Bagaimana cara jimat masuk rumah baru jika anda ada sumber budget yang terhad.
Mendapat rumah yang baru dibeli samaada daripada developer ataupun rumah subsale, memang sangat sangat seronok dan teruja.
Apatah lagi ini kali pertama dapat memiliki rumah sendiri.
Mana tidaknya, berapa banyak sudah habis duit yang telah dihabiskan semasa pembelian rumah seperti untuk membayar deposit , yuran guaman dan sebagainya.
Duit dah banyak habis sebelum ni, sekarang tiba masa nak masuk rumah baru pulak.
Yang pastinya memang sangat sangat perlukan duit.
Yelah takkan nak duduk terus dengan rumah yang kosong sebegitu.
Memang siapa pun takkan boleh duduk terutama jika rumah yang baru siap dalm pembinan.
Ketika saya melihat para pembeli rumah mendapat kunci rumah mereka dan mula untuk masuk menetap pelbagai aktiviti yang mereka lakukan sebagai persiapan untuk masuk rumah.
Bagi yang ada duit mereka belum duduk lagi dan terus buat renovation dan tambah bahagian yang mereka kehendaki seperti dapur, bilik dan sebagainya.
Bagi yang budget terhad atapun tak kisah dengan luas rumah yang sedia ada, mereka tidak buat apa apa renovation hanya sediakan keperluan untuk masuk rumah sahaja.
Persediaan Masuk Rumah Baru
Apa yang saya nampak adalah mereka menyediakan keperluan utama terlebih dahulu supaya mereka boleh terus masuk dan duduk.
Antara yang para pembeli lakukan yang utama adalah:
Pasang grill pada pintu dan tingkap untuk tujuan keselamatan
Pasang langsir terutama rumah zaman sekarang yang banyak cermin
Sediakan kipas,lampu dan ada yang tambah aircond
(Untuk rumah baru pemaju hanya bagi point elektrik sahaja lampu dan kipas pembeli kena sediakan sendiri)
Buat Kitchen Kabinet di dapur
Menyediakan kelengkapan dalaman seperti perabot: Meja makan, Katil dan tilam, Tv, almari.
Tujuan Lakukan Penjimatan
Apa yang saya nampak objektif utama mereka adalah untuk boleh duduk dahulu dan cukup dengan apa yang ada.
Sebab nanti dah nak kena start bayar bayaran bulanan rumah lagi tentu budget bulanan dah berkurangan.
Modal untuk masuk rumah ini pun dah guna banyak duit walaupun nampak ia sebagai asas sahaja ini belum termasuk kos perpindahan barang barang lagi.
Jadi kesimpulannya jika anda nak jimat untuk masuk rumah baru and kena sediakan keperluan yang perlu sahaja dengan erti kata yang lain setakat boleh duduk dan selesa sahaja.
Untuk masa kedepan dah ada duit baru fikirkan semula untuk tambah atau buat renovation untuk rumah yang lebih luas lagi ataupun untuk dapatkan dalaman yang cantik.
Jadi anda kena rancang kewangan dengan baik sebab ada dua masa duit perlu digunakan iaitu sebelum beli rumah dan masa untuk masuk rumah.
Tips dan panduan cara jimat masuk rumah baru ini hanyalah sebagai panduan asas sahaja, apapun terpulang pada citarasa masing masing dan juga kemampuan masing masing.
Masuk lah bila bila pon, tiada tarikh yang khusus untuk masuk ke rumah baru. Setiap hari adalah baik dalam Islam. Hari yang terbaik adalah hari Jumaat.
Anda sekurang kurangnya sudah membayar deposit TNB dan deposit air untuk meter rumah anda dipasang supaya boleh diduduki.
Cara yang paling mudah untuk lakukan defect adalah dengan menggunakan solatape. Tampal berdekatan dengan tempat kerosakan dan tandakan panah beserta ayat ringkas menerangkan kerosakan tersebut.