Anda baru dapat rumah yang dibeli daripada pemaju, tapi tak tahu tempoh bila kena bayar cukai pintu untuk rumah baru ini.
Cukai pintu atau cukai taksiran adalah cukai yang dikenakan ke atas penduduk di dalam kawasan pentadbiran sesuatu pihak berkuasa tempatan.
Cukai ini dikutip adalah untuk membuat selenggaraan di dalam kawasan PBT seperti mengutip sampah, membersihkan longkang, menjaga landskap dan segala kerja kerja yang berkaitan selenggaraan.
Kali ini kita nak bercerita tentang bilakah Pihak Berkuasa Tempatan akan hantar notis cukai pintu selepas pemilik dapat rumah daripada pemaju
Selepas CCC telah diluluskan dan di sokong oleh pihak berkuasa tempatan mereka akan meminta pihak pemaju untuk hantar senarai nama dan alamat rumah baru projek perumahan tersebut.
Pihak pemaju dalam masa yang sama selepas dapat CCC mereka akan serahkan rumah kepada pembeli.
Pemaju tak akan tunggu lama, dapat CCC sahaja mereka akan terus serah rumah.
Lebih lebih lagi jika projek tersebut telah lewat untuk serahan dan pemaju kena bayar penalti kepada pembeli.
Lagi lama pemaju tunggu lagi banyak jumlah penalti nak kena bayar kepada pembeli.
Biasanya jika dapat CCC mereka akan terus keluarkan surat untuk penyerahan rumah.
Selepas hantar senarai nama kepada pihak berkuasa tempatan, mereka akan kira berapa jumlah bayaran cukai pintu yang pembeli akan kena bayar.
Notis bayaran cukai pintu akan terus dihantar ke semua alamat rumah pembeli.
Kalau anda beli rumah baru dan baru dapat kunci anda jangan terkejut pula dalam 1 minggu ke 2 minggu akan sampai notis bayaran cukai pintu ke peti pos rumah baru anda.
Jadi kalau dah dapat tu boleh buat bayaran jangan bertangguh nanti kalau lewat bayar ada caj lewat bayar pula kena tambah.
Disamping itu anda juga perlu semak nama dan alamat anda pada notis cukai pintu tersebut adakah betul nama anda dan juga alamat rumah anda.
Kadang kadang mungkin terdapat kesilapan pada nama lebih lebih lagi jika projek perumahan tersebut dalam jumlah skala yang besar.
Bayangkan jika satu projek ada kadang kadang sampai 500 unit ataupun 1000 unit.
Kesilapan teknikal boleh berlaku jika jumlah unit yang begitu banyak.
Jika berlaku contohnya bukan nama anda yang ditulis pada notis bayaran cukai pintu apa yang anda boleh lakukan adalah pergi ke kaunter pejabat majlis daerah dan lakukan penukaran nama, itu sahaja yang anda perlu buat.
Untuk makluman bayaran cukai pintu kena bayar 2 kali dalam setahun. Lagi tinggi nilai rumah anda lagi tinggilah bayaran cukai pintu yang nak kena bayar.
Jadilah penduduk yang bertanggungjawab dengan menunaikan kewajipan untuk membayar cukai.
Jadi jika anda adalah pembeli rumah baru maka anda sudah boleh jangka bila anda akan dapat notis cukai pintu dan bila anda perlu bayar cukai pintu tersebut.
Cara Proses Tukar Nama Rumah Dari Pemaju