Nak tahu juga berapa lama bank proses loan rumah selepas anda dah selesai hantar permohonan pinjaman dan segala dokumen dokumen yang diperlukan.
Adakah anda seorang yang baru first time membeli rumah?
Mestilah rasa teruja di samping ada rasa takut juga nak tahu keputusan loan rumah lulus ataupun tidak kan.
Ini adalah perkara biasa dan lumrah bagi sesiapa pun lebih lebih lagi bagi yang baru ingin memperolehi rumah baru.
Untuk yang bekerja swasta jika nak membeli rumah pinjaman perumahan hanya boleh dibuat melalui bank sahaja.
Begitu juga bagi yang membuat perniagaan sendiri hanya boleh buat loan bank atau bayar cash jika ada duit yang banyak.
Manakala bagi penjawat awam pula mereka mempunyai pilihan yang lain jika tidak mahu menggunakan loan bank untuk beli rumah mereka boleh gunakan LPPSA untuk buat loan.
LPPSA hanya untuk penjawat awam sahaja yang ingin buat loan membeli rumah.
Tempoh Kelulusan Pinjaman Perumahan Bank
Lama mana kah tempoh lulus loan rumah kita boleh tahu daripada pihak bank?
Selepas hantar semua dokumen untuk loan rumah yang diperlukan oleh bank sekarang hanya nak tahu keputusan sama ada lulus ataupun tidak.
Menguruskan beberapa permohonan loan perumahan pelanggan sebelum ini apa yang saya dapat lihat dan perhatikan adalah tempoh untuk dapat tahu keputusan permohonan loan rumah.
Ia adalah bergantung kepada dokumen dokumen yang diberikan oleh pembeli kepada bank.
Jika dokumen dokumen untuk beli rumah di berikan dengan lengkap kepada pihak bank maka dalam tempoh seminggu atau dua minggu pembeli sudah boleh mendapat tahu keputusan.
Kemudian jika score kewangan pembeli adalah bagus dan melepasi tahap yang diperlukan oleh bank maka ianya juga memainkan faktor untuk dapat tahu keputusan dengan lebih cepat.
Biasanya bank akan proses semua dokumen dalam tempoh 1 hingga 5 hari bekerja.
Kemudian akan menunggu keputusan sama ada diluluskan ataupun tidak.
Tempoh 2 minggu adalah suatu tempoh yang biasa yang kebanyakkan bank praktiskan di Malaysia ini bagi mendapat tahu result sesuatu proses permohonan.
Ada yang boleh dapat jawapan lebih cepat daripada tempot tersebut.
Jika ada yang boleh dapatkan keputusan lebih cepat daripada tempoh itu, maka ia adalah bonus bagi bank tersebut kerana berjaya memberikan hasil kerja yang pantas.
Dah hantar semua dokumen permohonan dengan lengkap untuk diproses tetapi setelah di proses oleh bank, terdapat pula masalah yang timbul dalam profile kewangan pembeli.
Sebab Apa Proses Boleh Jadi Lambat
Jika terdapat masalah yang mengganggu profile score dalam sistem maka proses permohonan loan rumah akan terganggu.
Bila terganggu maka tempoh yang lebih akan diperlukan untuk memperbetulkan semula keadaan tersebut.
Antara masalah yang sering berlaku, apa yang saya dapati ialah tentang masalah bayaran balik hutang yang dibuat oleh pembeli sebelum ini.
Untuk pengetahuan anda semua bayaran balik hutang hutang rakyat Malaysia ada di rekod kan di dalam sistem CCRIS.
Semak dan Jaga CCRIS Anda
Segala hutang hutang yang ada yang melibatkan bank akan di rekodkan didalam CCRIS.
Jika anda mempunyai tunggakan bayaran hutang maka CCRIS ini akan rekodkan berapa lama anda dah tak bayar hutang dan berapa bulan sudah miss bayar hutang.
Semuanya ada direkodkan di dalam sistem ini.
Hutang hutang yang dibuat seperti hutang kereta, PTPTN, pinjaman peribadi, hutang kad kredit semuanya akan direkodkan didalam CCRIS.
