Bagaimana cara check baki KWSP tanpa i akaun bagi pengguna yang tidak membuat pendaftaran secara online.
KWSP atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja adalah satu pertubuhan yang ditubuhkan oleh kerajaan bagi menyimpan duit pekerja yang berdaftar di dalam negara.
Setiap pekerja melalui akta yang ada perlu didaftarkan oleh majikan sebagi pencarum KWSP dan termaktub dengan undang undang yang ada di dalam Malaysia.
Setiap bulan pekerja wajib mencarum kedalam KWSP dan duit caruman tersebut akan ditolak secara automatik daripada gaji bulanan mereka.
Tujuan KWSP diwujudkan adalah sebagai satu tempat untuk pekerja menyimpan duit bagi tujuan saraan mereka selepas mereka telah berhenti kerja nanti pada umur 55 tahun.
Caruman KWSP hanyalah dibuat oleh pekerja swasta sahaja kerana mereka tidak mempunyai bayaran bayaran pencen seperti mana yang diperolehi oleh kakitangan kerajaann.
Kakitangan kerajaan tidak perlu mencarum KWSP kerana mereka mempunyai skim pencen yang di berikan oleh kerajaan kepada mereka.
Jadi jika anda bekerja didalam sektor swasta pastikan majikan tempat anda mendaftarkan nama anda sebagai pencarum KWSP.
Kali ini kita akan menceritakan tentang bagaimana cara nak semak baki duit simpanan KWSP yang anda ada didalam akaun anda.
Semak Penyata KWSP
Untuk pengetahuan anda ada pelbagai cara untuk pencarum menyemak baki akaun KWSP mereka sama ada melalui kaedah online ataupun kaedah offline.
Pada zaman sekarang yang serba canggih ini hampir semua benda boleh dibuat secara online.
Begitulah jugalah dengan membuat semakan duit KWSP anda dimana anda boleh menyemak akaun anda secara online sahaja melalui perkhidamatan I Akaun.
Untuk menggunakan perkhidmatan I Akaun ini anda kena daftar terlebih dahulu sebagai pengguna kemudian barulah dapat menggunakannya.
Namun kali ini kita nak kongsikan bagaimana cara cara check baki KWSP tanpa i akaun adakah terdapat caranya jika tidak mahu melakukan secara online.
Kita sedia maklum bahawa ramai pencarum dan bukan semua pencarum boleh melakukan urusan secara online untuk apa apa transaksi.
Masih ada yang tidak pandai untuk menggunakan apa jua perkhidmatan secara online ini.
Bagi mereka yang ada masalah dengan penggunaan perkhidmatan secara online ini mereka hanya ada satu cara untuk cek baki KWSP mereka tanpa perlu daftar i akaun.
Cek Baki KWSP Melalui Kiosk
Apa yang boleh mereka lakukan adalah membuat semakan duit KWSP di mesin kiosk yang disediakan oleh KWSP di pejabat cawangan mereka.
Pencarum boleh semak baki dan penyata KWSP mereka melalui kad pengenalan dengan menggunakan mesin kiosk ini.
Dengan menggunakan perkhidmatan di kiosk KWSP ini anda boleh buat semakan baki KWSP dan juga printa statement KWSP anda.
Langkah langkah dan cara untuk guna kiosk KWSP adalah seperti berikut:
1.Sila masukkan IC/Kad pengenalan ke dalamkiosk
2.Kemudian pilih bahasa yang ingin digunakan
3.Selepas itu letak ibu jari kanan untuk proses pengesahan identiti kad dan pemilik
4.Pilih pada bahagian “semak penyata”
5.Pilih Cetak penyata
6.Keluarkan Kad pengenalan/Mykad
7.Penyata telah di print, sila ambil penyata pada bahagian sebelah bawah skrin kiosk
8.Done, selesai membuat semakan serta print statement KWSP anda.
Jika anda tidak tahu cara menggunakan kiosk tersebut anda boleh terus ke kaunter KWSP.
Namun anda jangan risau pekerja KWSP akan sentiasa tolong pelanggan mereka untuk membnatu memudahkan urusan anda.
Hanya dengan cara ini sahajalah pencarum dapat buat semakan duit KWSP mereka jika tidak mempunyai I Akaun.
Anda juga boleh jangan lupa baca jika ingin tahu lagi tentang Cara Semak Kwsp
Nak tahu kalau ada duit kat mana mana baca sini Cara Tuntut Wang Tidak Dituntut
Pekerja perlu mencarum sekitar 11% daripada gaji mereka setiap bulan.
Duit KWSP boleh dikeluarkan sebelum umur 55 tahun dengan menggunakan akaun kedua melalui tujuan pengeluaran yang telah dibenarkan oleh pihak KWSP