergi kepada bahagian setting dalam smartphone anda, saya tunjukkan contoh ini dengan menggunakan telefon android.
2: Klik pada bahagian Lock Screen
3: Lihat pada bahagian Screen Lock Type
4: Disini terdapat 6 jenis Screen Lock Type yang ada
- Swipe (Tiada Security)
- Pattern (Medium Security)
- PIN (Medium High Security)
- Password (High Security)
- None (Tiada Security)
- Biometrics (Menggunakan muka untuk buka telefon)
Untuk pemilihan security screenlock telefon anda kena setkan sekurang kurangnya jenis medium security iaitu menggunakan screelock phone menggunakan jenis Pattern.
Untuk jenis Screenlock Swipe tidak dibenarkan guna sebab tidak ada security.
Jadi terpulang kepada anda nak pilih yang mana yang nada rasa paling mudah.
Saya pun sebelum ini tidak pernah menggunakan security screenlock ini pada phone sebab rasa leceh.
Namun sekarang terpaksa guna juga sebab nak guna perkhidmatan secure2u daripada Maybank ini.
Terpaksa guna sebab tiada pilihan. Saya setkan security screenlock menggunakan jenis PIN.
Siapa yang dah biasa gunakan security screenlock pada smartphone mereka, jadi mereka tidak ada masalah dalam hal ini.
Lepas dah setkan security screenlock anda boleh teruskan kepada langkah untuk aktifkan secure2u maybank.
Buka Akaun MAE Ewallet Maybank
Akaun MAE ini adalah seperti Ewallet dimana anda boleh masukkan duit kesini.
Kelebihannya anda boleh asingkan duit anda daripada akaun asal dan transfer ke sini untuk apa apa tujuan khusus seperti untuk shopping dan sebagainya.
Pengunaannya adalah sama macam akaun maybank biasa cuma dengan ewallet MAE ini anda boleh letakkan had amount berapa jumlah anda nak spend nanti.
Untuk buka akaun MAE boleh ikuti langkah dibawah
1: Klik pada Activate Now pada bahagian MAE Account untuk setup.
2: Sahkan nombor telefon bimbit anda dan masukkan nombor OTP yang dihantar melalui SMS
3: Masukkan email anda tekan continue
4: Klik pada butang setuju “Yes” pada Personal data Protection Act(PDPA) dan Setuju pada Term and Conditions, Kemudian klik Continue
5: Klik Skip
6. Your application complete, anda akan dapat nombor MAE akaun anda 12 digit.
Nanti dalam aplikasi MAE anda akan ada 2 akaun iaitu:
- Akaun Maybank yang asal dan juga
- Akaun MAE Ewallet (anda kena topup duit dari akaun maybank anda kedalam ewallet ini baru boleh guna.
Cara Daftar Dan Aktifkan Secure2u Maybank
Klik pada bahagian Secure2 kemudian klik pada Activate Now
9: One time password akan dihantar ke nombor telefon anda melalui sms. Klik confirm
10: Isikan One time password yang diterima tadi
11: Selepas dah isikan one time password, masukkan nombor kad pengenalan anda
12. Kemudian Confirmkan your device name (Model Phone)
13: Secure2u berjaya diaktifkan, dan dibawah ini adalah paparan MAE yang sudah aktif didalam smartphone anda.
Cara Nak Gunakan Perkhidmatan Ini
Sebenarnya aplikasi MAE secure2u ini lebih kurang sama sahaja dengan dengan aplikasi Maybank2u sebelum ini.
Penggunaannya sama sahaja untuk pengguna melakukan transaksi seperti biasa seperti transfer duit, bayar bil dan buat pembelian online.
Cuma ia ada penambahbaikkan daripada segi security dimana sistem TAC nombor melalui SMS tidak lagi digunakan.
Sistem MAE secure2u ini menggunakan push notification yang akan ditunjukkan pada screen phone anda semasa anda nak buat transaksi.
Anda hanya perlu buat pilihan samada nak Approve atau Reject transaksi tersebut.
Dulu bile dah dapat nombor TAC dekat SMS, kemudian kena isikan pula dalam ruangan yang disediakan dalam maybank2u untuk pengesahan bagi melakukan transaksi.
Sekarang melalui MAE secure2u tak perlu lagi isi nombor TAC, hanya perlu pilih nak Approve atau Reject sahaja apabila dapat notifikasi di smartphone anda.
