Berapa Lama Bank Disburse Loan Rumah?

Berapa lama bank disburse loan rumah

Jika anda sedang menjual rumah anda tentu ingin tahu juga berapa lama bank disburse loan rumah selepas anda sudah mendapat pembeli.

Anda sebagai pemilik rumah yang menjual rumah tentulah sangat tertunggu tunggu bilakah masanya anda akan dapat duit daripada penjualan rumah anda.

Maksud Disbursed Loan?

Apa itu loan disbursement? Dalam proses jual beli rumah, maksud disbursed atau loan disbursement adalah bermaksud bila duit nak dapat daripada bank bila dah jual rumah dalam erti kata yang mudah.

Bank akan lakukan pemindahan wang kepada pemilik rumah setelah peguam selesai tukar nama hakmilik rumah yang dijual.

Nama bank diletakkan di dalam geran sebagai pemegang cagaran pihak yang memberikan loan. Ia sama juga macam anda beli kereta.

Proses jual beli rumah bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk diselesaikan dan ianya agak memakan masa.

Ini adalah kerana proses untuk menyelesaikan sesuatu proses jual beli turut melibatkan banyak pihak.

Selepas anda mendapat pembeli dan pembeli telah lulus loan rumah.

Maka kedua dua pihak akan dikehendaki untuk tandatangan dokumen perjanjian jual beli S&P.

Selepas itu baru lah proses untuk tukar nama akan dilakukan oleh peguam yang dilantik oleh anda.

Biasanya proses jual beli rumah akan memakan masa antara 4 bulan hingga ke 6 bulan.

Prose itu sehinggalah selesai tukar nama di dalam geran rumah.

Ini adalah antara tempoh masa yang biasa di dalam menyelesaikan urusan jual beli rumah daripada lulus loan hinggalah kepada tukar nama di dalam geran.

Peguam hartanah akan mengisi borang 14A untuk penukaran hakmilik tanah dan di proses di Pejabat Tanah.

Tempoh Dapat Duit Jual Rumah

Tempoh disbursement atau tempoh dapat duit jual rumah adalah antara 4 bulan ke 6 bulan sehingga proses tukar nama dalam geran telah di selesaikan.

Pemilik rumah akan serahkan kunci kepada pembeli baru selepas semuanya selesai.

Bank akan bayar semua duit penjualan rumah anda selepas proses tukar nama di dalam geran telah selesai.

Pilih Peguam Hartanah Yang Tepat

Berapa lama bank disburse loan rumah anda adalah sangat bergantung kepada kepada kerja kerja yang dijalankan oleh peguam hartanah?

Pastikan anda pilih peguam hartanah yang betul betul proaktif.

Dan memang mereka ada rekod yag baik dalam menguruskan transaksi pindah milik hartanah.

Jika peguam yang anda lantik itu agak perlahan dalam buat kerja maka proses untuk selesaikan pindahmilik rumah anda juga akan menjadi perlahan dan terkesan.

Pastikan anda juga sentiasa follow up peguam hartanah anda untuk mengetahui status penjualan rumah anda dari masa ke semasa.

Jadi jika anda betul betul memerlukan duit hasil daripada penjualan rumah anda, maka anda kena faham bahawa prosesnya agak memakan masa seperti yang di kongsikan di atas.

Anda sebagai pemilik rumah harus bersabar dan menunggu dalam tempoh masa yang disebutkan di atas.

Untuk kelancaran semua proses penjualan rumah ini semua pihak yang terlibat haruslah memberi kerjasama yang baik di antara satu sama lain.

Barulah kerja tersebut dapat dijalankan dengan baik dan diselesaikan dalam tempoh yang sepatutnya.

Jika ada pihak yang tidak memberi kerjasama yang baik maka proses penjualan rumah akan terganggu.

Proses untuk pindah milik akan menjadi lebih lama daripada yang sepatutnya.

Jika lebih lama masa yang diambil untuk selesai proses penjualan rumah maka lambat jugalah anda sebagai penjual untuk mendapat duit daripada penjualan rumah anda.

Duit penjualan rumah akan masuk akaun siapa?

Semua transaksi penjualan rumah duit akan diuruskan oleh peguam hartanah yang dilantik. Mereka akan uruskan duit daripada bank kepada anda melalui akaun mereka.

Kenapa kadang kadang lambat dapat duit penjualan rumah?

Selagi mana geran nama tidak ditukar selagi itu bank tidak akan release duit anda. Pastikan peguam hartanah pantas dan cekap untuk uruskan semua proses penjualan rumah supaya tidak delay.

Related Posts