
Bagaimana pembahagian harta pusaka adik beradik boleh dilakukan jika ibubapa telah meninggal dunia dan meninggalkan harta.
Di dalam agama Islam pembahagian harta pusaka adalah sangat penting dilakukan malahan wajib jika seseorang itu telah meninggal dunia dan mempunyai harta.
Seeloknya sebagai orang Islam, pembahagian harta pusaka dalam Islam adalah cara yang terbaik yang sepatutnya kita gunakan dan contohi.
Namun ia terpulang kepada kepada persetujuan antara waris waris simati bagaimana meraka hendak menentukan kaedah pembahagian harta pusaka di antara mereka.
Perebutan harta sering berlaku dikalangan adik beradik setelah ibu bapa meninggal dunia jika pembahagian harta tidak dilakukan dengan baik.
Sering kita dengar pertelingkahan dikalangan waris atau anak anak yang berebut harta malah lebih teruk lagi ada yang sanggup pukul memukul antara satu sama lain sehingga mendatangkan kecederaan.
Cara Pembahagian Harta Pusaka
Kali ini saya nak share di sini bagaimana saya buat pembahagian harta pusaka selepas emak saya meninggal dunia.
Apabila simati meninggal dunia tanpa ada apa apa wasiat maka waris waris yang hidup hendaklah membuat pembahagian harta pusaka.
Apa yang saya lakukan ialah saya menggunakan perkhidmatan pembahagian harta pusaka yang disediakan oleh kerajaan iaitu dengan berurusan dengan Unit Pembahagian Pusaka Kecil.
Unit Pembahagian Pusaka Kecil ini ada di setiap negeri di Malaysia dan ia adalah dibawah bahagian Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan Malaysia.
Sebelum nak mendaftar bagi proses pembahagian harta pusaka pastikan anda dikalangan waris melantik seorang ketua untuk membuat urusan ini.
Ini bagi memudahkan segala urusan dan proses berjalan lancar dengan adanya seorang ketua yang berurusan dengan jabatan tersebut.
Untuk memulakan proses permohonan pembahagian harta pusaka di Unit Pembahagian Pusaka Kecil apa yang anda perlu lakukan adalah pergi ke kaunter dan dapatkan panduan bagaimana nak memohon
Perkara yang utama yang anda perlu tanya adalah siapa waris yang layak terima harta pusaka daripada peninggalan simati.
Pihak mereka akan terangkan sipakah waris yang hidup yang layak untuk terima harta pusaka tersebut.
Pastikan anda salin semua butir butir yang diterangkan oleh mereka.
Daftar Secara Online
Disini kita lihat secara ringkas bagaimana proses permohonan pembahagian harta pusaka boleh dilakukan secara online.
Selepas anda dah ada maklumat siapa yang layak untuk terima harta pusaka maka anda boleh teruskan dengan membuat pendaftaran dan pengisian online di https://www.myetapp.gov.my/ .
- Masuk ke laman website tersebut dan daftar sebagai pengguna baru. Kemudian isikan maklumat maklumat yang diperlukan.
- Selepas dah selesai isikan semua maklumat anda diminta untuk lakukan pengesahan.
- Pemohon perlu lakukan pengesahan borang dengan mendapatkan perkhidmatan pesuruhjaya sumpah yang berdaftar
- Selepas dah buat akuan sumpah semua borang yang telah didownload hendaklah dihantar ke Unit Pembahagian Pusaka Kecil berhampiran anda.
- Selepas dah hantar anda hanya perlu tunggu tarikh perbicaraan, anda akan dihubungi untuk diberitahu tarikh tersebut.
- Apabila dah dapat tarikh maka semua waris perlu hadir perbicaraan bagi menyelesaikan masalah pembahagian harta pusaka tersebut.
- Pada hari tersebut selepas selesai perbicaraan anda perlu membayar caj perkhidmatan kepada pihak mereka.
- Selepas selesai perbicaraan dan bayaran telah dilakukan anda perlu tunggu Surat Kuasa Pentadbiran dikeluarkan oleh pihak Unit Pembahagian Pusaka Kecil
- Selepas dah dapat Surat Kuasa Pentadbiran maka bolehlah urusan tukar nama dalam geran tanah boleh dilakukan.
Begitulah secara ringkasnya bagaimana proses permohonan dan pembahagian harta pusaka adik beradik boleh dilakukan dengan menggunakan perkhidmatan daripada Unit Pembahagian Pusaka Kecil.
Saya telah tuliskan dengan detail dan terperinci proses yang anda perlu lakukan untuk memohon pembahagian harta pusaka dan anda boleh baca di sini untuk lihat dengan lebih lanjut Cara Mengisi Borang Pusaka Kecil Online
Untuk tujuan permohonan pembahagian harta pusaka, antara syarat utama mestilah mempunyai sekurang kurangnya satu hartanah.
Unit Pembahagian Pusaka Kecil memang ada disetiap negeri di seluruh Malaysia berdekatan dengan anda.