bayaran bulanan rumah mesra rakyat

Adakah anda ingin tahu berapakah bayaran bulanan rumah mesra rakyat yang perlu dibayar oleh pemilik setelah siap pembinaan.

Sudah semestinya ramai yang ingin sangat tahu berapa installment bayaran bulanan rumah mesra rakyat ini.

Sebelum kita pergi melihat berapakah bayaran bulanan yang perlu dibayar kita tengok dulu secara ringkas apa itu rumah mesra rakyat.

Apa Itu Rumah Mesra Rakyat

Rumah mesra rakyat ataupun singkatannya ialah RMR adalah satu program dan tawaran yang diadakan oleh kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan isirumah di bawah RM 3000.

Dimana mereka ini tidak mempunyai rumah untuk diduduki ataupun mempunyai tanah untuk membina rumah.

Program rumah mesra rakyat ini dikendalikan oleh SYARIKAT PERUMAHAN NEGARA BERHAD (SPNB).

Ia adalah sebuah syarikat milik penuh dibawah Menteri Kewangan (Diperbadankan) yang ditubuhkan untuk menyediakan rumah mampu milik kepada keluarga yang kurang berkemampuan.

Permohonan Rumah Mesra Rakyat

Bagi memohon untuk membina rumah mesra rakyat ini antara syarat bagi mohon rumah mesra rakyat ini adalah seperti berikut:

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Umur pemohon mestilah berumur antara 18 hingga 65 tahun
  • Pendapatan bulanan isi rumah hendaklah tidak melebihi RM 3000 sebulan
  • Pemohon atau/dan pasangan adalah tidak ada rumah sendiri untuk diduduki/ atau memiliki sebuah rumah yang usang atau tidak sempurna.
  • Tanah untuk didirikan rumah hendaklah sesuai untuk dibina rumah serta bebas daripada sebarang gadaian/bebanan ataupun sekatan
  • Jika tanah tersebut adalah tanah orang lain, pemohon mestilah mendapatkan kebenaran bertulis daripada tuan tanah untuk mendirikan rumah RMR.
  • Keluasan tapak tanah adalah tidak melebih 3000 kaki persegi

Cara mohon rumah mesra rakyat adalah boleh dibuat secara online, anda boleh daftar dan bukan akaun di sini rmrportal

Bayaran Bulanan Yang Perlu Dibayar

Cara bayaran rumah mesra rakyat ini terbahagi kepada 2 iaitu bayaran bagi kawasan semenanjung Malaysia dan juga kawasan Sabah Sarawak dan Labuan.

SemenanjungSabah Sarawak dan Labuan
RM 300RM 300 hingga RM 370
Bayaran Rumah Mesra Rakyat

Pembayaran boleh dibuat oleh pemilik rumah melalui kaedah online dengan menggunakan sistem Jompay.

Ciri Ciri Program Rumah Mesra Rakyat

Antara ciri ciri program rumah mesra rakyat yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Konsep rumah sesebuah 1 tingkat dengan 3 bilik tidur dan 2 bilik air
  • Keluasan atau saiz rumah adalah 750 kaki persegi
  • Keluasan tanah yang diperlukan sehingga 3000 kaki persegi
  • Harga seunit adalah RM 75,000
  • Subsidi oleh kerajaan sebanyak RM 20,000
  • Pemohon boleh memohon pinjaman perumahan daripada bank

Begitulah berapa bayaran bulanan rumah mesra rakyat yang anda perlu bayar jika ingin membina rumah ini di atas tanah yang anda ada mengikut lokasi anda di Malaysia.

Jikalau anda mempunyai kelayakan seperti yang diperlukan bagi program ini maka anda bolehla cuba untuk memohon.

Rumah sekarang harga semakin lama semakin mahal, jadi dengan inisiatif rumah mesra rakyat ini sangat sangat membantu rakyat Malaysia yang kurang kemampuan.

Rumah mesra rakyat ini sangat sangatlah murah dan sesuai dengan keluasan rumah yang ditawarkan.

Jadi kepada anda semua yang ada diluar sana jangan lepaskan peluang keemasan ini, cepat daftar untuk memohon sekarang.

Sumber rujukan daripada laman web SPNB

Baca juga tentang Pembahagian Harta Pusaka Adik Beradik

Apakah yang perlu dilakukan selepas selesai mengisi borang secara online?

Selepas selesai isi secara online, pemohon perlu cetak borang permohonan tersebut dan hantar ke pejabat SPNB cawangan berhampiran untuk mereka membuat penilaian sebelum kelulusan diberikan.

Adakah boleh buat rumah mesra rakyat di atas tanah kerajaan?

Tidak dibenarkan, pemohon mestilah mempunyai tanah sendiri, atau tanah orang lain yang telah diberi kebenaran untuk didirikan rumah oleh pemohon.

Related Posts