So bagaimana cara guna secure2u maybank ini.
Saya tunjukkan satu contoh nak transfer duit ke bank lain dibawah ini:
1: Login masuk ke MAE akan anda
2: Pilih transfer
3: Pilih other atau nak guna duit now
4: Pada new transfer pilih bank yang hendak ditransfer
5: Cari dan pilih bank yang anda hendak transfer
6: Masukkan akaun nombor penerima kemudian klik Continue
7: Masukkan jumlah Amount kemudian tandakan Simbol Right
8: Masukkan recipient reference kemudian klik Continue
9: Plih transfer type:
- Hire purchase
- Kredit kad Payment
- Fund Transfer
- Loan payment
10: Pilih transfer mode Duit Now atau Giro, kemudian klik Continue
11: Sistem akan minta confirmation. Semak semua detail yang anda isikan tadi. Kalau dah ok klik Transfer Now
12: Sistem secure2u akan hantar push notification ke smartphone anda.
Anda hanya perlu pilih untuk Approve atau reject sahaja
13: Klik Approve dan selesai transfer duit. Selepas dah berjaya anda akan dapat SMS daripada Maybank mengenai transaksi tersebut beritahu anda ada lakukan transaksi dan berjaya buat.
Akhir sekali anda boleh simpan resit transaksi anda.
Jadi begitulah caranya daripada nak setup sehinggalah nak guna aplikasi MAE Maybank yang baru ini.
Semua transaksi yang anda lakukan sama ada di website Maybank2u, di aplikasi Maybak2u atau MAE, semua transaki akan dapat push notification ke smartphone anda.
Tujuan Maybank buat sistem secure2u ini adalah untuk tingkatkan tahap keselamatan terhadap transaksi online pengguna mereka.
Jadi harap dapatlah duit kita semua lebih selamat daripada ke scam online seperti sebelum sebelum ini.
Kelemahan atau Keburukan Secure2u Ini
Ini apa yang telah berlaku kepada saya sebelum ini dimana saya sebelum ini sudah pernah daftar aplikasi MAE secure2u ini.
Tapi bila saya unlock dan dah tak guna screenlock security pada smartphone saya, aplikasi MAE ini terus tak boleh guna.
Bila nak buat transaction sistem akan minta aktifkan secure2u, so jadi pelik sikit sebab dah daftar sebelum ini.
Lepas call dengan Maybank Center, mereka bagi tahu kalau kita unlock screenlock security phone, memang sistem MAE akan detect dan terus terbatal pendaftaran yang dah dibuat sebelum ini.
Maksudnya aplikasi MAE akan terbatal dengan sendirinya apabila screenlock security phone tak aktif.
Jadi kalau anda tidak mahu kena daftar banyak kali MAE secure2u ini pastikan anda tak ubah atau unlock fungsi screenlock security smartphone anda.
Yang keduanya ialah bila anda nak tukar guna model phone yang baru.
Sistem MAE ini masa daftar dia detect model smartphone yang kita guna, jadi kalau anda nak guna phone baru maka anda nampaknya memang kena daftar semula MAE secure2u ini.
Anda tak boleh buat transaksi kalau anda tidak ada smartphone yang anda daftarkan dengan MAE secure2u ini.
Cara nak cancel secure2u maybank kalau kita tak nak guna, macam saya kongsikan diatas tadi kalau unlock screenlock security pun sistem sudah cancel pendaftaran MAE secure2u kita.
Selain itu anda boleh uninstall aplikasi ini jika anda tak nak guna.
Kalau nak re register secure2u maybank semula, anda kena mulakan step daripada awal seperti mana yang saya kongsikan diatas sehinggalah selesai.
Jadi kalau anda ada apa apa masalah berkenaan MAE secure2u ini adalah boleh bertanya samada dengan cawangan Maybank berdekatan anda atau boleh call center (Head Office) Maybank.
Baca juga tentang Cara Dapatkan Bank Statement Maybank
Pennguna Maybank tidak lagi boleh menggunakan kaedah TAC nombor ke SMS untuk membuat transaksi, sekarang semua menggunakan kaedah MAE Secure2u
Masa yang diberikan adalah 50 saat sahaja, jika lebih daripada daripada tempoh tersebut anda perlu mula buat transaksi semula yang baru.