Jom Share Dengan Family Di Fb dan Wasap Group

semakan baki akaun bank rakyat online

Bagaimanakah cara nak buat semakan baki akaun bank rakyat online untuk pengguna yang baru menggunakan perkhidmatan dengan mereka.

Bagi anda yang mempunyai akaun dengan bank rakyat anda boleh cek baki akaun bank anda sama ada secara online atau pun secara offline.

Untuk semak secara offline, anda boleh membuat semakan di mana mana ATM mesin sama ada di cawangan bank rakyat ataupun mana mana ATM mesin lain yang mempunyai kemudahan Meps.

Manakala untuk semak baki duit didalam bank rakyat anda secara online anda boleh menggunakan perkhidmatan online yang disediakan oleh bank rakyat iaitu melalui portal irakyat di irakyat.com.my.

Dengan adanya perkhidmatan online ini pengguna bila bila masa sahaja dapat menyemak akaun bank mereka hanya menggunakan phone atau laptop.

Malahan dengan kemudahan perbankkan secara online ini pengguna dapat buat transaksi daripada mana mana sahaja asalkan ada talian internet.

Cara Buat Semakan Baki Akaun

Jadi bagi anda yang ingin semak baki akaun bank rakyat anda secara online anda boleh ikuti langkah langkah di bawah ini.

Untuk mula buat semakan pastikan anda sudah mendaftar sebagi pengguna di portal online irakyat.

Kalau belum daftar tak boleh guna perkhidmatan tersebut. Untuk mendaftar anda boleh baca panduan di sini Bank Rakyat Online Banking Registration

Kalau dah daftar anda boleh ikuti langkah langkah dibawah untuk membuat semakan.

1.Login ke akaun bank rakyat anda di irakyat.com.my

2. Klik kepada Personal Banking

3. Kemudian masukkan username dan password.

4. Seterusnya klik pada butang Login

5. Pada paparan utama lihat pada bahagian Account Info

6. Lihat pada Account Overview

7. Disini ditunjukkan berapa baki akaun anda dan nombor akaun anda.

Begitulah cara nak buat semakan baki akaun bank rakyat online hanya dengan menggunakan phone atau komputer sahaja.

Dengan adanya perbankkan online melalui iRakyat ini bermacam macam faedah dan kemudahan yang anda boleh lakukan.

Antara kemudahan lain yang boleh dilakukan dengan iRakyat adalah seperti:

  • Menguruskan akaun bank anda
  • Membuat pindahan wang
  • Membuat pembayaran bil
  • Menyemak akaun Tabung Haji
  • Membayar zakat
  • Reload prepaid
  • dan bermacam macam lagi

Jadi kalau anda buka akaun dengan bank rakyat tapi tak ada internet banking melalui iRakyat macam rugilah sebab banyak kemudahan tak boleh digunakan.

Zaman sekarang hampir semua benda nak online jadi anda kalau dah ada buka akaun bank tu kena buat juga sekali dengan pendaftaran akaun internet banking.

Semua bank dah gunakan online banking sekarang untuk memudahkan pengguna, jadi kita sebagai pengguna hendaklah mengikut perkembangan teknologi ini.

Apakah perkhidmatan iRakyat?

Perkhidmatan iRakyat adalah sistem perbankkan online yang disediakan oleh Bank Rakyat kepada semua pengguna perkhidmatan mereka

Adakah semua pengguna akaun bank rakyat perlu ada akaun online banking di iRakyat.

Tidak semestinya, online banking iRakyat hanyalah pilihan bagi mereka yang ingin menggunakan perkhidmatan perbankkan secara dalam talian.


Jom Share Dengan Family Di Fb dan Wasap Group

Related Posts