Siapa pun tak boleh lari sekarang ini jika ada buat hutang maka nama automatik ada dalam sistem.
Jika berlaku perkara di atas setelah bank dapat detect ada tunggakan bayaran hutang oleh pembeli
Bank akan beritahu pembeli supaya langsaikan tunggakan hutang tersebut untuk layakkan proses permohonan loan rumah dilakukan semula.
Untuk lebih faham adalah begini, jika anda ada tak bayar hutang kereta atau PTPTN contohnya dah tak bayar hutang kereta selama 3 bulan.
Jika hutang kereta anda sebulan ialah RM 500.
Maka anda kena bayaran untuk 3 bulan yang tertungak sahaja iaitu sebanyak RM 1500.
Buat Bayaran Tunggakan Hutang
Maka bank akan minta anda selesaikan hutang tertunggak tersebut dan mereka akan gunakan resit bayaran tunggakan tersebut untuk masuk sekali lagi submit loan.
Begitulah juga dengan tunggakan hutang hutang yang lain seperti PTPTN, kad kredit, personal loan dan sebagainya.
Daripada apa yang berlaku, jika terdapat kes semacam diatas jika pembeli sanggup untuk langsaikan baki tertunggak saya lihat loan mereka dapat diluluskan oleh bank.
Jika pembeli tak mampu dan langsaikan tunggakan hutang tersebut memang susah nak lepas loan rumah.
Jadi jika berlaku hal yang macam ini maka proses nak tahu keputusan akan masa lebih panjang lagi.
Mana tidaknya, nak kena tunggu pembeli buat bayaran tunggakan hutang mereka juga akan memakan masa
Jika pembeli yang ada duit boleh segera mereka buat bayaran.
Tapi bagi yang pembeli tak ada duit pula ada yang nak kena cari duit dulu dan mungkin ada yang terpaksa berhutang dulu untuk bayar.
Berapa lama bank proses loan rumah seterusnya juga bergantung kepada pembeli juga.
Lagi cepat pembeli selesaikan apa yang diminta oleh bank maka lagi cepat proses submit loan kali kedua boleh dilakukan.
Jadi begitulah situasi situasi yang boleh berlaku dan sebab musababnya.
Kadang kadang kenapa ada permohonan loan yang dapat tahu dengan cepat dan ada yang dapat tahu dengan lambat.
Bank Mana Senang Lulus Loan Rumah?
Mana mana bank ada cara mereka sendiri untuk proses loan rumah dan dan kriteria kriteria yang mereka tetapkan.
Apa yang penting adalah tahap kewangan pembeli tersebut.
Jika pengiraan kelayakan loan lepas maka ia tiadak ada masalah untuk lulus dengan mudah.
Jika pengiraan kelayakan tak lepas maka agak sukar untuk lepas.
Satu lagi istilah yang diguna pakai adalah “paras hidung sahaja”.
Iaitu maksudnya 50 / 50 nak boleh lepas atau pun tidak sebab pengiraan DSR dah maksimum.
Selain itu juga ada bank yang boleh buat keputusan yang cepat sebab mereka tidak perlu kelulusan daripada Pejabat HQ.
Ada bank yang perlu submit ke HQ dan semua proses kelulusan loan rumah di tentukan oleh HQ.
Jadi anda perlulah bijak untuk pilih bank yang mana jika ingin buat permohonan loan rumah.
Kesimpulan
Jadi sekiranya anda memohon loan rumah, tempoh kelulusan untuk bank pertimbagkan adalah bergantung kepada pihak bank.
Ada bank yang cepat buat keputusan dan ada bank yang agak lambat sedikit.
Ianya bergantung kepada pengurusan pihak bank masing masing.
Biasanya bank akan minta pembeli sediakan 6 bulan statement akaun bank anda minimum.
Boleh ambil balik duit booking anda kalau loan rumah tak lulus, kalau loan rumah lulus tapi anda yang tak jadi beli rumah tersebut baru duit booking tak dapat balik.