Kerja dah ada, duit dah cukup tapi nak tahu juga jika ada ccris ptptn boleh apply loan rumah tak sekarang ini?
Baru baru ini kerajaan mengumumkan bahawa hampir 500,000 peminjam ptptn tidak pernah langsung buat bayaran balik walaupun ada yang dah lama mula bekerja.
Ada yang masih belum habis buat bayaran dan ada juga yang dah langsaikan semua bayaran.
Namun kali ini kita nak bercerita tentang masalah kalau sangkut ccris sebab tak bayar ptptn ini adakah boleh buat loan rumah?
Maksud CCRIS
Maksud CCRIS ialah Central Credit Reference Information System (CCRIS) iaitu satu sistem untuk lihat rekod bayaran pemilik hutang.
Anda boleh lihat rekod bayaran balik hutang dan juga berapa bulan tak bayar jika ada tertangguh.
CCRIS ini merekodkan bayaran bulanan hutang anda terutama sekali melibatkan hutang dengan bank.
Anda tak bayar sebulan, nanti dalam rekod dia akan tanda 1, tak bayar bulan kedua dia akan tulis 2 dalam bulan tersebut.
Cara Buat Semakan CCRIS
Ada 2 cara untuk membuat semakan:
- Anda boleh buat secara online di website bank negara. Kena download dan isi boring kemudian submit semula kedalam website bank negara.
Lepas lulus nanti anda akan dapat User ID untuk aktifkan akaun untuk buat semakan secara online.
2. Anda boleh pergi ke pejabat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berhampiran anda.
Pergi ke kaunter dan maklumkan anda ingin dapatkan laporan CCRIS, hanya guna Kad Pengenalan untuk proses. Laporan terus dapat serta merta.
Berapa Lama Nama Clear Ccris PTPTN?
Untuk clearkan rekod Ccris PTPTN ianya bergantung kepada berapa jumlah bulan yang anda tak bayar.
Jika tak bayar 6 bulan, maka 6 bulan juga anda kena tunggu untuk lihat status tersebut hilang daripada rekod sistem.
Anda kena mula buat bayaran setiap bulan tanpa miss untuk lihat rekod tertunggak itu hilang buang demi bulan.
Cara Selesaikan Ccris PTPTN
Loan rumah tak lulus sebab ada ccris.
Saya cerita berdasarkan pengalaman saya sebelum ini.
Antara masalah utama pembeli sangkut permohonan loan rumah tak lepas adalah ada masalah dalam ccris.
Bila berurusan dengan pelanggan yang paling banyak sangkut adalah masalah hutang ptptn tak bayar.
Ada yang tak pernah bayar dan ada yang bayar selang selang setiap bulan.
Bila try masuk loan bank tak lepas, jadi anda kena tahu fakta bahawa kalau tak bayar ptptn tak boleh beli rumah ya.
Mungkin setiap bank lain prosuder, saya kongsikan daripada hasil dengan bank yang saya berurusan sahaja.
Apabila berlaku perkara ini apa yang bank buat adalah menasihatkan pembeli untuk buat settelment setakat bulan terkini dengan jumlah terkumpul.
Maknanya anda kena bayar dan langsaikan semua jumlah terkumpul hutang ptptn anda.
Ada yang mampu dan ada duit mereka bayar hutang ptptn mereka.
Dan ada yang tak mampu bayar tu mereka surender dan tak teruskan permohonan loan.
Cara Selesaikan Jika Sangkut CCRIS
Jadi bagaimana bank buat.
Untuk teruskan permohanan loan rumah, bank hanya perlukan bukti pembayaran yang anda buat bayaran ptptn tersebut.
Bank boleh submit permohonan baru tanpa perlu tunggu rekod ccris clear, kalau nak tunggu clear berapa bulan nak kena tunggu malahan boleh sampai bertahun tahun.
Jadi dengan bukti pembayaran tersebut bank dah boleh pertimbangkan semula permohonan anda.
Ini apa yang saya lihat kepada pembeli pembeli yang saya terlibat secara tak langsung sebelum ini.
Alhamdulillah loan mereka boleh lulus.
Persoalan jika ada ccris ptptn boleh apply loan rumah atau tidak perkara ini bergantung atas bank juga ya, setiap bank tak sama peraturan dia.
Jadi bagi yang nak cari rumah tu anda kena lihat balik hutang ptptn anda.
Kalau belum bayar elok mula bayar, kalau ada tertunggak elok selesaikan segera.
Semak Baki PTPTN
Apakah yang dimaksudkan dengan Apa Maksud Non Bumi Lot?
Berapa bayaran balik PTPTN sebulan?
Jumlah bayaran balik PTPTN adalah bergantung kepada jumlah nilai pinjaman yang di ambil. Anda boleh strukturkan semula bayaran bulanan anda dengan pergi ke kaunter PTPTN untuk lakukan proses tersebut.
PTPTN tidak menjadi kewajiban jika ingin sambung belajar sebab itu ia dikira sebagai pinjaman pelajaran. Boleh ambil jika perlu dan tak perlu ambil jika mampu pengajian sendiri.