Adakah Boleh Jika Nak Beli Rumah Dua Nama Tapi Loan Satu Nama?

rumah dua nama loan satu nama

Baru nak beli rumah tapi tak tahu adakah boleh melakukan pembelian dengan kaedah rumah dua nama loan satu nama dalam sesebuah hartanah?

Biasanya kita dengar orang joint loan untuk membeli rumah jika satu nama tak lepas dan perlukan dua nama baru loan diluluskan oleh bank.

Macam Mana Situasi Ini Boleh Berlaku

Namun sebenarnya macam macam hal berlaku dalam urusniaga hartanah ini.

Bukanlah pelik namun ada juga yang membuat loan atas satu nama tapi dalam perjanjian jual beli meletakkan nama peminjam dan juga tambahan nama orang lain yang ada berkaitan dengan peminjam.

Biasanya hal ini berlaku kepada pasangan suami isteri, adik beradik.

Ataupun dalam Bahasa yang mudah ialah mereka yang mempunyai ikatan kekeluargaan

Pengalaman saya menguruskan satu kes pembeli rumah yang mana rumah tersebut ingin dibeli oleh seorang penjawat awam.

Seorang perempuan yang bekerja dalam kerajaan dan ingin membeli rumah dengan menggunakan loan lppsa.

Lepas berjumpa tengok rumah dan semak kelayakan loan maka beliau bersetuju untuk beli rumah tersebut dan terus bayar booking.

Apabila dah selesai submit loan ke lppsa dan diluluskan tiba masanya untuk buat S&P bagi pembelian rumah tersebut.

Ketika ini beliau menyatakan ingin mengeluarkan duit kwsp untuk pembelian rumah daripada akaun suami beliau.

Suami beliau bekerja dengan syarikat swasta.

Mereka bercadang untuk gunakan duit kwsp tersebut untuk digunakan ketika masuk rumah nak beli barang dan sebagainya.

Kebiasaan orang yang nak masuk rumah baru memang banyak perlukan duit.

Nak beli macam macam macam keperluan seperti lampu,kipas,katil,almari,aircond dan bermacam macam lagi.

Kalau yang ada duit lebih sikit mereka akan buat siap siap renovation dan tambahan ruang rumah bagi besar.

Cara Penyelesaiaan

Jadi apa apa yang boleh dilakukan untuk membolehkan pengeluaran duit kwsp suami beliau, maka nama suami beliau hendaklah dimasukkan ke dalam dokumen perjanjian jual beli rumah tersebut.

Maksudnya rumah loan atas nama isteri tapi dalam dokumen perjanjian jual beli S&P terdapat dua nama iaitu nama isteri dan nama suami.

Maka dengan situasi di atas yang berlaku sebenarnya boleh untuk anda melakukan pembelian rumah dengan membuat loan rumah satu nama dan S&P dua nama.

Selepas perjanjian jual beli sudah dimatikan setem di Lembaga Hasil Dalam Negeri, maka suami beliau boleh melakukan permohonan pengeluaran kwsp akaun ke 2 bagi tujuan pembelian rumah.

Duit pengeluaran tersebut akan dimasukkan kedalam akaun bank pemohon selepas permohonan telah diluluskan oleh pihak Kumpulan Simpanan Wang Pekerja.

Begitulah antara pengalaman saya berdepan dengan situasi rumah seperti ini sehinggalah selesai semua proses pembelian rumah mereka. Namun masa itu rumah mereka masih dalam pembinaan lagi.

Mungkin perkara ini jarang jarang sangat berlaku namun ia ada dan masih berlaku sehingga sekarang.

Jadi jika anda ada bercadang untuk membeli rumah dan melakukan perkara ini anda boleh membuat pertimbangan awal supaya anda tahu risikonya pada masa akan datang.

Baca juga tentang Apa Maksud Non Bumi Lot? dan Bilakah Kena Bayar Cukai Pintu

Bolehkah kita beli rumah dengan dua nama tapi loan satu nama?

Ya boleh dan ia dibenarkan dalam undang undang negara.

Bagaimana menuntut bahagian milik bagi rumah yang ada 2 nama tetapi bercerai?

Bagi pasangan suami isteri yang bercerai anda boleh tuntut di mahkamah bahagian masing masing melalui tuntutan harta sepencarian.

Related Posts